Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah mempunyai sangat besar keberkatannya dan besar ganjaran pahalanya bagi orang Islam yang beramal dalam tempoh tersebut. Telah disebut dalam hadis Rasulullah saw bahawa sepuluh hari yang lebih disukai oleh Allah SWT adalah sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah. Kita dituntut untuk melakukan amalan-amalan soleh pada hari-hari tersebut kerana padanya terdapat kelebihan dan kemuliannya. Dalam artikel ini, penulis menyenaraikan peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah dan amalan-amalan sunat di bulan Zulhijjah.
Bulan Zulhijjah
Bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam sistem kalendar Hijriah. Bulan ke-12 ini juga salah satu dari 4 bulan yang masuk ke dalam kategori asyharul hurum iaitu bulan yang dimuliakan.
Peristiwa Berlaku di Bulan Zulhijjah
- Pada bulan ini, Nabi Adam as dan isterinya Siti Hawa telah diampunikan oleh Allah swt dan dikeluarkan dari syurga akibat memakan buah khuldi.
- Pada bulan Zulhijjah, Allah swt menyelamatkan Nabi Yunus daripada diterkam paus
- Anak Nabi Zakaria as telah dilahirkan ketika usianya mencecah 120 tahun
- Pembangunan kaabah pada bulan Zulhijjah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
- Penyembelihan Nabi Ismail oleh ayahnya Nabi Ibrahim berlaku dalam bulan Zulhijjah
- Salehuddin Al-Ayubi menawan kubu musuh
- Perjanjian Aqabah Kedua antara kaum Aus dan Khazraj.
- Kewafatan Khalifah Umar bin Al-Khattab
- Perlantikan Uthman bin Affan berlaku pada bulan Zulhijjah
- Kewafatan Saidina Uthman bin Affan
- Kelahiran Nabi Ibrahim
- Pertempuran Wadi ‘Arabah, peperangan Dathin, dan peperangan As-Sawiq
Dalil-dalil Berkenaan Bulan Zulhijjah
- Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ
Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang paling baik di sisi Allah SWT daripada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah.”(Riwayat Ibn Hibban; 3853)
- Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ » يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini.” yakni 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (Riwayat al-Bukhari: 969)
- Pada bulan Zulhijjah merupakan bulan di mana Islam disempurnakan. Keutamaan ini sebagaimana firman Allah SWT:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian, dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian, dan Aku telah meridhai Islam itu agama bagi kalian.” (Qs. Al Maidah: 3).
10 Tarikh-tarikh Awal Bulan Zulhijjah 2024
Antara tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijjah tahun 2024 adalah seperti berikut:
- 8 -15 Jun 2024 : 1 hingga 8 Zulhijjah (Awal Zulhijjah)
- 16 Jun 2024 : 9 Zulhijjah (Hari Arafah)
- 17 Jun 2024 : 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
- 18-20 Jun 2024 : 11-13 Zulhijjah (Hari tashrik)
Amalan-amalan Sunat Pada Bulan Zulhijjah
Antara amalan sunat yang amat digalakkan dilakukan semasa bulan Zulhijjah dan amalan ini membawa ganjaran pahala yang besar adalah seperti berikut:
- Solat pada awal waktu secara berjemaah
- Haji dan umrah bagi yang berkemampuan
- Berbakti kepada kedua ibu dan bapa
- Memelihara silaturrahim
- Bertaubat dan beristighfar
- Membaca al-quran
- Melakukan ibadah qurban bagi yang mampu
- Bersedeqah
- Berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi
- Melakukan amar makruf dan nahi mungkar
Sumber: JAKIM
Kesimpulannya, setiap amalan sunat yang disebutkan tadi membawa ganjaran pahala yang sangat besar kepada umat Islam. Maka berebut-rebutlah kita memohon keampunan daripada Allah swt dan mengumpulkan seberapa banyak pahala pada bulan Zulhijjah ini untuk bekalan di akhirat nanti.
Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan cara memasukkan alamat emel anda, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.