Tahukah anda bahawa barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan antara pembunuh utama di kalangan wanita di Malaysia? Barah pangkal rahim ini sukar untuk dikesan pada peringkat awal, kerana penghidapnya hampir tidak menunjukkan sebarang gejala. Bagaimanapun, bagi seseorang yang peka pada perubahan diri dan tahap kesihatan semasa, pasti akan dapat mengesan tanda-tanda awal barah ini melalui beberapa ujian yang akan kami kongsikan.
Pengenalan Barah Pangkal Rahim
- Barah pangkal rahim adalah barah berlaku di serviks, iaitu pembukaan antara faraj dan rahim. Barah terjadi apabila berlaku pertumbuhan dan perubahan sel normal kepada sel pra-kanser. Perubahan ini akibat daripada sel-sel sihat yang mula mengalami mutasi (perubahan dalam struktur DNA), menyebabkan sel-sel ini membiak secara tidak terkawal dan mengakibatkan jisim tumor.
- Barah pangkal rahim ini meningkat akibat jangkitan virus human papillomavirus (HPV), terutamanya HPV jenis 16 dan 18. Jangkitan HPV adalah berlaku akibat jangkitan seksual (Sexually transmitted infection, STI) yang paling biasa, sama ada aktiviti seksual, kedua-dua hubungan seksual penetratif dan bukan penetratif
Statistik Barah Pangkal Rahim di Malaysia
- Barah pangkal rahim telah direkodkan sebagai barah kedua tertinggi di Malaysia dan dihidapi dengan populasi wanita berumur 15 tahun hingga 44 tahun yang dijangkiti HPV. Setiap 100,000 wanita, 8 orang berisiko menghidapi penyakit ini. Di Malaysia sahaja, kanser ini menjadi kanser ketiga paling tinggi dialami oleh wanita, selain kanser payudara dan kanser ovari.
- Berdasarkan data 2018 daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat kira-kira 570,000 kes baharu melibatkan kanser pangkal rahim di seluruh dunia. Lebih malang lagi, WHO mendapati kanser ini menunjukkan jumlah kematian tinggi khususnya di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Pada tahun 2023, setiap tahun di Malaysia menunjukkan insiden kanser serviks sebanyk 1740, dan kematian 991 orang. Penghidap kanser serviks mula mengesan kanser pada usia 15 hingga 44 tahun pada kanser tahap 2. Kematian kebanyakkan berlaku pada kanser tahap 4 ke atas. Kanser ini sangat berbahaya untuk kaum wanita kerana kadar kematian yang ditunjukkan adalah tinggi.
Rujukan: Human Papillomavirus and Related Cancers, Fact Sheet 2023
Gejala atau Simptom Awal Barah Pangkal Rahim
Gejala dan simptom awal kanser pangkal rahim yang paling biasa adalah pendarahan pada rahim, dan ini juga boleh terjadi dengan situasi berikut:
- Pendarahan haid dengan kuantiti yang banyak berbanding biasa.
- Pendarahan di antara dua kitaran haid (apabila wanita tidak datang haid).
- Berlaku pendarahan selepas menopaus.
- Keputihan yang berlebihan yang terdiri daripada warna merah jambu dan berair hingga berbau gelap dan busuk.
- Pendarahan semasa melakukan hubungan kelamin
- Gejala biasa adalah pendarahan yang berlaku selepas menopaus dalam nisbah 9:10.
Cara Pengesanan Awal Barah Pangkal Rahim
- Untuk mengelakkan kematian akibat daripada barah pangkal rahim, pengesanan awal adalah cara yang terbaik. Bagaimanapun, kesedaran rakyat Malaysie mengenai kepentingan saringan kanser serviks adalah pada tahap rendah. Dalam 100 orang, hanya 40 orang yang datang buat saringan di klinik dan hospital. Pengesanan awal ada mudah, murah dan menjimat kan kos jika dibandingkan kos perubatan selepas dihidapi kanser serviks.
- Terdapat beberapa cara pengesanan barah pangkal rahim ini, bergantung kepada simptom dan gejala yang dialami pesakit, antaranya:
- Membuat pap smear kerana ia dapat mengurangkan risiko kanser serviks dan mengurangkan kadar kematian.
- Membuat saringan awal melalui Ujian HPV DNA untuk pengesanan awal kanser serviks.
- Melakukan ultrabunyi transvaginal tujuan untuk membantu mengenal pasti sebarang ketumbuhan yang tidak normal atau perubahan dalam ketebalan lapisan rahim.\
- Menjalankan prosedur biopsi endometrium untuk melihat sampel kecil endometrium dan dipantau bawah mikroskop.
- Menjalani histeroskopi iaitu satu tiub nipis bercahaya dipanggil histeroskop dimasukkan melalui faraj dan serviks untuk melihat secara visual keadaan rahim.
- Manjalani ujian pengimejan dan imbasan seperti X-ray, imbasan tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI).
Sumber: KKM, Portal MyHealth
Berikut adalah perkongsian mengenai barah pengkal rahim yang menjadi penyebab utama kematian di kalangan wanita di negara ini. Semoga perkongsian ini bermakna untuk anda semua.