Return to site

Pelbagai Aktiviti dan Acara Menarik Sempena Cuti Sekolah Bulan September 2024

kasturihijau.com

· INFORMASI
Pelbagai Aktiviti dan Acara Menarik Sempena Cuti Sekolah 2024

Cuti sekolah bulan September 2024 menawarkan pelbagai aktiviti dan acara menarik untuk semua peringkat umur. Dalam tempoh cuti sekolah ini, ibu bapa berpeluang merancang pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga dan anak-anak yang sedang bercuti sekolah. Aktiviti dan acara yang dapat kami kumpulkan dan kongsikan di sini adalah di kawasan Semenanjung Malaysia, di beberapa buah negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Kedah dan lain-lain. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik disediakan dan ditawarkan oleh pihak penganjur kepada kanak-kanak atau pelajar sekolah adalah antaranya:

  1. Festival Budaya Putrajaya 2024
  2. MAHA2024
  3. Peraduan Mewarna Cinta Rasulullah SAW
  4. Daurah Anak Soleh dan Daurah Remaja Mukmin
  5. Kem Cuti Sekolah d' Darsa September 2024
  6. Kem Genius AULAD 2.0
  7. Kelas Memanah September 2024
  8. Tenggayun Fun Day V2
  9. Kem Anak Soleh (KASEH)
  10. Klinik Asas Imam Muda dan banyak lagi.

 

1. Festival Budaya Putrajaya 2024

Kini kembali lagi dengan pelbagai pengisian yang bakal disajikan untuk anda.

  • Tarikh: 20 - 22 September 2024 ( Jumaat - Ahad)
  • Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Malam
  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3

Pelbagai acara menarik berkonsepkan budaya negara bakal menemui anda.

Antaranya ialah:

  1. Persembahan Pentas Teater 'Cinta Ahmad Mutawakkil' Arahan Amirul Haswendy Ashari
  2. Jelajah Makan Putrajaya Menyediakan 76 Vendor Booth pelbagai makanan warisan negeri
  3. Mayapada Kopi dan Dessert
  4. 14 Produk Pelancongan Putrajaya
  5. Pertandingan Doodles
  6. Pertandingan Origami

Untuk perincian lanjut, sila rujuk maklumat dalam gambar.

broken image

 

broken image

 

broken image

2. MAHA2024

Apa yang menarik di #MAHA2024?

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menganjurkan Sambutan 100 Tahun Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 pada 11 hingga 22 September ini di MAEPS, Serdang, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan pertanian, perikanan, penternakan, agrikultur dan keseluruhan rantaian nilai agromakanan. Selain itu ada petting zoo, taman matahari, floating market, water show, miracle garden, pavilion negeri, lembu sado, persembahan artis tanahair dan banyak lagi!

  • Tarikh: 11-22 September 2024
  • Lokasi: MAEPS Serdang, Selangor

Untuk maklumat lanjut layari laman sosial rasmi MAHA www.mahaofficial.my. Jom ke MAHA 2024.

broken image

3. Peraduan Mewarna Cinta Rasulullah SAW

Jom sertai kami untuk Peraduan Mewarna Cinta Rasulullah SAW sempena Usrah Rohani Chayra 1.0! Aktiviti seronok ini khas untuk anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun. Mari buat kenangan indah sambil menanam nilai cinta Rasulullah dalam jiwa mereka!

  • Tarikh: 18 September 2024 (Rabu)
  • Masa: 9.00 pagi
  • Tempat: Masjid Dato’ Klana Petra Undang Luak, Sg. Ujong, Nilai, Negeri Sembilan.

Kenapa mesti join?

  • PERCUMA untuk anak-anak bila ibu atau ayah sertai usrah (RM25 sahaja untuk peserta dewasa)!
  • Bawa lebih ramai? Anak ketiga dan seterusnya hanya tambah RM10 seorang!
  • Bawa pensil warna kegemaran sendiri dan tunjukkan kreativiti masing-masing!
  • Banyak hadiah menarik menanti!

Syarat Ringkas:

  • Terbuka untuk kanak-kanak 7-12 tahun.
  • Hadir 15 minit awal untuk pendaftaran.
  • Pastikan anak-anak di bawah pengawasan sepanjang acara.
  • Keputusan juri adalah muktamad, kita di sini untuk berseronok dan belajar bersama!

Jom, scan QR code di poster untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan. Mari kita penuhkan cuti ini dengan kegembiraan dan keberkatan!

Untuk perincian lanjut, sila rujuk maklumat dalam gambar.

broken image

4. Daurah Anak Soleh dan Daurah Remaja Mukmin 2024

Ibu ayah, cuti sekolah nanti ada ke mana-mana? Mari daftarkan anak-anak tuan/puan ke Program Sambutan Maulidurrasul Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Maklumat Program

  • Tarikh: 21 September 2024
  • Masa: 8.30 pagi - 1.00 Tengah hari
  • Tempat: Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

PENGISIAN MENARIK ️

  • Ceramah
  • Kuiz
  • Fun Game
  • Sarapan & Makan Tengah hari disediakan
  • Yuran RM10

SILA ISI BORANG UNTUK PENYERTAAN:

Sebarang maklumat lanjut

Mari kita sebarkan hebahan ini! Sayang Nabi, Cintai Nabi, Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Untuk perincian lanjut, sila rujuk maklumat dalam gambar.

broken image

 

broken image

5. Kem Cuti Sekolah d' DARSA September 2024

Dua Pilihan Kem:

1. KEM ANAK SOLEH (Umur 7 hingga 12 tahun)

2. KEM REMAJA GENERASI ISLAM (13 hingga 17tahun)

Jom sertai KEM CUTI SEKOLAH d' DARSA Cuti Sem Kedua September 2024 ini.

  • Tarikh : 18 hingga 20 September 2024 (3 Hari 2 Malam)
  • Hari : Rabu hingga Jumaat
  • Masa Pendaftaran : 8.00 pagi
  • Tempat : Pondok DarSA Kuala Nerang
  • Bayaran : RM200 - Seorang; RM180 - Dua orang ke atas
  • Terhad 100 orang sahaja untuk satu kem

Pelbagai aktiviti menarik menanti adik-adik:

  • 5 slot bersama pengisi hebat
  • 6 LDK yang akan dibimbing oleh fasilitator yang cergas
  • Praktikal sunnah dalam aktiviti seharian
  • Imam Muda Power
  1. Pandai Azan
  2. Pandai Jadi Imam
  3. Pandai Solat Jenazah
  4. Pandai Jadi Khalifah Yasin
  5. Pandai baca doa selepas solat
  • Paling best dapat jumpa Murabbi-Murabbi DarSa
  • Memanah juga ada dan banyak lagi kena hadir baru tahu.

Pendaftaran & Pembayaran sila layari :

Untuk sebarang pertanyaan hubungi no Whatsapp berikut:

Tel: 601135520256

Untuk perincian lanjut, sila rujuk maklumat dalam gambar.

broken image

6. Kem Genius AULAD 2.0

𝐊𝐄𝐌 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈!!!

𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐀𝐍𝐃𝐀

Daftarkan cuti sekolah anak-anak anda ke Program:

  • Tarikh: 16-18 September 2024
  • Hari: Isnin - Rabu
  • Masa: 8 Pagi - 4.30 Petang
  • Tempat: Surau Al-Muttaqin, Presint 5, Putrajaya
  • Terbuka kepada semua anak-anak berusia 7-12 Tahun

PENGISIAN PROGRAM:

  • Sukaneka
  • Joyride
  • Asas Pengurusan Jenazah
  • Motivasi Diri
  • Latihan Dalam Kumpulan
  • Rehlah Ke kilang Coklat Beryls Dan Ke Farm In The City

PELABURAN YURAN :

  • Fail
  • Pen
  • Name Tag
  • Kertas Modul
  • 3x Makan dan Minum
  • Hadiah Kumpulan

Cara Mendaftar Dengan Whatsapp (60132554828):

  1. NAMA PENUH ANAK :
  2. NO.IC ANAK:
  3. NO. TEL PENJAGA :

Hantarkan ke nombor:

  • wasap.my/60132554828/KemGeniusAulad2.0

Mohon jasa baik Tuan/Puan hebahkan iklan ini untuk manfaat kepada sahabat-sahabat lain juga. Untuk perincian lanjut, sila rujuk maklumat dalam gambar.

broken image

7. Kelas Memanah September 2024

Pendaftaran Kelas Memanah Kanak-kanak berumur 7-12 tahun di Akademi Taming Sari, Ampang, Ipoh

  • Tempat: Akademi Taming Sari, Ampang, Ipoh
  • Hari : Selasa 5.00 ptg - 6.00 ptg; Sabtu 9.00 pg - 10.00 pg; Ahad 9.00 pg - 10.00 pg
  • Hanya perlu hadir satu hari sahaja dalam seminggu. Boleh pilih salah satu dari tiga hari tersebut di atas
  • Tempoh : 4 sesi x 1 jam = 4 jam sebulan
  • Yuran pendaftaran : RM 80.00 (sekali bayaran sahaja)
  • Yuran bulanan : RM50.00 sebulan =Jumlah RM 130.00

TEMPAT:

  • Akademi Taming Sari, 46A Lengkok Wira Jaya Timur 1 Taman Timah 31350 Ipoh (Atas Dobi Ekpress Laundrete)
  • Lokasi GPS: https://g.co/kgs/zY3N8r
  • Bersedia untuk belajar serta mematuhi ciri-ciri keselamatan, adab-adab memanah dan SOP yang telah ditetapkan.
  • Berumur 7 tahun - 12 tahun

JURULATIH:

Kelas dipimpin oleh Ustaz Ridzuan Mazaki Pengasas Bersama Akademi Taming Sari dan Jurulatih Memanah Tradisional Bertauliah oleh Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA) dan dibantu oleh jurulatih yang berpengalaman.

  • Kelas bermodul
  • Ruang dan tempat yang selesa
  • Peralatan disediakan
  • Jurulatih bertauliah & berpengalaman
  • Terhad untuk 15 orang sahaja
  • Untuk pertanyaan boleh berhubung dengan no di bawah:
  1. Ustad Wan: 013-272 7257
  2. Ustad Zaidi: 0135815379

Untuk perincian lanjut, sila rujuk maklumat dalam gambar.

broken image

8. Baca Buku di Lembayung SHE

Bersempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi, kami membuka pintu kedai kami untuk dipenuhi kanak-kanak yang ingin membaca buku dan penuhkan buku Nilam secara PERCUMA di Lembayung.

3 hari sahaja, bermula 17 September hingga 19 September 2024. Minuman disediakan, makanan boleh dibeli di kedai-kedai berdekatan.

Ibu dan bapa atau penjaga yang ingin menggunakan ruang kerja yang selesa, sambil teman anak membaca buku, kami cas dengan kadar yang ISTIMEWA 😍

  • Lokasi: Lembayung SHE, Kedai Buku dan Ruang Acara, No 16-2, Jalan Elektron F/U16, Seksyen U16, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor (Waze : Nasi Arab Ta'if. Kedai kami di atas Kedai Nasi Arab)
  • Tarikh: 17 September hingga 19 September 2024.

Berminat? Hubungi admin di talian 018-3651970 atau klik link ini

Untuk perincian lanjut, sila rujuk maklumat dalam gambar.

broken image

9. Program Cuti Sekolah Klinik Imam Muda

PROGRAM CUTI SEKOLAH KEMBALI SEPTEMBER 2024 INI!

Tempat : Akademi Imam Nizar, Jln Kempas 2, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor Bahru (Berhadapan Pasaraya SKS Mall)

Apa aktiviti anak anda sepanjang cuti sekolah ini?

  • Sibuk belajar?
  • Sibuk tuisyen?
  • Sibuk dengan handphone?
  • Sibuk dengan tv?
  • Sibuk main game?
  • Sibuk tidur?

Jangan Biarkan Anak Anda Membazir Masa Dengan Tv, YouTube Pada Cuti Sekolah.

Apa kata, cuti sekolah ni, sibukkan mereka bersama kami di Akademi Imam Nizar Bandar Penawar.

Keistimewaan program :

  • Perkukuhkan pengetahuan anak-anak dalam solat, akhlak & mengurus jenazah
  • Membina potensi diri dalam pengucapan awam & menjadi imam dalam keluarga

InsyaAllah kami akan bantu dengan izin Allah SWT.

Maklumat program CUTI SEKOLAH disediakan (umur 7-17 tahun) :

A. PROGRAM KLINIK IMAM MUDA

  • Tarikh: 13 September 2024 (Jumaat)
  • Masa: 8.00 Pagi- 12.15 tgh
  • Yuran : RM35 seorang

B. ASAS MENGAJI AL-QURAN

  • Tarikh: 13 September 2024 (Jumaat)
  • Masa: 8.00 malam - 10.00 malam
  • Yuran : PERCUMA

C. KEM ANAK SOLEH (KASEH)

  • Tarikh: 14 SEPTEMBER 2024 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 Pagi- 5.00 Petang
  • Yuran : RM50 seorang

D. SPEAK : PENGUCAPAN AWAM KANAK-KANAK & REMAJA

  • Tarikh: 15 SEPTEMBER 2024 (Ahad)
  • Masa: 8.00 Pagi- 1.00 ptg
  • Yuran : RM35 seorang

Ada Tawaran Istimewa JIKA PILIH PAKEJ KOMBO PROGRAM (A dan D) Yuran Penyertaan hanya RM 65 sahaja.

AYUH DAFTAR SEKARANG!

broken image

 

broken image

10. Kem Cuti Sekolah September

Cuti seminggu anak anak tak ada aktiviti? Anak anak bosan duduk rumah? Ibu Ayah area Wangsa Maju, Kuala Lumpur jom isi masa cuti anak anak dgn aktiviti KEM CUTI SEKOLAH dengan cikgu Liza! Aktiviti berkumpulan, mewarna, kraf tangan, permainan yg menguji minda dan sebagainya.

Kem Cuti Sekolah September

  • Tarikh: 17-20 Sept 2024
  • Masa: pagi 9am-1pm; Petang 2pm-6pm; Full day 9am-6pm
  • Tempat: https://g.co/kgs/sf5M2rZ

Tarikh tutup pendaftaran: 15 Sept 2024

  1. Pendaftaran percuma
  2. Sijil penyertaan disediakan
  3. Minum pagi, makan tengah hari dan minum petang disediakan
  4. Aktiviti berkumpulan
  5. Ruang kelas yg selesa
  6. Tempat duduk terhad!

Jom hubungi kami untuk maklumat lanjut dan jadual aktiviti dalam gambar.

broken image

11. Kem Khalifah Muda

KEM KHALIFAH MUDA “Jom Masuk Syurga!”

  • Lokasi: Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, Terengganu
  • Tarikh: 20-21 September 2024
  • Early bird - RM80 seorang (sehingga 9 september 2024)
  • Harga asal - RM100 (selepas 9 september hingga tarikh tutup pendaftaran)
  • Aktiviti dan acara menarik:
  1. Meniti Usia Baligh
  2. Team Building
  3. Senamrobik
  4. Memanah
  5. Tadabbur Al Quran
  6. Qiamullail
  7. Solat Jemaah
  8. Public Speaking
  • Terhad 100 orang sahaja
  • Makan 7 kali
  • Sijil penyertaan disediakan
  • Cenderahati Eksklusif IKRAM Junior Terengganu
  • Tarikh Tutup Pendaftaran : 12 September 2024

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Pn Ajeemah (019-9969876); Pn Farhanin (019-7541214)

Anjuran : Wanita IKRAM Terengganu, IKRAM Junior Terengganu, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT

broken image

Kredit dan Sumber: Semua Penganjur Acara dan Aktiviti Cuti Sekolah September 2024

Berikut yang dikongsikan tadi adalah acara dan aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak yang bakal muncul pada bulan September ini. Sila kongsikan artikel ini kepada ramai orang. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua para pembaca kasturihijau.com.