Return to site

Viral Resepi Buko Pandan dan Buko Mangga Harumanis

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Pernah kah anda makan manisan buko seperti buko pandan, buko mangga, dan buko laici? Buko merupakan salah satu pilihan pencuci mulut yang berasa manis yang berasal daripada Filipina. Sajian berasaskan campuran jeli, isi kelapa, nata de coco (sari kelapa) dan susu segar itu pernah menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia. Buko sesuai dimakan sebagai pencuci mulut selepas makan makanan utama. Pada artikel kali ini, penulis akan menerangkan cara senang dan ringkas untuk buat buko.

Resepi Buko Pandan

Bahan-bahan Penyediaan Resepi Buko Pandan

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan buko pandan.

  • Agar-agar (agar direbus dengan daun pandan)
  • Sagu hijau
  • Isi kelapa
  • Nata de coco
  • Biji selasih
  • Whiping cream
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Air kelapa
  • ais kiub
broken image

Cara Penyedian Buko Pandan

Cara penyediaan buko pandan adalah seperti berikut.

  1. Pukul whip cream sehingga pekat, tetapi jangan sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan susu pekat 1 cawan dan susu cair 1 tin.
  3. Kacau sebati dan masukkan semua agar-agar, sagu, isi kelapa, nata de coco dan biji selasih
  4. Kemudian masukkan air kelapa 1.5 liter
  5. Last sekali masukkan sudu. dan ais kuib
  6. Sedia untuk dihidangkan
  7. Selamat mencuba!
broken image

Resepi Buko Mangga Harumanis

Bahan-bahan Penyediaan Resepi Buko Mangga Harumanis

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan buko mangga harumanis.

  • Buah mangga harumanis
  • Puding perisa mango
  • White fungus
  • Laici tin
  • Nata de coco
  • Chia seeds
  • Sagu
  • Agar agar kosong
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Whiping cream
  • ais kiub

Cara Penyediaan Buko Mangga Harumanis

Cara penyediaan buko mangga harumanis adalah seperti berikut.

  1. Puding manga dimasak dan sejukkan terlebih dahulu, serta dipotong petak kecil-kecil
  2. Agar-agar kosong hanya perlu letak pewarna, gula dan daun pandan sahaja.
  3. Potong petak kecik bila dh sejuk
  4. Rendam white fungus dalam air panas dahulu sebelum potong kecik
  5. Sagu boleh dimasak terus
  6. Campur susu pekat, susu cair dan whiping cream dan semua bahan ikot selera masing-masing
  7. Sediakan hidangan dalam mangkuk kecil
  8. Masukkan ais
  9. Sedia dihidangkan

Kredit : Owner

broken image

Selamat mencuba. Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.