Return to site

Buku Rekod Rawatan Digital dan Suntikan Vaksin Wajib untuk Jemaah Haji Tahun 2025

kasturihijau.com

· AGAMA
Buku Rekod Rawatan Digital dan Suntikan Vaksin Wajib untuk Jemaah Haji Tahun 2025

Menjelang musim haji tahun 2025 akan datang, sistem kesihatan bagi bakal jemaah haji semakin dipermudahkan dengan pengenalan Buku Rekod Rawatan Digital. Inisiatif ini memastikan maklumat kesihatan jemaah dapat diakses dengan cepat dan efisien, menggantikan keperluan dokumen fizikal. Selain itu, suntikan vaksin wajib seperti Vaksin Quadrivalent ACYW-135 dan vaksin tambahan lain terus menjadi syarat penting bagi menjamin kesihatan jemaah sepanjang menjalani ibadah di Tanah Suci. Dalam artikel ini, kami kongsikan tentang pemeriksaan kesihatan menggunakan buku rekod rawatan jemaah haji (digital) dan suntikan vaksin wajib untuk jemaah tahun 2025.

  • Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) digital adalah buku rekod rawatan yang menggantikan buku rekod bertulis (manual). Buku ini dapat menjimatkan masa dan tenaga bakal haji di samping memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci.
  • Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
  • Urusan saringan kesihatan bagi bakal jemaah haji di Malaysia akan bertambah mudah dengan adanya Buku Rekod Rawatan Digital. Kelebihan menggunakan Buku Rekod Rawatan Digital adalah seperti berikut:
  1. Bakal haji tidak perlu hadir ke cawangan Tabung Haji (TH)
  2. Bakal haji tidak perlu mengemaskini Buku Rekod Rawatan secara manual
  3. Jemaah haji tidak perlu membawa Buku Rekod Rawatan ke Tanah Suci

 

 

broken image

 

Langkah Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji dengan Buku Rawatan Digital

  1. Semak dan memuat turun surat tawaran haji daripada laman THiJARI.
  2. Lakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  3. Bawa bersama kad pengenalan dan Surat Tawaran Tunai Haji (softcopy/hardcopy).
  4. Notifikasi akan diterima mengenai status kesihatan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan di aplikasi THiJARI setelah selesai pemeriksaan kesihatan
  5. Seterusnya boleh melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.
  6. Proses pengisian maklumat oleh bakal haji dan Pegawai Perubatan juga semuanya dilakukan dalam sistem yang diintegrasikan bersama sistem dari KKM untuk mendapatkan butiran penuh tahap kesihatan bakal jemaah serta status vaksinasi.
  7. Bakal haji tidak perlu lagi untuk membawa BRRJH secara fizikal ke Tanah Suci

 

broken image

 

Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji

  • Setiap bakal haji diwajibkan menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan, termasuk ujian fizikal, ujian darah, serta ujian tambahan lain jika diperlukan.
  • Pemeriksaan ini bertujuan untuk menilai tahap kesihatan bakal haji dan mengenal pasti status penyakit yang mungkin dihidapi (jika ada).
  • Pemeriksaan kesihatan amat penting untuk memastikan pengesahan kesihatan dan memberi peluang untuk rawatan awal sebelum keberangkatan ke Tanah Suci.
  • Pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan oleh pegawai perubatan berdaftar dengan Tabung Haji (TH) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksa Kesihatan Bakal Haji (NPPKBH).
  • Suntikan vaksinasi pula boleh diperoleh daripada mana-mana pegawai perubatan yang bertauliah. Pegawai perubatan yang melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan memberi suntikan vaksinasi, termasuk Vaksin Quadrivalent ACYW-135 dan suntikan lain, perlu mengesahkan butiran pemeriksaan dan suntikan tersebut dalam sistem MyVAS.

Vaksin Wajib untuk Jemaah Haji

  • Suntikan Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW135) ADALAH WAJIB kepada bakal haji yang lulus pemeriksaan kesihatan sahaja dan diberi selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh penerbangan ke Tanah Suci.
  • Suntikan Meningococcal ini adalah sah digunakan untuk tempoh 5 tahun.
  • Suntikan vaksin COVID-19 dan Vaksin Influenza adalah DIWAJIBKAN kepada Bakal Haji:
  1. Berumur 65 tahun ke atas ATAU
  2. Mempunyai penyakit komorbid seperti penyakit kronik berkaitan kardio, paru-paru, buah pinggang, metabolik, hati, perkembangan saraf (neurodevelopmental), hematologi, atau
  3. Masalah sistem imuniti yang lemah (HIV, AIDS, rawatan steroid dan kanser).

Bagaimanapun, syarat vaksin dan saringan kesihatan adalah bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji.

broken image

Kredit: Tabung Haji, KKM dan FB Reezal Basri

Baca lagi: