
Zakat fitrah merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang berkemampuan untuk menunaikannya pada bulan Ramadan. Ia berfungsi sebagai penyucian diri dan pelengkap ibadah puasa, selain membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna. Setiap tahun, kadar zakat fitrah ditetapkan mengikut negeri berdasarkan harga beras yang menjadi makanan asasi penduduk. Dengan kemajuan teknologi, pembayaran zakat kini lebih mudah melalui pelbagai platform dalam talian. Artikel ini akan membincangkan kadar zakat fitrah 2025 bagi setiap negeri di Malaysia serta lima cara mudah untuk membayar zakat fitrah secara online.
Apakah itu Zakat Fitrah?
Zakat fitrah merupakan kewajipan ke atas setiap Muslim, lelaki dan perempuan, yang berkemampuan serta memenuhi syarat tertentu. Kadar dan jenis zakat fitrah ditetapkan berdasarkan segantang makanan asasi penduduk di negeri tempat mukallaf bermukim.
Rasulullah saw bersabda;
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.” (Riwayat Muslim: 984)
Hukum Zakat Fitrah
Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang berkemampuan, termasuk mereka yang bertanggungjawab menanggung nafkah orang lain. Ini merangkumi isteri, ibu bapa, serta anak keturunan (usul dan furu’), sama ada lelaki atau perempuan, dengan syarat mereka tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat Wajib Zakat Fitrah
- Islam – Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap Muslim, termasuk individu yang murtad selepas memeluk Islam.
- Waktu – Kewajipan membayar zakat bermula apabila matahari terbenam pada hari terakhir Ramadan.
- Berkemampuan – Seseorang hanya diwajibkan membayar zakat fitrah jika berkemampuan dalam tempoh yang ditetapkan. Jika hanya mampu selepas tempoh tersebut, zakat tidak lagi diwajibkan. (Rujuk: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah Negeri 2025
Kategori Kadar Zakat:
- Kadar Wajib / Minimum: RM7, RM7.50, RM8, RM9, RM10 (mengikut negeri)
- Kadar Lain: Bergantung pada jenis beras seperti Beras Super Import, Beras Wangi, Beras Basmathi, Jepun, dan lain-lain
Kadar Minimum / Wajib Mengikut Negeri:
- Perlis: RM9.00
- Kedah: RM7.00 (Pilihan lain: RM14)
- Pulau Pinang: RM7.00 (Pilihan lain: RM10 / RM15 / RM25)
- Perak: RM10.00 (Pilihan lain: RM16 / RM27)
- Selangor: RM7.00 (Pilihan lain: RM15 / RM22)
- Negeri Sembilan: RM7.50 (Pilihan lain: RM12 / RM22)
- Melaka: RM7.00 (Pilihan lain: RM15 / RM22)
- Johor: RM7.00 (Pilihan lain: RM12 / RM20)
- Pahang: RM7.00 (Pilihan lain: RM14 / RM21)
- Terengganu: RM10.00 (Pilihan lain: RM21)
- Kelantan: RM8.00 (Pilihan lain: RM14 / RM21)
- Sabah: RM7.50 (Tiada kadar lain dinyatakan)
- Sarawak: RM7.50 (Tiada kadar lain dinyatakan)
- Wilayah Persekutuan: RM7.00 (Pilihan lain: RM15 / RM22)
Nota Penting:
- Pembayar boleh memilih kadar berdasarkan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka.
- Kadar berbeza mengikut negeri dan pilihan jenis beras.
- Disarankan membayar zakat fitrah dalam tempoh yang ditetapkan sebelum Aidilfitri.
Sumber: Majlis Agama Islam Negeri-Negeri

Cara Pembayaran Melalui Atas Talian
Berikut adalah langkah-langkah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui aplikasi perbankan MAE:
Langkah 1: Akses Menu Pembayaran
- Buka aplikasi perbankan.
- Pilih "Pay Bills" dalam menu Quick Actions.
Langkah 2: Pilih Kategori Zakat
- Pilih tab "Zakat" dalam menu Pay Bills.
- Klik pada ikon "Zakat" untuk meneruskan pembayaran.
Langkah 3: Pilih Institusi Zakat & Jenis Zakat
- Pilih institusi zakat, contohnya "Pusat Zakat Sabah (MUIS)".
- Pilih jenis zakat sebagai "Zakat Fitrah".
Langkah 4: Pilih Jenis Beras & Jumlah Pembayaran
- Pilih jenis beras, contohnya "Vietnamese Rice (5%) - RM7.00".
- Masukkan jumlah individu yang ingin dibayar, contohnya 2 orang.
- Pilih kategori penerima, seperti "Self & Others".
Langkah 5: Sahkan & Bayar
- Semak butiran pembayaran termasuk jumlah zakat yang perlu dibayar.
- Pastikan lafaz akad zakat dipaparkan sebelum meneruskan.
- Pilih akaun pembayaran dan klik "Pay Now" untuk menyelesaikan transaksi.
Nota: Pastikan transaksi berjaya dan simpan resit sebagai bukti pembayaran zakat fitrah.

Berikut adalah langkah-langkah membayar zakat fitrah melalui CIMB Clicks secara dalam talian:
Langkah 1: Log Masuk CIMB Clicks
- Buka CIMB Clicks melalui aplikasi atau laman web rasmi.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk log masuk.
Langkah 2: Pergi ke Menu Pembayaran
- Klik menu "Pay & Transfer".
- Pilih "Pay Bills" untuk pembayaran bil dan zakat.
Langkah 3: Pilih Pusat Zakat
- Gunakan fungsi carian dan taip "Zakat".
- Pilih pusat zakat negeri yang berkaitan, contohnya Pusat Zakat Wilayah atau negeri lain mengikut tempat tinggal.
Langkah 4: Masukkan Maklumat Pembayaran
- Isi butiran yang diperlukan:
- New IC Number (No. Kad Pengenalan)
- Zakat Code (Pilih jenis zakat – Zakat Fitrah)
- Year (Tahun pembayaran)
- Telephone Number (Nombor telefon)
- Customer Name (Nama pembayar)
Langkah 5: Sahkan & Buat Pembayaran
- Semak maklumat yang telah diisi.
- Klik "Make Payment" untuk meneruskan.
- Sahkan transaksi dan pastikan resit pembayaran disimpan sebagai bukti.
Nota: Pastikan pembayaran dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum Aidilfitri untuk memenuhi kewajipan zakat fitrah.



Kredit: ibgtransfer.com
Platform Pembayaran Zakat Dalam Talian
Selain itu melalui app perbankan, anda juga boleh menunaikan zakat melalui portal rasmi zakat negeri masing-masing. Pautan portal boleh didapati di bawah:
- Negeri Johor
- Negeri Kedah
- Negeri Melaka
- Negeri Kelantan
- Negeri Pahang
- Negeri Sembilan
- Pulau Pinang
- Negeri Perlis
- Link : MAIPs Online Zakat Payment
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Negeri Sarawak
- Negeri Selangor
- Negeri Terengganu
- Link : ePay@MAIDAM
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur