Return to site

Cara Brisk Walking Yang Betul Dapat Hindar Daripada Serangan Jantung

www.kasturihijau.com

· KESIHATAN
broken image

Tahukah anda brisk walking mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan jantung. Dikatakan bagi individu yang berusia melebihi 50 tahun, brisk walking adalah amalan terbaik untuk mengekalkan kesihatan jantung anda. Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki tidak boleh dianggap senaman, cuma aktiviti biasa. Namun, pandangan ini adalah salah, kerana brisk walking dengan konsisten dan kerap mampu merendahkan risiko mendapat kematian akibat serangan jantung dan strok. Saranan untuk melakukan brisk walking ini adalah juga datang daripada Majlis Keselamatan Negara kerana merujuk kepada peningkatan kematian mengejut akibat serangan jantung di negara ini. Justeru, dalam artikel ini kami ingin kongsikan faedah brisk walking untuk jantung dan otak.

 

Apakah itu Brisk Walking?

Brisk Walking atau aktiviti berjalan cepat iaitu berjalan dengan laju. Aktiviti ini adalah sejenis senaman latihan kardiovaskular yang bagus dan boleh dilakukan oleh hampir semua orang tidak kira usia atau tahap kecergasan fizikal. Brisk Walking ini merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos. Senaman brisk walking sebaiknya dilakukan selama 30 minit secara rutin pada setiap hari.

 

broken image

 

Apakah Perbezaan Brisk Walking dengan Jogging?

Terdapat perbezaan di antara brisk walking dan berjogging walaupun kedua-duanya melibatkan aktiviti bergerak. Brisk walking adalah aktiviti berjalan dengan laju yang boleh memacu jantung anda berdegup lebih cepat daripada berjalan biasa, namun berjogging adalah aktiviti berlari dengan laju yang memerlukan lebih banyak tenaga dan stamina. Brisk walking lebih sesuai untuk semua peringkat usia dan tahap kesihatan, berbanding berjogging.

Brisk Walking untuk Kesihatan Jantung dan Otak

  • Berjalan laju (brisk walking) 2.5 jam setiap minggu dapat merendahkan risiko untuk mati lebih awal akibat serangan sakit jantung dan strok.
  • Risiko mendapat kanser tertentu juga menjadi rendah.
  • Brisk walking membantu kesihatan otak dan minda.
  • Pemeriksaan MRI selepas melakukan aktiviti ini menunjukkan peningkatan pengaliran darah ke otak dan mengembangkan saluran darah di leher.

 

Cara Mengamalkan Brisk Walking yang Betul

  1. Lakukan berjalan kaki laju (brisk walking) selama 30 minit setiap hari untuk 5 hari dalam seminggu pada individu berusia 50 tahun ke atas.
  2. Lakukan secara bersederhana dan jangan terburu-buru.
  3. Lakukan di awal pagi secara konsisten
  4. Bagi yang ada penyakit kronik dapat pemeriksaan dari doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal.

 

Postur Brisk Walking yang Betul

  • Kepala harus diangkat dan pandangan lurus ke depan, bukan ke bawah.
  • Jaga leher tetap rileks, tidak tegang atau terlalu menunduk.
  • Pastikan punggung tetap lurus dan tidak membungkuk ke depan atau ke belakang.
  • Hindari postur yang terlalu membungkuk atau terlalu tegak. Biarkan bahu rileks dan turun, jangan terlalu diangkat atau tegang.
  • Pinggang harus sejajar dan stabil, tidak terlalu condong ke depan atau ke belakang.
  • Pastikan kaki memijak dengan lembut dan tidak menghentak-hentak ke tanah.
broken image

 

Kebaikan dan Manfaat Brisk Walking

Beberapa faedah brisk walking termasuklah:

1. Turun berat: Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan lebihan berat badan dengan membakar lebih banyak kalori, meningkatkan jisim otot tanpa lemak, dan meningkatkan mood anda untuk terus berjalan.

2. Kesihatan kardiovaskular meningkat: Dari kajian, berjalan 5 hari seminggu dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung. Latihan kardio yang kerap juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

3. Menurunkan tekanan darah: Kajian mendapati senaman kardio secara berkala dapat membantu menurunkan tekanan darah.

4. Menurunkan gula dalam darah: Jalan kaki yang kerap dapat meningkatkan kepekaan insulin anda. Ini bermaksud sel-sel otot anda dapat menggunakan insulin untuk mengambil glukosa untuk tenaga, sebelum dan selepas anda bersenam.

5. Memperbaiki Kesihatan mental: Penyelidikan mendapati senaman dapat meningkatkan harga diri, tidur lebih nyenyak dan membina kekuatan otak.

Rujukan: Obesity Reviews.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kesihatan anda dan keluarga. Silakan kongsikan artikel ini untuk membantu rakan-rakan mendapatkan manfaat yang sempurna daripada kaedah brisk walking yang betul.