
Puasa Ramadan merupakan kewajiban bagi setiap Muslim yang mampu menjalankannya. Namun, ada kalanya seseorang tidak dapat berpuasa kerana alasan tertentu, seperti sakit, hamil, menyusu, atau dalam perjalanan jauh. Dalam Islam, ada dua cara mengganti puasa yang tertinggal, iaitu dengan qadha (mengganti di lain hari) atau membayar fidyah, tergantung pada keadaan individu. Siapakah yang wajib membayar fidyah? Bagaimana cara menghitung kadar fidyah? Dalam artikel ini, kita akan kongsikan secara lengkap mengenai fidyah, termasuk cara perhitungannya dan cara membayar fidyah secara online.
Apakah itu Fidyah?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan. Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.
Apakah Hukum Bayar Fidyah?
- Hukum membayar fidyah adalah wajib. Disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Menurut Firman Allah S.W.T:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)
- Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Golongan Wajib Ganti Puasa dan Wajib Bayar Fidyah
Kategori ini adalah mereka yang tidak hanya wajib mengganti puasa tetapi juga wajib membayar fidyah:
- Perempuan hamil yang khawatir dengan keselamatan kandungannya jika berpuasa dan tidak menggantikannya hingga masuk Ramadhan tahun hadapan.
- Perempuan hamil yang bimbang dengan keselamatan dirinya jika berpuasa dan tidak menggantikannya hingga masuk Ramadhan tahun hadapan.
- Perempuan menyusui yang tidak berpuasa karena khawatir keselamatan bayinya dan tidak menggantikannya hingga masuk Ramadhan tahun hadapan.
- Perempuan yang tidak segera mengganti puasanya hingga datang Ramadan berikutnya.
- Perempuan yang haid selama Ramadan tetapi tidak menggantinya sebelum Ramadan berikutnya.
- Mereka diwajibkan mengqada puasa serta membayar fidyah sebagai denda keterlambatan.

Golongan Tidak Wajib Ganti Puasa tetapi Wajib Bayar Fidyah
Kategori ini adalah mereka yang tidak mampu lagi berpuasa dan tidak boleh menggantinya, sehingga cukup dengan membayar fidyah:
- Orang tua yang sangat uzur (lemah) dan tidak mampu lagi berpuasa Ramadan.
- Orang yang sakit dengan kondisi yang tidak ada harapan sembuh.
- Mereka tidak diwajibkan mengqada (mengganti) puasa tetapi harus membayar fidyah sebagai gantinya.

Golongan Wajib Ganti Puasa tetapi Tidak Wajib Bayar Fidyah
Kategori ini adalah mereka yang masih boleh menggantikan puasa di lain waktu, sehingga tidak diwajibkan membayar fidyah:
- Perempuan menyusui yang khawatir akan kesihatannya sendiri jika berpuasa.
- Perempuan hamil yang khawatir dengan keselamatannya jika berpuasa.
- Orang yang musafir dan berbuka karena perjalanan.
- Orang yang sakit tetapi masih dapat sembuh dan mampu mengganti puasa di kemudian hari.
- Mereka hanya wajib mengganti puasa setelah Ramadan tanpa perlu membayar fidyah.


Cara Pengiraan Fidyah
Untuk mengira bayaran fidyah, anda perlu menggandakan kadar fidyah dengan jumlah hari puasa yang ditinggalkan.
Pecahan Kadar Fidyah Bagi Negeri di Malaysia
Berikut adalah kadar fidyah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri bagi setiap negeri di Malaysia:
- Johor – RM 1.75
- Kedah – RM 1.80
- Kelantan – RM 1.75
- Melaka – RM 2.00
- Negeri Sembilan – RM 1.75
- Pahang – RM 1.75
- Pulau Pinang – RM 1.75
- Perak – RM 1.90
- Perlis – RM 5.00
- Selangor – RM 2.00
- Terengganu – RM 2.00
- Sabah – RM 1.80
- Sarawak – RM 1.75
- Wilayah Persekutuan – RM 4.00

Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor menetapkan kadar 1 cupak beras bersamaan RM 2.00 bagi kiraan fidyah di Selangor.
- Perlu diingat, kiraan fidyah di Selangor tidak berganda walaupun melangkaui tahun.
- Contoh Pengiraan:
- Jika tidak berpuasa selama 3 hari:
- RM 2.00 (1 cupak) × 3 hari = RM 6.00
- Jika melangkaui tahun:
- Contohnya, seseorang tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2021 dan hanya menggantikannya pada tahun 2024 (melewati 4 tahun). Maka, kiraan fidyah adalah:
- RM 2.00 (1 cupak) × 4 tahun × 3 hari = RM 24.00
Kadar secupak beras mungkin berbeza mengikut negeri. Oleh itu, sila rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk kadar yang tepat.
Cara Bayar Fidyah Online
Cara bayar fidyah online melalui Zakat Selangor, hanya perlu memasukkan jumlah hari tinggal puasa Ramadan sahaja. Sistem akan buat kiraan jumlah fidyah yang perlu dikeluarkan.

Senarai link untuk pembayaran fidyah secara online:
- Selangor: https://www.zakatselangor.com.my/
- Pahang : https://zakatpahang.my/fidyah/
- Johor: https://www.maij.gov.my/
- Negeri Sembilan: https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php
- Melaka: https://fidyah.maim.gov.my/
- Perak: https://fidyah.maiamp.gov.my/
- Pulau Pinang: https://www.google.com/…/zakatpenang.com/zakat-fidyah/amp/
- Kedah: http://fidyahkedah.gov.my/
- Perlis: https://www.maips.gov.my/
- Kelantan: https://efidyah.e-maik.my/
- Wilayah Persekutuan: https://www.zakat.com.my/
- Terengganu: https://app3.maidam.gov.my/fidyah/
- Sabah: https://baitulmal.sabah.gov.my/
- Sarawak: https://www.tbs.org.my/
Bolehkah Ganti Puasa dan Fidyah sekaligus?
- Sebahagian ulama menetapkan mengqadha puasa Ramadhan yang ketinggalan wajiblah berturut-turut, namun sebahagian yang lain mengatakan qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya’ban samada uzur ataupun tidak.
- Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah:
- “Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Sya’ban tahun yang berikutnya”.
Waktu Pembayaran Fidyah
- Ulama bersepakat menyatakan bahawa waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.
- Walau bagaimanapun, waktunya tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu.
- Namun, umat Islam digalakkan untuk segerakannya kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.
- Individu yang lambat menggantikan puasanya hingga telah tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya pula akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib meninggalkan qadha’ puasa yang ditinggalkan.
- Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
- Sebagai tebusannya mereka diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari dengan segera dan tidak menunggu sehingga bulan Ramadhan berikutnya.
Sumber: JAKIM