Return to site

Pembukaan Biasiswa PhD di Australian National University Tahun 2025

www.kasturihijau.com

· BIASISWA
biasiswa phd australia

Australian National University menawarkan biasiswa kepada pelajar tempatan dan juga luar negara yang ingin memohon bantuan kewangan dalam pengajian PhD di Australia untuk tahun 2024/2025. Individu yang berminat dan berkelayakan digalakkan untuk memohon. Keterangan permohonan adalah seperti berikut.

Objektif Biasiswa Phd Australian National University (ANU)

  • Objektif biasiswa ini adalah untuk menyokong calon tempatan dan antarabangsa yang cemerlang selaras dengan arah strategik universiti ANU.
  • Pembiayaan disediakan oleh universiti ini ditawarkan kepada pengajian lanjutan ijazah doktor falsafah yang berkenaan. Penerima perlu melanjutkan pengajian secara sepenuh masa, namun, calon-calon daripada Australia boleh memohon pengajian separuh masa dengan biasiswa. Bagaimanapun, para sarjana daripada antarabangsa mesti melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di ANU.
biasiswa phd australia

 

 

Syarat-syarat Biasiswa Phd

  1. Jenis pelajar yang memohon: Daripada warga tempatan, ataupun antarabangsa, pelajar semasa, dan prospektif
  2. Tahap pelajar : Penyelidikan pascasiswazah
  3. Asas pemilihan: Berdasarkan kecemerlangan dan merit akademik
  4. Tempoh lanjutan: Lanjutan selama 6 bulan
  5. Nilai pembiayaan : $36,652 dalam setahun
  6. Elaun: Bayaran dibuat setiap dua minggu dan bayaran dibuat selama 3.5 tahun
  7. Bidang pengajian : Semua
biasiswa phd australia

 

 

Kelayakan Permohonan

  • Biasiswa ini tersedia untuk pelajar tempatan atau antarabangsa;
  • Pelajar telah memohon kemasukan ke program PhD atau Doktor Profesional melalui Penyelidikan di ANU
  • Mempunyai ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas pertama, atau ijazah Sarjana dengan komponen penyelidikan atau setaraf dari universiti yang diiktiraf.
  • Biasiswa diberikan selama 3.5 tahun
  • Elaun perjalanan dan pemindahan diberikan untuk pelajar yang berpindah ke Canberra untuk memulakan program penyelidikan mereka
  • Elaun tesis diberikan
  • Elaun anak tanggungan diberikan (hanya untuk pelajar antarabangsa)
  • Cuti perubatan dan cuti bersalin berbayar

Pemilihan Kursus dan Penyelia

Pemohon juga sangat digalakkan untuk menghubungi Penyelaras Pengajian Siswazah yang berkaitan atau bakal penyelia, sebelum mengemukakan permohonan, untuk membincangkan topik penyelidikan yang dicadangkan dan perkara-perkara berkaitan.

 

Tarikh Akhir untuk Permohonan Biasiswa

  • Untuk dipertimbangkan dalam pusingan utama tawaran biasiswa, pemohon mesti memohon kemasukan sebelum tarikh akhir berikut: 31 Ogos 2024.
  • Pusingan 1 (hanya untuk pemohon antarabangsa): Tarikh Tutup 31 Ogos 2024

Hubungi: Graduate Research Office; +61 2 6125 5777; Email To: GRO@anu.edu.au

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih