Universiti Otago menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar tempatan daripada Malaysia dan beberapa negara yang ingin memohon bantuan kewangan dalam pengajian ijazah sarjana muda di New Zealand untuk tahun 2025/2026. Individu yang berminat dan berkelayakan digalakkan untuk memohon. Keterangan permohonan adalah seperti berikut.
Objektif Biasiswa Universiti Otago
- Biasiswa Global ini telah ditubuhkan pada tahun 2024 dengan bertujuan untuk membantu menyokong pelajar antarabangsa dari negara-negara yang terpilih, dan para pelajar yang merancang untuk mengikuti program tertentu di Universiti Otago, New Zealand untuk menjadi warga Universiti yang cemerlang dan berdedikasi.
- Universiti Otago berada pada ranking #214 dalam QS World University Rankings tahun 2025.
Syarat Kelayakan Biasiswa
Pemohon akan dipertimbangkan di bawah kriteria kelayakan berikut.
- Mempunyai potensi akademik yang baik melalui kemasukan ke program
- Pemohon telah/akan mendaftar untuk pengajian ijazah sarjana muda sepenuh masa
- Pemohon mesti belajar di Universiti Otago dari tahun pertama sehingga memperoleh ijazah
- Pemohon akan belajar di kampus sepanjang tempoh pengajian mereka.
Proses pemilihan penerima biasiswa akan dipertimbangkan juga atas pemohon berasal daripada negara berikut:
- China (China Tanah Besar, Hong Kong, Macau)
- India
- Indonesia
- Malaysia
- Singapura
- Korea Selatan
- Thailand
- Vietnam
*Universiti berhak untuk meminda senarai negara terpilih dan program pengajian mengikut budi bicara mereka.
Tahap Pembiayaian
Pembiayaian biasiswa kepada para pelajar adalah berdasarkan kapasiti berikut.
- Nilai biasiswa adalah $15,000 dengan tempoh satu tahun.
- Pembayaran biasiswa akan dibuat sebagai kredit terhadap yuran pengajian sahaja.
- Bagi mereka yang memulakan pengajian pada semester 2 (Julai), separuh daripada dana biasiswa ($7,500) akan diberikan sebagai kredit terhadap yuran pengajian, dengan separuh lagi akan diberikan pada semester 1 (Februari) tahun berikutnya.
Maklumat Tambahan
Peruntukan khusus biasiswa tertakluk pada syarat di surat tawaran yang akan diberikan kepada penerima:
- Biasiswa hanya akan diberikan secara rasmi sekali.
- Jika pelajar tidak dapat memulakan pengajian mereka pada tarikh pendaftaran yang dinyatakan dalam Tawaran Tempat mereka, biasiswa tersebut tidak lagi sah.
- Senarai negara terpilih untuk pertimbangan dan senarai program pengajian yang boleh didaftarkan oleh pelajar untuk pemilihan biasiswa ini akan diterbitkan dalam pangkalan data biasiswa di laman web Universiti Otago.
- Biasiswa ini tidak boleh dipegang serentak dengan mana-mana biasiswa lain.
Cara Permohonan
- Cara permohonan adalah pelajar perlu mendaftarkan kursus dalam sistem pelajar eVision dan permohonan biasiswa melalui portal berkaitan Universiti Otago.
- Tarikh pembukaan biasiswa pada 1 Mei sebelum bermula pengajian. Tarikh tutup adalah 10 Disember (untuk semester 1 pada Februari tahun berikutnya), dan 30 April (untuk semester 2 pada Julai tahun berikutnya).
Link laman web eVision: https://evision.otago.ac.nz/sitsvision/wrd/siw_lgn
Baca lagi:
Berikut adalah perkongsian mengenai biasiswa luar negara yang anda boleh rujuk untuk permohonan. Sila panjangkan maklumat ini kepada sahabat dan rakan-rakan yang berminat. Semoga berjaya.