Return to site

Pembukaan Biasiswa Master dan PhD Program MyBrain 2.0 Tahun 2024

www.kasturihijau.com

· BIASISWA
biasiswa mybrain 2.0 2024

Peluang tajaan dan biasiswa terbaik telah dibuka bagi semua para pelajar pascasiswazah di peringkat Ijazah Master dan Ijazah Doktor Falsafah di dalam negara. Rebut peluang ini bagi yang ingin mendapatkan tajaan atau biasiswa ini untuk pembiyaan pengajian anda. Maklumat biasiswa MyBrain 2.0 adalah dikongsikan seperti di bawah.

Pengenalan Program Biasiswa MyBrain 2.0

Program penajaan MyBrain telah diperkenalkan sejak tahun 2011. Sebanyak 20 juta peruntukan diberikan untuk program tajaan MyBrain 2.0. Program ini merangkumi penajaan kepada program sarjana (master) dan ijazah doktor falsafah di universiti di dalam negara. Untuk tahun ini, program penajaan ini telah diperkenalkan semula tahun 2024 yang dikenali sebagai MyBrain 2.0. Ia selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program MyBrain 2.0 ini memberi keutamaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas. Tajaan juga merangkumi pembiayaan yuran pengajian dan elaun sara hidup para pelajar.

broken image

 

 

Objektif Program Biasiswa MyBrain 2.0

  • Untuk membangunkan modal insan dan memperkasakan bakat bagi yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan sekali gus meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara.
  • Menyumbang kepada kesediaan kemajuan kerjaya dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup graduan.
  • Memupuk satu cabang motivasi kepada IPTS dalam usaha menyediakan pensyarah-pensyarah berkompetensi dengan matlamat meningkatkan keupayaan IPTS secara keseluruhan.

Syarat Kelayakan MyBrain 2.0

Antara syarat umum bagi pemohon MyBrain 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pensyarah IPTS terpilih (Lampiran A)
  • Orang Awam Tidak Bekerja atau Tidak Berpendapatan Tetap
  • Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman.
  • Telah menerima surat tawaran penuh daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT (Lampiran B)
  • Bagi pelajar yang telah mendaftar, baki pengajian perlulah sekurang-kurangnya 12 bulan (peringkat Ijazah Sarjana) dan 24 bulan (peringkat Ijazah Kedoktoran) semasa Semester 1, Sesi 2024/2025.
  • Bagi pemohon yang mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) untuk kelulusan
  • Senarai bidang yang tidak ditaja (Lampiran C)
  • Para pelajar perlu mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik (Lampiran D)
  • Ibubapa pemohon mestilah tidak disenarai hitamkan oleh Kerajaan

 

Syarat Khusus bagi Tajaan Ijazah Sarjana

  • Pemohon belum memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf
  • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 / Kelas Dua Atas / setaraf pada pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK minimum 3.30 bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) dengan minimum baki tempoh pengajian yang ditetapkan
  • Kategori penajaan dibuka bagi mod pengajian secara Penyelidikan dan Campuran (Kerja Kursus dan Tesis).

 

Syarat Khusus bagi Tajaan Ijazah Kedoktoran (PhD)

  • Kategori penajaan bagi PhD dibuka bagi mod pengajian Penyelidikan sahaja.
  • Pemohon belum pernah memiliki Ijazah Kedoktoran
  • Memperoleh PNGK minimum 3.30 / setaraf bagi mod pengajian kerja kursus atau Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) pada pengajian Ijazah Sarjana; atau
  • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana; atau
  • Telah menerima surat tawaran penuh / memulakan pengajian di IPT bagi laluan Fast Track PhD.

 

Kadar Tajaan MyBrain 2.0

  • Kadar yuran tajaan Ijazah Sarjana adalah dengan kadar maksimum RM2,300.00 per semester atau RM9,200.00 sepanjang pengajian\
  • Kadar yuran tajaan bagi Ijazah Kedoktoran (PhD) dengan kadar maksimum RM3,750.00 per semester atau RM22,500.00 sepanjang pengajian
  • Tajaan termasuk Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan akan diberikan untuk sepanjang tempoh penajaan
  • Bagaimanapun, untuk mendapatkan perlanjutan penajaan untuk semester seterusnya, laporan kemajuan pengajian dan keputusan peperiksaan perlu dikemukakan.

 

Cara Permohonan MyBrain 2.0

Bagi para pelajar yang ingin memohon tajaan program MyBrain 2.0, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut:

  1. Lakukan permohonan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 sebelum tarikh tamat iklan permohonan.
  2. Shortlisted candidates atau pemohon yang disenarai pendek perlu menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian.
  3. Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0.

Senarai Lampiran:

  1. Lampiran A: Pensyarah IPTS Terpilih, Download
  2. Lampiran B: Universiti Awam Terpilih, Download
  3. Lampiran C: Pengajian yang tidak ditaja, Download
  4. Lampiran D: Senarai Penyakit Kronik, Download 

Para pelajar boleh memohon di laman web berikut.

Link laman web permohonan MyBrain 2.0: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/

Tarikh Tamat Permohonan

Permohonan dibuka pada 1 Ogos 2024 (Khamis), dan tamat sehingga 21 Ogos 2024 (Rabu).

broken image

Bagi para pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat master dan ijazah doktor falsafah, rebutlah peluang terbaik ini untuk menampung perbelanjaan pengajian anda. Semoga para pelajar sekalian berpeluang untuk mendapatkan tajaan MyBrain 2.0 pada tahun ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Semoga berjaya.

Jangan lupa subscribe laman web kasturihijau.com kerana kami akan kongsikan banyak lagi biasiswa dan tajaan dalam dan luar negara kepada anda yang sedang mencari peluang tajaan dan biasiswa. Terima kasih.