Return to site

Aneka Resepi Biskut Raya Aidilfitri 2025: Pilihan Menarik & Wajib Cuba!

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Aneka Resepi Biskut Raya Aidilfitri 2025: Pilihan Menarik & Wajib Cuba!

Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja sinonim dengan kunjungan keluarga dan sahabat, tetapi juga dengan pelbagai juadah lazat yang memeriahkan suasana. Salah satu elemen wajib yang tidak boleh dipisahkan daripada perayaan ini ialah biskut raya. Dari tart nanas yang lembut hingga kuih semperit yang rapuh di mulut, biskut raya menjadi daya tarikan utama setiap rumah. Aromanya yang harum serta pelbagai bentuk dan warna yang menarik bukan sahaja menggamit selera tetapi juga membawa nostalgia bagi setiap generasi. Dalam artikel ini, kita akan kongsikan resepi pelbagai jenis biskut raya yang popular serta tips untuk memastikan biskut kekal segar sepanjang musim perayaan.

Biskut Raya Mama Carey

Bahan-bahan:

Doh:

  • 250g butter
  • 115g gula ising
  • 350g tepung gandum
  • 175g tepung jagung
  • 1 biji kuning telur

Topping:

  • 2 biji putih telur
  • ½ sudu besar tepung jagung
  • 115g gula ising

Cara-cara:

Membuat Doh:

  1. Pukul butter dan gula ising sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Rehatkan doh selama 10-15 minit sebelum mencanai dan menerap bentuk yang diinginkan.

Membuat Topping:

  1. Pukul putih telur hingga kembang.
  2. Masukkan gula ising dan tepung jagung, kemudian pukul hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
  3. Untuk memastikan topping sudah siap digunakan, terbalikkan mangkuk jika topping tidak jatuh, ia sudah cukup pekat.
  4. Tambahkan pewarna pilihan jika ingin menceriakan biskut.

Membakar:

  1. Hias cookies dengan topping mengikut kreativiti anda.
  2. Bakar pada suhu 150-160°C selama 20-30 minit sehingga masak sempurna.
  3. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
broken image

Resepi Biskut Nestum Crunchy

Bahan-bahan:

  • 250g butter
  • ¾ cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1½ cawan nestum
  • 1 biji kuning telur (untuk sapuan)
  • Nestum (untuk taburan/hiasan)

Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau rata.
  3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung, kemudian campurkan ke dalam adunan. Gaul menggunakan tangan hingga sebati.
  4. Tambahkan nestum dan gaul hingga menjadi doh.
  5. Canai doh dan tekap menggunakan acuan pilihan.
  6. Sapukan kuning telur di atas biskut dan taburkan nestum sebagai hiasan.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 20 minit dengan api atas dan bawah.
  8. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
broken image

Cookies Ala Famous Amos

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • ¼ cawan gula kastor
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan mentega (~75g)
  • ½ cawan minyak jagung
  • 1 biji telur (gred B)
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ sudu besar susu segar @ susu tepung
  • ½ sudu kecil esen vanila

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar serbuk koko (diayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung (diayak)
  • ½ sudu kecil cream of tartar (boleh ganti dengan ½ sudu kecil cuka/jus lemon)
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan walnut cincang/almond nib (boleh ganti dengan biji bunga matahari)
  • 1 cawan semi-sweet chocolate chips

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati menggunakan whisk.
  2. Ayak bahan B (tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat, dan cream of tartar).
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A, kacau menggunakan spatula hingga sebati.
  4. Tambah walnut dan chocolate chips, gaul rata. Adunan akan sedikit lembik.
  5. Sudukan atau bulatkan doh menggunakan tangan ke atas loyang. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang semasa dibakar. (Loyang tidak perlu disapu mentega).
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 15-20 minit.
  7. Sejukkan biskut di atas jaring sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
broken image

Biskut Sarang Lebah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter
  • ½ cawan gula perang
  • 2 sudu kecil gula aising
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu besar tepung suji
  • Secubit garam
  • 1 cawan tepung kek
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan badam hancur

Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula perang hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, dan secubit garam, kacau hingga rata.
  3. Tambahkan susu tepung, tepung suji, dan badam hancur, gaul sebati.
  4. Masukkan kesemua jenis tepung (tepung kek, tepung jagung, dan tepung gandum) sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
  5. Canai doh dan terap menggunakan acuan pilihan.
  6. Sapukan kuning telur di atas biskut.
  7. Taburkan kekacang, kuaci hijau dan putih serta bijan hitam sebagai hiasan.
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 140°C selama 25 minit.
  9. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Nota:

  • Tepung suji boleh didapati di pasaraya atau kedai bakeri.
  • Gunakan kekacang pilihan untuk menambah rasa rangup.
broken image

Resepi Butter Cookies

Bahan-bahan:

  • 250g butter (suhu bilik) – guna pure butter lebih sedap
  • ½ cawan gula (dikisar halus)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

  1. Pukul butter hingga creamy, kemudian masukkan gula dan esen vanila.
  2. Pukul lagi selama 12 minit hingga adunan kembang dan ringan.
  3. Masukkan tepung gandum secara berperingkat (3 kali tuang), gaul sebati menggunakan spatula.
  4. Masukkan doh ke dalam piping bag dengan star tip, dan bentukkan mengikut kreativiti.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 10-12 minit, atau sehingga bahagian bawah biskut kelihatan perang sedikit.
  6. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Noor Aina Syuhana

broken image

Resepi Semperit Dahlia

Bahan-bahan:

  • 250g Buttercup
  • ½ cawan gula aising
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning (jika mahu)

Bahan Kering:

  • ½ cawan tepung kastard
  • ½ cawan tepung gandum
  • 2 ½ cawan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Pukul buttercup dan gula aising hingga sebati.
  2. Masukkan susu pekat, esen vanila, dan pewarna kuning, gaul rata.
  3. Tambahkan bahan kering (tepung kastard, tepung gandum, dan tepung jagung), gaul sehingga menjadi doh lembut.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan tekan ke atas dulang pembakar.
  5. Hias dengan ceri merah atau manik gula di tengahnya jika suka.
  6. Bakar dalam ketuhar mengikut suhu oven masing-masing sehingga masak.
  7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Yan Noraziani

broken image

Resepi Biskut Coklat

Bahan-bahan:

  • 250g Buttercup (boleh guna marjerin Daisy)
  • 1 biji kuning telur
  • ½ cawan serbuk koko
  • ½ cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Coklat urai atau coklat cip (untuk hiasan)

Cara-cara:

  1. Kacau butter dan kuning telur menggunakan senduk hingga sebati.
  2. Masukkan gula halus dan esen vanila, kacau lagi hingga rata.
  3. Masukkan serbuk koko, tepung jagung, dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Uli doh hingga sebati, tambah tepung jika adunan terlalu lembik, tetapi jangan terlalu keras.
  5. Canai doh dan tekap menggunakan acuan pilihan.
  6. Sapu kuning telur di atas biskut dan taburkan coklat urai atau coklat cip.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 30 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
  8. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Norhaslinda MD Radhzi

broken image

Resepi Biskut Aiskrim Vanilla

Bahan-bahan:

  • 2 cawan butter
  • 1 ½ cawan gula icing
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur gred C
  • 1 ½ cawan tepung kastard
  • 1 ½ cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum

Cara Penyediaan:

  1. Pukul butter dan gula icing hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sebentar.
  3. Tambah tepung kastard, tepung jagung, dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Uli doh hingga tidak melekat di tangan. Tambah tepung gandum jika doh terlalu lembik.
  5. Canai doh dan tekap dengan acuan berbentuk aiskrim.
  6. Sapukan kuning telur pada bahagian tangkai biskut untuk efek warna lebih menarik.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 35 minit.
  8. Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler.
  9. Celup biskut yang sudah sejuk ke dalam coklat cair dan taburkan manik hiasan.

Tips:

✔ Griskan loyang sebelum membakar supaya biskut tidak melekat.
✔ Gunakan pure butter untuk rasa lebih sedap dan premium.

Kredit: Norliza Bonda

broken image

Resepi Biskut Kacang Mazola

Bahan-bahan:

Bahan 1:
  • 2 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan gula
  • 2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar halus)
Bahan 2:
  • Minyak Mazola / minyak masak (secukupnya untuk membentuk doh)

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan 1 dalam satu bekas dan gaul hingga sebati.
  2. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
  3. Bulatkan doh dan susun dalam loyang yang telah digris.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 30-40 minit (bergantung pada jenis oven).
  5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tip:
✔ Gunakan cawan teh/kopi biasa sebagai ukuran.
✔ Kacang tanah perlu digoreng tanpa minyak dan dikisar halus untuk aroma lebih enak.

Kredit: Yatiyati

broken image

Resepi Biskut Coklat Chips Crunchy

Bahan-bahan:

Bahan A:
  • 1 cawan buttercup
  • ¾ cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
    (satukan & ayak terlebih dahulu)
  • 1 cawan coklat chips
  • ½ cawan coklat rice

Cara Penyediaan:

  1. Satukan bahan A dalam satu bekas dan pukul hingga sebati sahaja.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati. (Adunan memang lembik, jangan tambah tepung lebih supaya biskut tak keras).
  3. Tambah coklat chips & coklat rice, kacau hingga rata.
  4. Sudukan adunan ke atas tray tanpa perlu disapu butter (boleh guna sudu kecil atau cubit adunan).
  5. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah.
  6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan kerana biskut akan kelihatan lembik ketika panas tetapi akan menjadi rangup selepas sejuk.

Tips:
✔ Jangan risau jika biskut kelihatan lembik selepas dibakar, biarkan ia sejuk dan akan jadi crunchy!

Kredit: Norizan

broken image

Resepi Biskut Ferrero Malaysia

Biskut ini bukan sahaja kelihatan eksklusif, tetapi juga sangat sedap dan wangi semasa dibakar!

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 150g gula kastor (paling halus)
  • 1 biji kuning telur
  • 30g serbuk roti kuning
  • 100g serbuk badam
  • 100g tepung jagung*
  • 300g tepung Red Rose*
  • 250g badam cincang (dipanggang)
  • 300g coklat masakan
  • 1 biji putih telur

(*Bahan bertanda * perlu diayak terlebih dahulu)

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan mentega, gula kastor dan kuning telur. Pukul hingga kembang dan gula larut sepenuhnya.
  2. Masukkan serbuk roti, serbuk badam dan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat kecil. Salutkan dengan putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
  4. Susun atas dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.
  5. Apabila biskut sudah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  6. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’, kemudian celupkan biskut ke dalam coklat.
  7. Letakkan biskut yang sudah dicelup ke dalam cawan kertas supaya kelihatan lebih eksklusif.

Kredit: Izah Muffin Lover

broken image

Resepi Tart Nenas Rangup

Biskut tart nenas yang rangup, gebu, dan mudah cair di mulut. Sesuai untuk hidangan raya dan majlis istimewa!

Bahan-bahan:

  • 250g butter (apa-apa jenis, saya guna Anchor)
  • 1 ½ sb gula icing
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 4 sb air sejuk (dari peti sejuk)
  • Sedikit pewarna kuning lemon

Bahan kering:

  • 3 sb tepung jagung
  • 1 sk emplex
  • 300-350g tepung gandum (Cap Rose)

(Masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya doh tidak terlalu keras dan mudah ditekan.)

Cara Penyediaan:

  1. Dalam mangkuk besar, kacau sebati butter, gula icing, telur, esen vanila, air sejuk, dan pewarna kuning lemon menggunakan senduk kayu atau whisk.
  2. Masukkan tepung jagung dan emplex, gaul rata.
  3. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart nenas dan tekan mengikut bentuk yang diingini. Letakkan inti nenas dan gulung.
  5. Untuk sapuan atas tart, campurkan kuning telur, sedikit pewarna kuning lemon, dan sedikit air. Sapukan pada tart sebelum dibakar.
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit atau sehingga keemasan.

Kredit: Danglela Wat

broken image

Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.