Ramai antara kita adalah peminat sejati aiskrim. Jika musim panas dan waktu kering tekak, pasti kita akan bukan peti ais cari minuman sejuk, aiskrim atau apa-apa yang melegakan tekak. Disini kami kongsikan cara penyediaan aiskrim vanilla oreo yang sangat mudah dan sedap. Aiskrim ini anda boleh sediakan di rumah sahaja.
Keunikan Aiskrim Vanilla Oreo Homemade
Aiskrim Vanilla Oreo mempunyai beberapa keunikan yang menjadikannya popular dan disukai ramai. Kombinasi biskut Oreo yang rangup dengan aiskrim vanilla yang lembut dan berkrim memberikan keseimbangan rasa yang unik. Perisa vanilla yang halus disertai dengan kepingan biskut Oreo memberikan tekstur tambahan. Aiskrim ini menggabungkan tekstur krim dengan kepingan biskut rangup, memberikan pengalaman makan yang menarik. Oreo, jenama biskut terkenal, menambahkan elemen nostalgia. Aiskrim ini boleh dinikmati dalam pelbagai cara: terus dari bekas, sebagai topping pencuci mulut, atau dalam resipi lain seperti milkshake dan sundae. Visualnya menarik dengan kepingan Oreo tersebar dalam aiskrim vanilla.
Resepi Aiskrim Vanilla Oreo Homemade Meleleh
A. Bahan-bahan:
- 1 setengah gelas susu cair, guna susu Full Cream
- Setengah tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan masing-masing)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
B. Bahan-bahan:
- 1 paket oreo
C. Cara-cara penyediaan aiskrim vanilla oreo homemade adalah seperti berikut:
- Campurkan kesemua bahan di bahagian A tadi dan blend kesemuanya sehingga gebu.
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja.
- Ketuk pakai lesung batu pun boleh, tetapi tidak perlu hancurkan sangat sampai lumat.
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan.
- Gaul sehingga sebati
- Serbuk-serbuk oreo yang ada, taburkan di atas ais krim
- Masukkan ke dalam freezer sampai beku
- Selepas aiskrim beku, boleh dimakan.
- Selamat mencuba.
Sumber : Resepi mama
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.