Baru-baru ini kita sering dengar tentang kereta meletup, telefon bimbit meletup, power bank meletup, basikal elektrik meletup, tahukah anda penyebab letupan ini? Antara punca utama letupan ini adalah masalah pada bateri alat elektrik tersebut. Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi tentang maklumat yang kami kumpul berkenaan bateri lithium ion yang ada di hampir semua perkakasan elektrik.
Apakah Bateri Lithium Ion?
Bateri lithium ion adalah bateri yang berskala grid yang boleh dicas semula yang boleh dijumpai di hampir semua jenis peralatan elektrik. Contohnya, peralatan ini boleh terdiri daripada telefon, laptop, kamera, basikal elektrik, kereta elektrik dan hibrid. Secara umumnya, bateri ini adalah selamat digunakan. Namun, berlaku beberapa keadaan di mana bateri ini boleh menyebabkan letupan.
Bateri lithium ion terdiri daripada komponen yang sangat asas iaitu:
- Anod (elektrod positif): Terdiri daripada grafit
- Katod (elektrod negatif): Terdiri daripada litium
- Elektrolit: Garam litium larut dalam pelarut
Kegunaan Bateri lithium Ion
Berikut ialah senarai barangan isi rumah biasa yang menggunakan bateri lithium ion ini:
- Telefon pintar, komputer riba, tablet atau kamera digital; Contohnya: Apple iPhone, Samsung Galaxy, Huawei, Oppo, Xioami dan lain-lain.
- Kereta elektrik (atau kereta hibrid); Contohnya: Tesla Model S, Model 3, Model X, dan Model Y, Nissan Leaf, Chevrolet Bolt EV, BMW i3, Audi e-tron, Hyundai Kona Electric dan lain-lain.
- Kebanyakan alat elektrik tanpa wayar seperti fon kepala tanpa wayar
- Alat kuasa
Kenderaan Tesla menggunakan bateri lithium-ion, yang boleh diisi semula dan memberikan ketumpatan tenaga yang tinggi. Bagaimanapun jenis bateri kereta Tesla adalah berbeza-beza bergantung pada model dan tahun.
Kes Letupan Bateri Lithium Ion
Sekali sekala kita akan mendengar letupan atau kebakaran yang disebabkan oleh bateri lithium ion ini. Walaupun ia adalah selamat, tetapi bateri ini akann menjadi berbahaya jika tidak digunakan dengan cermat. Kes yang kita dengar melibatkan kemalangan bateri lithium ion, antaranya:
- Dua hari lepas, dunia digemparkan dengan letupan yang berlaku di kilang pembuatan bateri lithium ion di Korea Selatan, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang pekerja maut dan tiga lagi cedera.
- Pada tahun 2023, berlaku letupan dalam kapal terbang Thai yang melibatkan powerbank yang dikatakan juga akibat daripada bateri lithium ion.
- Di New York pada tahun 2023, berlaku letupan bateri lithium ion di salah sebuah unit apartmen akibat bateri yang dipasang pada kenderaan mini seperti skuter elektrik.
- Selain itu, pada tahun 2022, lima buah kereta telah musnah selepas bateri lithium ion meletup di Lapangan Terbang Sydney.
- Di Malaysia, Jun 2018, berlaku letupan dalam bateri litium ion yang digunakan untuk basikal elektrik semasa sedang dicas.
Sebelum ini, ada banyak isu berkaitan bateri lithium yang mudah meletup dan terbakar semasa pengunaan nya sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Namun, satu syarikat dari California US , Amionx telah berjaya mempaternkan teknologi battery explosion-free yang diberi nama “SafeCore” untuk menjamin keselamatan bateri lithium ion ini.
Sebab Bateri Lithium Ion Senang Meletup
3 sebab bateri lithium ion senang rosak atau meletup adalah sebab penggunaaan bateri dan pekakasan elektrik yang tidak cermat, contohnya:
1. Berlaku kerosakan fizikal pada bateri
- Bateri dijatuhkan, tertusuk atau sebarang kesan berkelajuan tinggi boleh mengganggu integriti struktur bateri Lithium ion.
- Mencampurkan kandungan dalamannya (asalnya dipisahkan), terutamanya elektrolit organik, boleh menyebabkan litar pintas dan terlalu panas, yang akhirnya boleh menyebabkan suar, kebakaran dan juga letupan.
2. Suhu tinggi bateri atau terlampau panas
- Berhenti meletakkan telefon anda pada papan dashboard kereta anda di bawah cahaya matahari langsung
- Suhu tinggi, sekitar 54° celcius, boleh menyebabkan bahagian dalaman bateri anda mula bertindak dan panas.
- Apa yang berlaku adalah disebabkan haba yang tinggi, kitaran ganas berlaku, di mana bateri mula menghasilkan haba, dengan itu, memacu pengeluaran haba selanjutnya. Ini selanjutnya akan menyebabkan kebakaran dan letupan.
3. Amalan Mengecas Yang Tidak Tepat dan Cermat
- Baca manual bateri anda, untuk mengetahui cara dan tempoh masa mengecas yang betul. Tidak semua bateri serasi dengan pengecasan ultra pantas, jangan cuba-cuba untuk mengecas ultra pantas, jika bateri anda tidak direka untuk itu. Bateri anda akan menjadi terlalu panas dan boleh menyebabkan letupan.
- Anda mengecas secara alternatif (hidup dan mati) untuk mengelakkan pengecasan berlebihan (yang boleh menyebabkan ia menjadi terlampau panas).
Cara Kitar Semula Bateri
Ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah lambakan bateri terpakai dengan kaedah kitar semula yang betul, antaranya:
1) Perlu asingkan bateri dari sisa sampah yang lain.
- Kerana bateri merupakan bahan berbahaya, ia perlu diasingkan dan dikategorikan sebagai e-sisa.
- Sebagai contoh, sisa bateri yang boleh dicas semula mengandungi nikel, kadmium dan plumbum. Ia mengandungi bahan berbeza dengan bateri biasa, dan jika kedua-dua bahan ini bercampur, ia mungkin boleh menyebabkan berlakunya letupan dan kebakaran.
2) Kitar semula.
- Cara terbaik untuk melupuskan bateri adalah dengan menghantarnya ke pusat pengumpulan yang betul.
- Jika anda ada beteri terpakai, anda boleh serahkannya di pusat pengumpulan e-sisa yang berhampiran dengan tempat anda. Kitar semula bateri ini sebenarnya dapat mengurangkan jejak karbon yang diperlukan untuk menghasilkan bateri baharu.
- Rujuk laman web ini untuk mengetahui tempat pengumpulan e-sisa/e-waste yang berhampiran anda. https://ewaste.doe.gov.my/index.php/ms/about/di-mana-saya-boleh-lupus-kitar-semula-e-waste/
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih