Return to site

Berkesan! 7 Cara Atasi Masalah Sinki Tersumbat

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
cara atasi sinki tersumbat

Pernahkah sinki rumah anda tersumbat? Jika tidak pasti nak buat apa bila sinki tersumbat, boleh cuba cara yang akan kami kongsikan ini. Sememangnya, sinki rumah tersumbat memang membuatkan para wanita pening kepala. Pengalaman penulis sendiri yang tidak tahu nak buat apa apabila sinki rumah tersumbat. Pernah cuba tuang air panas, tetapi masih tersumbat. Jadinya, tuang air panas sahaja tidak mencukupi untuk tanggalkan sisa makanan dan minyak yang melekat di sekitar saluran paip sinki. Oleh itu, setelah mengumpulkan beberapa maklumat, kami kongsikan cara menghilangkan masalah sinki tersumbat dengan beberapa kaedah berikut.

Cara Membaiki Sinki Tersumbat dengan Berkesan

Terdapat 7 cara untuk membaiki sinki yang tersumbat di rumah anda. Anda boleh guna salah satu kaedah berkali-kali, atau gabungkan beberapa kaedah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

1. Menggunakan Garam Kasar

  • Kami kongsikan satu cara paling mudah untuk atasi masalah sinki tersumbat adalah dengan menggunakan garam kasar. Cara ini paling simple kerana garam memang selalu ada di setiap dapur, dan anda tidak perlu pening kepala.
  • Bagaimanapun, sebaiknya adalah menggunakan garam kasar untuk hasil lebih baik.
  • Caranya: Anda perlu tabukan garam kasar ke dalam sinki tersumbat dan kemudian tuang air panas ke dalam sinki.
  • Kesan: Sisa makanan dan kotoran akan melarut dan sinki akan berfungsi menjadi lancar, dan berfungsi seperti sedia kala. Cara ini juga melarutkan makanan yang melekat di sekeliling saluran paip sinki.
cara atasi sinki tersumbat

 

2. Gunakan Campuran Baking Soda dan Cuka

  • Cara berkesan yang seterusnya adalah anda hanya perlukan baking soda dan cuka.
  • Caranya: Campurkan lebih kurang 1/3 cawan baking soda dan 1/3 cawan cuka ke dalam sebuah bekas.
  • Apabila kedua campuran ini berbuih, dengan segera tuangkan larutan itu ke dalam saluran sinki yang tersumbat tadi.
  • Biarkan selama dalam 10 minit untuk biarkan tindak balas, dan seterusnya curahkan air panas dalam sinki untuk larutkan campuran tadi dengan sisa makanan yang tertanggal.
  • Kesan: Melalui cara ini, sisa makanan yang tersumbat akan larut bersama larutan baking soda dan cuka serta air panas tadi.
cara atasi sinki tersumbat

3. Gunakan Gabungan Garam, Baking Soda dan Cuka

  • Gabungan kedua-dua bahan ini, iaitu garam dengan baking soda juga bolem membantu untuk menghilangkan sinki tersumbat.
  • Caranya: Anda perlu gabungkan ¼ cawan baking soda dan juga ¼ cawan garam, dan tuangkan campuran tadi ke dalam lubang sinki yang tersumbat.
  • Selepas itu, tuangkan cuka untuk membuangkan bau busuk dan melarutkan lagi sisa makanan yang tersekat pada saluran paip sinki. Akhir sekali, bilas dengan air panas untuk memastikan hampir semua sisa makanan telah larut.

4. Gunakan Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk

  • Selain itu, cara lain yang turut berkesan adalah dengan menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk.
  • Caranya: Gunakan beberapa sudu sabun pencuci ini berserta dengan air panas sebanyak 2 liter, dan tuangkan ke dalam sinki.
  • Kesan: Saluran sinki sumbat adalah juga disebabkan oleh minyak dan gris makanan yang melekat di sekeliling saluran sinki. Sabun pencuci ini ia boleh membantu untuk melarutkan sisa makanan dan minyak ini.
cara atasi sinki tersumbat

5. Gunakan Pam atau Pelocok Sinki

  • Cara menggunakan pelocok ini adalah cara yang ramai guna untuk keluarkan makanan yang tersumbat dalam saluran paip sinki.
  • Bagaimanapun, ada cara yang betul untuk menggunakan pelocok ini.
  • Caranya: Anda perlu untuk menekan pam atau pelocok pada saluran tersumbat di dalam sinki yang berisi air.
  • Kesan: Tekanan daripada air yang membantu untuk menekan dan menarik cebisan makanan dan minyak di dalam saluran paip itu.
cara atasi sinki tersumbat

 

6. Gunakan Dawai atau Drain Snake

  • Cara lain adalah menggunakan dawai atau drain snake ini iaitu sejenis tali yang diperbuat daripada logam atau plastik. Ia boleh didapatkan di kedai hardware, kedai DIY.
  • Caranya: Caranya adalah dengan masukkan hujung dawai ini ke dalam saluran sinki. Apabila anda rasa ada sesuatu yang tersangkut, pusingkan dawai berkali-kali untuk menanggalkan sisa makanan yang melekat itu.
  • Seterusnya, tarik keluar perlahan-lahan dan bilaskan dengan air panas. Ulang kaedah ini, beberapa kali sehingga sinki tidak lagi tersumbat.
  • Kesan: Kaedah ini akan menanggalkan sisa makanan yang tersumbat dan melekat di saluran paip sinki.
cara atasi sinki tersumbat

 

7. Gunakan Pencuci Kimia Sinki

  • Cara terakhir akhir adalah dengan menggunakan pencuci kimia sinki khas untuk sinki tersumbat.
  • Anda boleh beli pencuci sinki tersumbat jenama seperti Mr Muscle atau Tesco.
  • Caranya: Tuangkan pencuci ke dalam saluran sinki, dan bilas dengan air panas
  • Kesan: Segala kekotoran akan lekang dan tanggal dan ia menghilangkan sinki sumbat

 

cara atasi sinki tersumbat

 

cara atasi sinki tersumbat

Berikut adalah cara-cara mengatasi masalah sinki tersumbat. Jadi mulai hari ini, anda tidak perlu lagi risau mengenai masalah sinki tersumbat ini, kerana pengkongsian ini dapat membantu anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca.