Return to site

Hukum Dosa Besar Minta Cerai Daripada Suami Kecuali 5 Alasan Ini

kasturihijau.com

· AGAMA
Hukum Dosa Besar Minta Cerai Daripada Suami Kecuali 5 Alasan Ini

Kes perceraian sering kali kita dengar melalui televisyen, radio, dan dalam kalangan masyarakat. Perceraian ini berlaku tanpa mengira tempoh perkahwinan, sama ada pasangan baru berkahwin atau sudah lama berkahwin, sama ada berkahwin pada usia muda atau tua. Golongan muda dan tua sama-sama mengalami perceraian dan turut menunjukkan trend yang serupa. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah peningkatan jumlah wanita yang meminta cerai atau memohon untuk dilepaskan oleh suami dengan pelbagai alasan. Apakah boleh seorang itu meminta cerai daripada suaminya jika tidak ada alasan yang kukuh? Dalam satu hadis Rasulullah saw pernah bersabda bahawa;

“Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan alasan-alasan yang dibenarkan untuk memohon cerai daripada suami daripada penerangan Ulama' Fiqh Ustaz Azhar Idrus.

broken image

 

 

Statistik Penceraian Di Malaysia

  • Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan kes penceraian di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2022, data menunjukkan total kes penceraian adalah 62,890 kes, dan daripada kes tersebut 46,138 kes melibatkan pasangan Islam. Data menunjukkan kenaikan sebanyak 45.8 peratus daripada tahun sebelumnya (Jabatan Perangkaan Malaysia).
broken image

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

  • Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian di kalangan orang Islam iaitu Kedah sebanyak 113.6%, Sabah (94.5%) dan Perlis (83.5%).
  • Purata kumpulan yang merekodkan perceraian tertinggi bagi lelaki adalah umur 35 hingga 39, manakala pada usia 30 hingga 34 tahun bagi wanita. Ini bermakna penceraian tertinggi bagi kumpulan usia 30 an.

 

Apakah itu Cerai atau Talak?

  • Dari segi bahasa, perceraian membawa maksud perpisahan, manakala dari segi istilah, ia merujuk kepada keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya ikatan suami isteri atas sebab tertentu.
  • Perceraian merujuk kepada keadaan suami isteri berpisah dan bermaksud penamatan hubungan perkahwinan sama ada atas pilihan suami atau keputusan qadi.
  • Dalam konteks Malaysia, perceraian biasanya berlaku melalui lafaz talak, yang merupakan hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya (rujuk surah al-Baqarah ayat 229, surah al-Talaq ayat 1 dan surah an-Nisaa ayat 19).
  • Penceraian sememangnya memberi impak yang besar kepada keruntuhan rumah tangga, dan menjejaskan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak, dan masyarakat. Ia adalah pengalaman yang pahit dan sukar bagi pasangan yang bercerai.

 

broken image

 

 

 

Hukum Isteri Meminta Cerai Daripada Suami

Pada asalnya adalah tidak boleh dan berdosa besar bagi seorang isteri meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Hukum ini adalah berdasarkan kepada hadis berikut:

Sabda Nabi SAW:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ

Maksudnya: “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” (Riwayat al-Tirmidzi: 1187)

5 Alasan Yang Dibolehkan Isteri Meminta Cerai

Sebab yang dibenarkan syarak untuk meminta cerai daripada suami:

  1. Suami tidak memberi nafkah yang wajib (Lihat al-Mughni, 8/204).
  2. Suami larang buat perkara wajib, seperti larang mendirikan solat, larang berpuasa dan lain-lain.
  3. Suami mengajak perkara maksiat seperti minum arak, berjudi dan sebagainya.
  4. Suami memukul atau mencederakan tubuh badan isteri tanpa sebab yang sah (Lihat Hashiah al-Dusuki ‘ala al-Sharh al-Kabir, 2/345)
  5. Suami dipenjarakan dalam suatu tempoh masa yang lama (lebih 3 tahun) dan isterinya menderita dan menuntut cerai (Lihat Mausu’ah al-Kuwaitiyyah, 29/ 67)

 

Rujuk klip video berikut.

Baca lagi:

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus dan Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit Foto: ILIM dan Fattah Amin

Secara keseluruhannya, perceraian dalam kalangan umat Islam di Malaysia merupakan isu yang sensitif dan memerlukan perhatian yang mendalam. Walaupun Islam membenarkan perceraian sebagai jalan keluar dalam situasi tertentu, ia harus dilihat sebagai pilihan terakhir setelah usaha untuk memperbaiki hubungan dilakukan. Proses perceraian bukan sahaja melibatkan dua individu, tetapi memberi kesan besar kepada keluarga, anak-anak, dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penting bagi pasangan yang menghadapi masalah rumahtangga untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan sebelum mengambil keputusan yang akan mengubah kehidupan mereka secara drastik. Semoga perkongsian ini bermanfaat.