Return to site

Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah (SYUKUR) Tahun 2025: Cara Semakan Bantuan Tunai

kasturihijau.com

· INFORMASI
Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah (SYUKUR) Tahun 2025: Cara Semakan Bantuan Tunai

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR) merupakan inisiatif kerajaan negeri Sabah yang bertujuan meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Program ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM358.5 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 100,000 penerima.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat, terutama golongan yang kurang berkemampuan, dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup masa kini. Program ini merupakan satu langkah proaktif dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat dan butiran mengenai tarikh bayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025, syarat kelayakan, serta kaedah pembayaran yang telah ditetapkan.

Tujuan Program

Program ini diperkenalkan bagi:

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk keperluan asas, terutamanya makanan.
  • Membantu golongan yang benar-benar memerlukan untuk kehidupan yang lebih stabil.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
  • Menjadi tanda kasih sayang dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.
broken image

Syarat Kelayakan

Bantuan ini disasarkan kepada rakyat Sabah yang memenuhi kriteria berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemegang kad pengenalan berstatus H.
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah lebih dari satu tahun.
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah (KIR) dalam data eKasih sehingga 31 Disember 2024.
broken image

Garis Pendapatan Kemiskinan

Golongan yang layak menerima bantuan ini adalah mereka yang berada dalam kategori pendapatan berikut:

Miskin Tegar

  • Isi Rumah: RM1,218
  • Per Kapita: RM288

Miskin

  • Isi Rumah: RM2,742
  • Per Kapita: RM671

Fasa Pembayaran

Bantuan ini akan diberikan dalam empat fasa sepanjang tahun 2025:

  1. Fasa 1 (Januari - Mac): Pembayaran bermula Februari 2025
  2. Fasa 2 (April - Jun): Pembayaran bermula April 2025
  3. Fasa 3 (Julai - September): Pembayaran bermula September 2025
  4. Fasa 4 (Oktober - Disember): Pembayaran bermula Oktober 2025
broken image

Cara Pembayaran

Penerima bantuan boleh memilih kaedah pembayaran berikut:

  1. Pemindahan ke akaun bank.
  2. Secara tunai.
  3. Dikreditkan dalam e-Wallet YONO.

Semakan Status Agihan

Penerima boleh membuat semakan status dan pembayaran melalui:

  1. Laman Web PADANS: https://padans.sabah.gov.my/
  2. Laman Web SYUKUR: http://sukur.sabah.gov.my/
  3. Aplikasi YONO Superapp: Muat turun dan daftar untuk kemudahan semakan dan pembayaran.
  4. Notifikasi SMS: Penerima akan menerima pemberitahuan melalui SMS mengenai status dan pembayaran.
  • Bagi mereka yang belum berdaftar tetapi layak, permohonan baharu boleh dibuat melalui laman web PADANS dengan mendaftar akaun dan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Permohonan juga boleh dilakukan melalui Pejabat Daerah atau Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) setempat.

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan, rakyat boleh menghubungi:

Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:

  1. Talian Telefon: 088 338 338
  2. Talian Whatsapp : 010 – 5828207
  3. Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/

Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah Tahun 2025 ini merupakan satu inisiatif yang sangat membantu golongan yang memerlukan. Dengan bantuan tunai ini, penerima dapat menguruskan keperluan asas mereka dengan lebih baik. Semoga program ini memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Sabah dan membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Diharap perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca sekalian.