Return to site

4 Resepi Buko Cheese Pandan, Kelapa, Cendol dan Ros Laici yang Meliurkan

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Anda pasti terliur jika dihidangkan dengan buko pandan atau buko mangga. Artikel kami yang lalu, kami telah terangkan cara untuk penyediaan buko pandan dan buko mangga harumanis. Untuk artikel ini, penulis akan senaraikan 4 resepi buko cheese yang viral iaitu resepi buko pandan cheese, buko sagu kelapa muda, buko cendol dan buko ros laici.

Senarai Resepi Buko Cheese Viral

Resepi Buko Pandan Cheese

Bahan-bahan untuk resepi buko pandan cheese adalah seperti berikut.

  • Isi kelapa dihiris halus daripada 2 biji kelapa
  • 1 mangkuk sagu direbus dan dicuci
  • 1 mangkuk agar-agar perisa kelapa pandan buatan sendiri dan dipotong dadu
  • 1 tin Nata de Coco perisa Original
  • Cheddar cheese secukupnya
  • Air kelapa dari 2 biji kelapa
  • 500g @ Separuh kotak Fresh Cream (Value Pride)
  • 2 kotak susu full cream
  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat (ikut kemanisan yang diinginkan)
  • Air dari Nata de Coco pun boleh dimasukkan sekali
  • Perisa kelapa pandan
  • Pewarna Hijau

Cara-caranya penyediaan resepi buko pandan cheese.

  1. Masak agar-agar pandan terlebih dahulu dan dipotong dadu.
  2. Campurkan semua bahan-bahan di atas.
  3. Tentukan kadar kemanisan anda
  4. Parutan cheese atas sekali.
  5. Kalau nak makan dalam masa yang singkat boleh campur semua bahan dan letak ais kiub.

Kredit: Owner

broken image

Resepi Buko Sagu Kelapa Muda

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi buko sagu kelapa muda.

  • 1 biji kelapa muda
  • 1 cawan sagu
  • 200 ml santan
  • 250 ml air
  • 1 cawan air kelapa muda
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Cheddar cheese secukupnya

Berikut adalah langkah-langkah penyediaan buko sagu kelapa muda.

  1. Masak sagu terlebih dahulu kemudian buang kanjinya dan tapis.
  2. Dalam satu periuk masukkan santan, air, air kelapa, gula, susu pekat manis, tepung jagung, secubit garam dan daun pandan
  3. Masak atas api kecil sehingga mendidih.
  4. Masukkan sagu dengan isi kelapa muda dalam bekas yang disukai.
  5. Tuang dengan kuah santan tadi
  6. Letakkan hirisan cheese di atas
  7. Letak ais atau sejukkan dalam chiller

Kredit: Owner

 

broken image

Resepi Buko Cendol

Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan resepi buko cendol.

  • 1 biji kelapa
  • Serbuk agar-agar 2 tea spoon
  • Air 500ml (air kelapa + air biasa)
  • 2 tea spoon gula
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 tsp serbuk agar-agar brown
  • 500 ml air
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 liter susu segar
  • Cendol
  • Sagu mata ikan
  • Cheese
  • kacang merah

Cara-cara penyediaan resepi buko cendol adalah seperti berikut.

  1. Masak agar-agar hingga menggelegak, kemudian sejukkan dan potong.
  2. Masak cendol atau guna yang sedia ada.
  3. Masakkan air gula merah.
  4. Satukan kesemua bahan
  5. Letakkan hirisan cheese jika anda suka.
  6. Sejukkan dalam peti ais
  7. Buko cendol sedap dimakan ketika sejuk.

 

broken image

Resepi Buko Ros Laici

Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan resepi buko ros laici.

  • 600ml air
  • 2 paket agar-agar serbuk (10g)
  • 200ml kordial laici SAJI
  • 200ml kordial ros SAJI
  • Ais ketul
  • 1/2 cawan krimer sejat cair SAJI
  • 1 sudu besar krimer pekat manis SAJI
  • 3 sudu besar whipping cream
  • 1/2 cawan sagu direbus
  • Isi kelapa muda
  • Cheese

Cara-caranya penyediaan resepi buko ros laici

  1. Masak agar-agar ros terlebih dahulu dan potong kecil
  2. Campurkan semua bahan-bahan di atas.
  3. Tentukan kadar kemanisan anda
  4. Parutan cheese atas sekali.
  5. Kalau nak makan dalam masa yang singkat boleh campur semua bahan dan letak ais kiub.

 

broken image

Kredit: Owner

Selamat Mencuba!.

Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.