Return to site

Pembukaan Biasiswa TNB Prime Scholarship dan Pinjaman Boleh Ubah UNITEN dan Universiti Awam Sesi 2024/2025

kasturihijau.com

· BIASISWA
Pembukaan Biasiswa TNB Prime Scholarship dan Pinjaman Boleh Ubah UNITEN dan Universiti Awam Sesi 2024/2025

Yayasan Tenaga Nasional sedang menawarkan biasiswa kepada para pelajar yang ingin mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan pinjaman boleh ubah di UNITEN dan universiti awam untuk tahun 2024.

Latar Belakang Biasiswa TNB Prime Scholarship

TNB Prime Scholarship ialah program yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), syarikat elektrik terbesar di Malaysia iaitu sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menyokong pembangunan pendidikan dan sumber manusia. Program biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar cemerlang yang berpotensi tinggi melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi, khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan industri tenaga dan teknologi. TNB Prime Scholarship juga bertujuan untuk melahirkan generasi pemimpin masa depan yang mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara dan sektor tenaga.

Kelebihan kepada pelajar tajaan Biasiswa Prime Scholarship adalah mereka berpeluang untuk membuat dan menyertai

  • Program Student CSR Exploration (SCoRE)
  • Acara Temasya Sukan Tahunan
  • Community Support Activities
  • Pelbagai program pembangunan pelajar

 

 

Peringkat Tajaan yang Ditawarkan

Tiga peringkat tajaan adalah 1 biasiswa dan 2 adalah pinjaman boleh ubah iaitu:

1. Biasiswa Prime Scholarship :

  • Peringat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 1, Kemasukan Sem 1, 2024/2025 (Oktober 2024).

2. Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship :

  • UNITEN-Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kemasukan Sem 1, 2024/2025 (Oktober 2024).
  • Universiti Awam-Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kemasukan Sem 1, 2024/2025 (Oktober 2024).
broken image

 
Bidang Pengajian yang Ditawarkan

Bagi Biasiswa Prime Scholarship di Universiti Awam, bidang pengajian yang ditaja adalah:

  • Kejuruteraan Kimia

Bagi Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di UNITEN, bidang pengajian yang ditaja adalah:

  • Bidang Kejuruteraan dan Bukan Kejuruteraan yang ditawarkan oleh UNITEN.

Bagi Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di Universiti Awam, bidang pengajian yang ditaja adalah:

  • Kejuruteraan: Elektrik Kuasa • Elektrik Elektronik • Awam • Mekanikal
  • Bukan Kejuruteraan: Teknologi Maklumat • Sains Komputer • Perakaunan • Kewangan •Ekonomi • Pengajian Bisnes • Undang-undang

Makluman:

  • Bidang pengajian yang akan ditaja adalah berbeza-beza setiap tahun.
  • Pemohon wajib mengikuti kursus atau bidang yang ditawarkan sahaja

 

 

Syarat Umum Biasiswa

Antara syarat umum biasiswa Prime Scholarship di Universiti Awam adalah:

  • Khusus untuk pelajar baru Tahun Satu Semester Pertama Ijazah Sarjana Muda yang telah mendapat tempat pengajian/ surat tawaran universiti di Universiti Awam.
  • Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari dalam tahun permohonan dibuat.
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN yang sedang dalam pengajian,mereka perlu mendapat minimum CGPA/PNGK 2.70 (CGPA/PNGK >2.70) berdasarkan
    keputusan peperiksaan terkini.
  • Bagi pelajar peringkat Diploma di UNITEN yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat minimum CGPA/PNGK 2.50 (CGPA/PNGK >2.50) berdasarkan keputusan
    peperiksaan terkini.
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di Universiti Awam.

 

 

Cara Permohonan Biasiswa

Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional : https://ytn.tnb.com.my

Semua permohonan akan diproses untuk disenarai pendek terlebih dahulu. Pemakluman tarikh untuk nama calon yang berjaya disenarai pendek boleh disemak di laman sesawang
Yayasan Tenaga Nasional.

Pemohon dinasihatkan supaya menyemak laman sesawang YTN https://ytn.tnb.com.my bagi mendapatkan maklumat yang terkini mengenai keputusan biasiswa.

 

broken image

 

Tarikh Tutup Permohonan

  • Biasiswa Prime Scholarship di Universiti Awam : 24 September hingga 9 Oktober 2024
  • Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di UNITEN : 24 September hingga 6 Oktober 2024
  • Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Shine Sponsorship di Universiti Awam : 24 September hingga 13 Oktober 2024

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh disalurkan melalui emel ke infoytn@tnb.com.my atau hubungi terus talian di 03-89247500.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com. Semoga berjaya dalam permohonan biasiswa.