Return to site

22 Bantuan Pengajian Tinggi 'One-off' Anak Negeri, Bantuan Zakat, Yayasan, dan Dermasiswa 2024

kasturihijau.com

· BIASISWA
22 Bantuan Pengajian Tinggi 'One-off' Anak Negeri, Bantuan Zakat, Yayasan, dan Dermasiswa 2024

Adakah adik-adik baru sahaja mendapatkan surat tawaran memasuki kolej atau universiti? Tahniah kami ucapkan. Selain mendapat kursus dan tawaran yang sesuai, jangan lupa untuk memohon bantuan pendidikan yang disediakan di seluruh negara bagi sesiapa yang layak. Bantuan kewangan ini ditawarkan melalui pusat zakat, yayasan, dermasiswa, dan bantuan anak negeri. Bagi yang berkemampuan, ini mungkin bukan masalah, tetapi bagi yang kurang berkemampuan, ambillah peluang ini agar adik-adik dapat melanjutkan pengajian dengan lebih mudah. Dalam artikel ini, kami kongsikan senarai bantuan kewangan untuk para pelajar yang bakal mendaftar di institusi pengajian tinggi, iaitu bantuan pendidikan tinggi anak negeri, bantuan zakat, yayasan, dan dermasiswa.

 

Senarai Bantuan Kewangan untuk Pelajar yang Bakal Mendaftar di Institut Pengajian Tinggi

Antara senarai bantuan kewangan anak negeri secara one-off, bantuan zakat dan dermasiswa adalah seperti berikut:

1. Bantuan Zakat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Bantuan Am Pelajaran merupakan bantuan sekaligus (one-off) yang diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam negara. Bantuan yang akan diberikan hanyalah di peringkat pengajian seperti dibawah:-

  • SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV) : Bantuan sebanyak RM800.00
  • DIPLOMA / DPMV(KV): Bantuan sebanyak RM1000.00
  • IJAZAH: Bantuan sebanyak RM1000.00

Syarat-syarat penerima bantuan:

  1. Beragama Islam
  2. Bermastautin di Negeri Perak tidak kurang dari 3 bulan.
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  4. Mendapat tawaran belajar dari institusi pengajian tinggi
  5. Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran
  6. Pengajian secara sepenuh masa dan tempoh tidak kurang dari 12 bulan
  7. Pengajian DPLI/PJJ/Pasca siswazah tidak layak
  8. Hanya pengajian dalam negara sahaja yang layak.

Permohonan boleh dibuat di laman web: https://online.maiamp.gov.my/bantuanmaipk/

 

2. Skim Bantuan Zakat Anak Negeri Perlis

Membantu para pelajar berasal dari Negeri Perlis yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Kewangan yang akan diberikan kepada pemohon adalah seperti berikut :

  • Ijazah/Sarjana/PhD: Bantuan sebanyak RM 2,500 (Luar Negara)
  • Ijazah/Sarjana/PhD: Bantuan sebanyak RM 2,000 (Dalam Negara)
  • Diploma: Bantuan sebanyak RM 1,700 (Dalam Negara)
  • Sijil/Matrik/Asasi: Bantuan sebanyak RM 1,200 (Dalam Negara)

Syarat-syarat penerima bantuan:

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia beragama Islam dan tinggal di Perlis;
  2. Pusat pengajian tinggi bagi kursus yang dipohon atau yang sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  3. Kursus yang dipohon adalah yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
  4. Telah mendapat tempat / tawaran / sepenuh masa dan tidak bekerja
  5. Disahkan pendaftaran pengajian
  6. Permohonan tidak melebihi tempoh 6 bulan selepas tempoh surat tawaran dikeluarkan
  7. Berumur 18 tahun ke atas

Permohonan boleh dibuat di laman web:

3. Biasiswa Pendidikan MAIK

Program ini merupakan program penajaan bentuk biasiswa Majlis Agama Islam Kelantan kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam atau swasta. Biasiswa ini bertujuan untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian dalam negara. Antara program pendidikan MAIK adalah:

  • Biasiswa Tengku Anis (BTA)
  • Biasiswa Pendidikan Luar Negara (BPLN)
  • Biasiswa Professional Perakaunan (BPP)
  • Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP)
  • Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN)
  • Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)
broken image

 

broken image

 

4. Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON:

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Permohonan boleh dibuat di laman web: https://www.ypm.org.my

5. Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu

Bagi pelajar anak Terengganu yang layak & memenuhi syarat, kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan satu Skim Bantuan Persediaan ke IPT bagi mengurangkan bebanan kewangan sebelum memulakan pengajian di IPT. Berikut adalah perincian Bantuan Persediaan yang disediakan.

  1. Sekolah Berasrama Penuh: Bantuan sebanyak RM500.00
  2. Sijil: Bantuan sebanyak RM500.00
  3. Matrikulasi/ Asasi/ A-Level: Bantuan sebanyak RM500.00
  4. Diploma: Bantuan sebanyak RM750.00
  5. Ijazah Sarjana Muda: Bantuan sebanyak RM1,000.00
  6. Sarjana (Master): Bantuan sebanyak RM1,000.00
  7. Doktor Falsafah (PhD): Bantuan sebanyak RM1,000.00

Klik Download Maklumat Bantuan:

Permohonan online boleh dibuat di laman web: https://yt.gov.my/

6. Bantuan Kewangan Anak Sarawak

Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau lnstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dengan keutamaan diberikan kepada IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak, dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Permohonan online boleh dibuat di laman web: https://yayasansarawak.org.my

7. Bantuan Permohonan Insentif Harapan Siswa (IHS) dari Yayasan Pelajaran Johor

SYARAT AM PERMOHONAN:

  • Pemohon lahir ATAU menetap di Negeri Johor;
  • Permohonan terbuka Semester Pertama program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KPYPJ bermula Januari 2024 – Disember 2024;
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 Tahun atau lebih;
  • Pemohon TIDAK MENERIMA mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran SEKALI SAHAJA mengikut sesuatu tahap pengajian;
  • TIADA had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga;
  • Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.

Permohonan melalui laman web: http://ypj.gov.my

8. Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS Pusat Zakat & Baitulmal Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu

Bantuan awal merupakan bantuan yang disediakan untuk anak Terengganu yang baru diterima masuk untuk menyambung pelajaran pada peringkat SIJIL/MATRIK/ASASI, DIPLOMA, IJAZAH, MASTER & PHD untuk pertama kali sahaja. Bantuan awal perlulah dibuat tidak melebihi 3 bulan selepas daripada tarikh daftar belajar.

9. Bantuan IPT Kewangan Pendidikan Anak Negeri dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

Syarat-syarat Permohonan Bantuan IPT Dalam Negara

  • Warganegara Malaysia beragama Islam.
  • Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
  • Pemohon hendaklah 18 tahun ke atas.
  • Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM800 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.
  • Kategori Peringkat Pengajian : Sijil, Diploma dan Ijazah(Semester pertama)

10. Bantuan Anak Selangor Masuk Universiti (Hadiah Pengajian IPT)

Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Permohonan online melalui laman web di bawah (klik):

11. Bantuan Kemasukan Ke IPT oleh Tabung Baitulmal Pendidikan Negeri Sarawak

Bantuan kemasukan ke IPT di bawah kelolaan Baitulmal Sarawak ini ialah bantuan secara one-off di bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan. Bantuan ini diberikan kepada pelajar Islam Sarawak yang mendapat tawaran pengajian sepenuh masa di IPT dalam dan luar negara bagi memudahkan urusan pendaftaran kali pertama.

Permohonan melalui laman web: https://www.tbs.org.my/www/

12. Bantuan TAPEM Melaka

Bantuan peringkat pengajian dan amaun:

  • Diploma: RM 400.00
  • Ijazah: RM 600.00
  • Sarjana: RM 600.00
  • PhD: RM 600.00

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.

Permohonan di laman web: https://tapem.melaka.gov.my

14. Bantuan Derma Siswa Sambung Pelajaran ke IPT Untuk Anak Negeri Kedah

Bantuan awal kemasukan ke institut pengajian tinggi.

  • Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
  • Dan lain-lain syarat.

Permohonan melalui laman web:

 

15.Geran Yayasan Pahang (Bantuan Kepada pelajar IPT Untuk Dermasiswa Anak Pahang)

Pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kepada anak-anak Pahang yang Berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Pemohon adalah Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;

  • Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
  • Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Dan lain-lain syarat.

16. Bantuan Dana Kewangan IPT di Negeri Sembilan

Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan. Syarat –Syarat Permohonan:

  • Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  • Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  • Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  • Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

17. Bantuan Awal Pelajar IPT Anak Pahang

Bantuan kewangan adalah seperti berikut; Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,200. Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00. Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,5000. Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000.

18. Bantuan Mahasiswa Bakti Desa

  • Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.
  • Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara "one off" sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

19. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

20. Bantuan Pendidikan Untuk Pelajar Asasi Universiti Awam (UA)

Program Bantuan Kewangan Asasi di Universiti Awam merupakan program penajaan di peringkat asasi di Universiti Awam (UA) menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

21. Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor

Portal Pendidikan ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian. Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.

22. Dermasiswa Zakat IPT Pulau Pinang

Membantu kewangan mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan ZPP samada di dalam atau luar negara pada peringkat Diploma, Markaz Lughah (Mesir), Ijazah, Ijazah Perubatan, Sarjana dan PhD. Terbuka kepada semua kursus yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

Laman web: https://zakatpenang.com/bantuan-dermasiswa-pengajian/

Jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan kewangan pengajian peringkat tinggi ini kerana serba sedikit bantuan ini dapat meringankan masalah kewangan para pelajar yang baru ingin melanjutkan pengajian. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk adik-adik yang sedang atau ingin melanjutkan pengajian kelak. Selamat Maju Jaya!