Return to site

Bacaan Penghulu Istighfar dan Kehebatan Amalan Istighfar Setiap Hari

www.kasturihijau.com

· AGAMA
bacaan penghulu istighfar

Istighfar merupakah lafaz zikir untuk memohon keampunan dosa daripada Allah swt. Setiap daripada kita, sama ada sedar atau tidak, pasti melakukan dosa. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan bacaan penghulu istighfar, dan kehebatan amalan zikir harian yang boleh menarik rezeki yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah swt yang bermaksud: 

“Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قال صَبيحَةَ يَوْمِ الجُمُعَةِ قَبْلَ صَلاةَ الغَدَاةِ: أسْتَغْفِرُ اللهَ الذِي لا إلهَ إلَّا هُوَ الحَيَ القَيومَ وأتُوبُ إلَيْهِ ثلَاثَ مَرَات، غَفَرَ اللهُ تعالى ذُنوبَهُ ولو كانتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beristighfar pada pagi hari Jumaat sebelum menunaikan solat pagi. Dengan mengatakan “Aku memohon ampun kepada Allah, Tiada Tuhan melainkan-Nya, yang Maha Hidup, Maha Kekal Mentadbir dan aku bertaubat kepada-Nya sebanyak tiga kali. Maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” [Riwayat Ibn al-Sunni (83)]

Bacaan Penghulu Istighfar dan Maksudnya

  • Penghulu istighfar adalah merupakan penghulu segala istighfar. Membacanya sekali ibarat membaca 1000 kali istighfar biasa. Ayatnya lebih panjang daripada istighfar biasa dan mempunyai maksud yang mendalam untuk memohon keampunan daripada Allah swt.

Berikut ialah bacaan penghulu (sayyidul) istighfar yang boleh kita amalkan setiap hari:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Bacaan rumi:

Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta.

Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

Kelebihan Mengamalkan Penghulu Istighfar

Antara kelebihan mengamalkan penghulu istighfar pada setiap hari adalah:

  1. Seseorang yang sering mengamalkan penghulu istighfar dijamin tempatnya di syurga.
  2. Dijauhkan daripada kesempitan hidup.
  3. Dengan mengamalkan penghulu istighfar boleh menolak bala.
  4. Seseorang dilimpahkan rezeki berterusan
broken image

 

Amalan Zikir Rezeki Tidak Disangka-sangka

Jika anda berhajat sesuatu yang anda inginkan, kami ingin kongsikan satu amalan zikir harian yang kami dapat daripada perkongsian zikir yang membuatkan anda mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka dengan beristighfar. Anda akan merasakan keajaiban daripada amalan ini, InsyaAllah. Caranya adalah seperti berikut

1. Baca Istighfar sebanyak 1000 kali sehari.

Bacaannya adalah dengan menyebut Astaghfirullahalazim.

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ

Maksudnya: Saya meminta keampunan Allah SWT

broken image
  • Bagi sesiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar setiap hari, Allah SWT menjadikan untuknya tiga perkara iaitu Allah memberi jalan keluar bagi segala kesempitan, Allah melapangkan hatinya daripada perasaan bimbang, dan Allah mengurniakannya rezeki yang tidak disangka-sangka.

 

2. Baca Selawat ke atas Nabi 1000 kali sehari.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

broken image
  • Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang berselawat ke atasku 1000x sehari, dia tidak akan mati sehingga dikhabarkan kepadanya dengan syurga”.
  • Bagi sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  • Dengan berselawat ia membersihkan hati dan jiwa, dan juga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keampunan Allah swt.
  • Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka.
  • Akan menenangkan jiwa yang resah gelisah.

 

3. Baca Doa Nabi Yunus 300 kali sehari.

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. [al-Anbiya’:87]

  • Doa Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika berada dalam perut ikan nun dan Allah telah menyelamatkan Baginda daripada perut ikan nun.
  • Barang siapa yang mengamalkan doa ini, Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa.
  • Hebatnya doa Nabi Yunus adalah dalam doa ini mengandungi kalimah tauhid, tasbih dan juga istighfar.
broken image

Berikut tadi adalah perkongsian mengenai kelebihan penghulu istighfar dan juga amalan zikir hebat untuk mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk kehidupan anda. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan saudara mara, semoga dengan cara ini kita sama-sama dapat mengajak umat Islam ke arah kebaikan yang diredhai Allah swt.