Return to site

Pelbagai Peraduan dan Pertandingan Sempena Menyambut Bulan Kemerdekaan 2024

kasturihijau.com

· INFORMASI
Peraduan dan Pertandingan Sempena Menyambut Bulan Kemerdekaan 2024

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan. Sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-67 ini adalah bertemakan MALAYSIA MADANI: Jiwa Merdeka. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan pada 31 Ogos 2024 (Sabtu), yang bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 7.00 pagi.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan adalah perarakan Hari Kebangsaan yang akan menampilkan pasukan keselamatan negara, kontinjen pelbagai badan beruniform lain yang akan mempersembahkan aksi-aksi hebat. Penonton juga akan dihiburkan dengan pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Semasa sambutan itu nanti orang awam akan disediakan dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menarik. Terdapat pelbagai kemudahan awam seperti perkhidmatan shuttle bus, jeti water taxi, tempat letak kereta awam, trak makanan (food truck), tempat duduk awam bertingkat, tandas awam, kemudahan perubatan dan poket LED untuk pengunjung yang hadir.

 

broken image

 

Pelbagai Aktiviti Menarik Diadakan Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Terdapat pelbagai aktiviti seperti peraduan dan pertandingan turut diadakan oleh agensi tertentu dan terbuka untuk orang ramai. Berikut antara aktiviti-aktiviti menarik yang sempat kami kumpulkan untuk rujukan anda. Sumber asal adalah daripada media sosial dan facebook pihak penganjur masing-masing.

1. Program Kibar Jalur Gemilang

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua pihak, termasuk sektor awam dan swasta untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan. Langkah itu sebagai tanda taat setia, pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun

2. Menang RM15,000 dalam Pandai Coloring Contest 2024

Program mewarna tahunan sempena Bulan Kebangsaan ini akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2024. 75 pelajar dan 20 sekolah terbaik akan diumumkan sebagai pemenang berdasarkan kreativiti dan imaginasi melalui karya seni mereka, serta bilangan pelajar yang mengambil bahagian.

  • Tarikh akhir penghantaran: 31 Ogos 2024 (11.59 malam)
  • Pendaftaran PERCUMA untuk SEMUA PELAJAR!'
  • Semua pelajar akan mendapat markah PAJSK!
  • 3 Kategori: Individu (7-17 tahun), Sekolah, Pra-Sekolah (3-6 tahun)
  • Menangi hadiah terkumpul bernilai hingga RM15,000!

Cara daftar pertandingan:

  1. Muat turun templat Semarak Merdeka
  2. Mula mewarna dan serlahkan kreativiti anda
  3. Hantar karya seni pada pautan dan menang!
  4. Daftar dan submit sekarang : go.pandai.org/colouringcontest2024

 

broken image

3. Pertandingan Hari Merdeka 2024 Khas Orang Kurang Upaya (OKU)

Pusat Pengurusan OKU, UMS menganjurkan beberapa aktiviti untuk orang kurang upaya daripada kanak-kanak hingga dewasa, antaranya:

  1. Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan
  2. Pertandingan Video Nyanyian Lagu Patriotik
  3. Pertandingan Video Mencipta Kraf Tangan Merdeka
  4. Pertandingan Video Memasak (Halal/Bersih/Bebas)
  • Maklumat lanjut berkenaan program ini sila rujuk poster.
  • Tempoh penghantaran: 15 Ogos 2024 - 15 September 2024.
  • Hadiah: RM100+sijil, RM70+sijil, RM40+sijil (Hadiah adalah bagi setiap kategori)
  • Penyertaan PERCUMA
  • Penghantaran boleh dibuat melalui kod QR yang terdapat pada poster atau melalui pautan https://forms.gle/aVKtiB8n8B9DHyfd8 .

 

broken image

4. Merdeka Exclusive Book & Win

Sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, GWM Malaysia semarakkan semangat patriotik dengan tawaran hadiah percutian 'Merdeka Exclusive Book & Win’. Apabila peserta menempah dan mendaftarkan GWM ORA GOOD CAT atau ORA 07 sebelum 31 Oktober 2024, anda berpeluang memenangi peraduan ini.

 

broken image

5. Peraduan Selfie Merdeka

  • Jom sertai Peraduan Selfie Merdeka bermula 21 Ogos hingga 30 Ogos 2024 sempena sambutan bulan kemerdekaan.
  • Hadiah menarik menanti anda.
  • Peraduan terbuka pada orang ramai terutama warga Terengganu.
  • Untuk maklumat lanjut boleh baca brochure berikut.
broken image

6. Peraduan Ceria Merdeka 2024

  • Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-67 Malaysia Tercinta Tahun ini, Balora Communication menganjurkan peraduan beli, snap dan menang wang tunai bermula 17/8/2024 hingga 16/9/2024.
  • Cara penyertaannya adalah seperti berikut:
  1. Beli handphone di Balora Communication.
  2. Ambil foto atau selfie paling kreatif, menarik dan ceria bersama handphone baru anda.
  3. LIKE & FOLLOW Facebook Balora Communication.
  4. Post foto ceria anda di akaun FB personal anda
  5. Set Post : Public
  6. Letakkan caption menarik anda
  7. Tag kami : @Baloracommunication
  8. Hashtag : #𝗙𝗼𝘁𝗼𝗖𝗲𝗿𝗶𝗮𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮 #𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻𝗕𝗮𝗹𝗼𝗿𝗮𝗖𝗼𝗺𝗺 #𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝟲𝟳
  9. [Nombor resit pembelian]
  10. 1 post hanya untuk 1 penyertaan bagi 1 pembelian dalam tempoh peraduan ini.
  11. 3 org pemenang akan terpilih dengan kiraan 𝙇𝙞𝙠𝙚 𝙏𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 sepanjang tempoh promosi:
  • 1st : RM 300
  • 2nd : RM 150
  • 3rd : RM 50

12. Pemenang akan diumumkan selepas tarikh peraduan berakhir 16/9/2024.

broken image

7. Peraduan Cari, Tag dan Menang!

  • Menang dan semarakkan bulan patriotik ini dengan bakat detekftif anda!
  • Dengan 3 langkah mudah:
  1. Screenshot/Download Gambar Peraduan
  2. Hantar jawapan & tag 3 kawan di komen post
  3. Cabutan bertuah menanti 3 pemenang
  4. Hadiah bernilai 𝐑𝐌𝟓𝟎 𝐱 𝟑 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠
  5. Tempoh Peraduan: 𝟏𝟕 𝐎𝐠𝐨𝐬 - 𝟏𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒

 

broken image

8. Pertandingan Bulan Kemerdekaan Mesra Mall

  • Jom daftarkan anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti yang menarik, yang dianjurkan pihak Mesra Mall.
  • Terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan wanita.
  • Layari facebook Mesra Mall.
  • Rujuk maklumat lanjut pertandingan daripada poster di bawah.
broken image

 

9. Kuiz Merdeka

  • Kuiz dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Semarakkan rasa cinta anda kepada Negara Malaysia
  • Jom sertai Kuiz Dalam Talian : Perpaduan Melalui Rukun Negara diadakan bersempena Bulan Kemerdekaan 2024.
  • Ada hadiah menarik menanti pemenang
  • Sijil Penyertaan akan diberi kepada semua penyertaan
  • Tarikh penyertaan pertandingan sehingga 31 Ogos 2024.
  • Klik pautan di bawah ini : https://forms.gle/8kSWNe7bFgvpZjaz6 Atau
  • Imbas Kod QR untuk penyertaan anda
  • Rujuk poster di bawah
broken image

 

10. Merdeka Wild Fest Zoo Negara

  • Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 ada pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Zoo Negara.
  • Pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk anda sertai seperti pertandingan mewarna, melukis, dan macam-macam lagi.
  • Maklumat lanjut akan dikongsi di facebook Zoo Negara Malaysia.
broken image

Berikut yang dikongsikan tadi adalah pelbagai aktiviti dan acara menarik yang dianjurkan oleh pelbagai agensi untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini. Jom para pembaca sekalian bawa anak-anak dan ahli keluarga menyertai peraduan dan pertandingan yang dianjurkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca kasturihijau.com sekalian.

 Kredit: Kesemua Penganjur Aktiviti