Return to site

Panduan Mudah Membeli Tiket Bas Online untuk Perjalanan Balik Kampung

kasturihijau.com

· INFORMASI
Panduan Mudah Membeli Tiket Bas Online untuk Perjalanan Balik Kampung

Tahukah anda, seperti mana kita boleh membeli tiket kapal terbang tanpa perlu ke lapangan terbang, kini pembelian tiket bas secara online juga semakin mudah di Malaysia. Dengan pelbagai platform tempahan dalam talian, penumpang kini boleh menempah tiket bas dengan lebih efisien untuk perjalanan antara bandar di seluruh Malaysia, termasuk destinasi popular di negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Dengan kemudahan ini, perjalanan balik kampung atau ke mana-mana destinasi menjadi lebih lancar dan selesa tanpa perlu bersusah payah membeli tiket secara fizikal. Dalam artikel ini, kami kongsikan cara membeli tiket bas secara atas talian.

Panduan Membeli Tiket Bas Online

Langkah 1: Beli melalui laman web syarikat bas/ laman web tiket online

Untuk membeli tiket bas secara atas talian, anda boleh terus membuat tempahan daripada beberapa syarikat bas terkenal di Malaysia, antaranya:

  1. KKKL Group – Bas ekspres yang popular untuk perjalanan ke bandar utama serta ke Singapura.
  2. Sani Express – Dikenali dengan perkhidmatan yang selesa dan keselamatan yang terjamin.

Portal pembelian berikut boleh anda gunakan untuk membuat tempahan:

broken image
broken image

Langkah 2: Pilih lokasi berlepas dan destinasi tujuan

Contohnya, jika anda membeli tiker melalui RedBus.com.my, ikuti langkah-langkah berikut.

Penumpang boleh menentukan tempat ketibaan atau pelepasan di ruangan “Dari” dan “Ke”, serta memasukkan tarikh perjalanan, dan tekan butang “Carian”.

broken image

Langkah 3: Pilih Pengendali Bas dan Masa

  • Kesemua senarai pengendali bas yang berkhidmat di laluan tertentu akan dipaparkan pada skrin
  • Penumpang atau pengguna boleh menggunakan pilihan tapisan yang tersedia di sebelah kiri skrin.
broken image

Langkah 4: Pilih dan tapis pilihan yang bersesuaian untuk anda

Jika terdapat terlalu banyak pilihan dan anda mempunyai kriteria tertentu dalam memilih bas, anda boleh menggunakan fungsi penapis untuk menyaring hasil carian.

Dengan menekan butang di sebelah pilihan “Reschedule ticket”, anda boleh memilih bas berdasarkan beberapa kriteria utama seperti:

  1. Waktu Pelepasan – Pilih perjalanan yang sesuai dengan jadual anda.
  2. Operator Bas – Tapis berdasarkan syarikat bas pilihan anda.
  3. Rating – Lihat ulasan dan penilaian daripada penumpang lain.
  4. Tambang – Bandingkan harga tiket mengikut bajet anda.

Langkah 5: Pilih tempat duduk

  • Salah satu kelebihan utama membeli tiket bas secara online ialah kebebasan untuk memilih tempat duduk sendiri.
  • Apabila anda membuat tempahan, satu paparan tempat duduk dalam bas akan muncul. Anda hanya perlu klik pada nombor tempat duduk yang diingini, kemudian tekan butang “Teruskan” untuk meneruskan proses tempahan.
  • Ini membolehkan anda memilih tempat duduk yang paling selesa, sama ada berhampiran tingkap untuk menikmati pemandangan atau berdekatan pintu untuk kemudahan keluar masuk.
broken image

Langkah 6: Buat pembayaran

  • Setelah selesai pilih bas dan tempat duduk, kita bolehlah teruskan dengan mengisi maklumat dan membuat proses pembayaran.
  • Bayaran yang diterima adalah dalam bentuk Kad Kredit, Kad Debit, FPX (Pindahan Perbankan Dalam Talian Malaysia), dan aplikasi e-Wallet Boost.
  • Mesej pengesahan akan dihantar ke ID e-mel berdaftar dan nombor telefon yang diberikan oleh pembeli.
broken image

Langkah 7: Cetak atau simpan e-ticket

  • E-mel yang mengandungi e-ticket akan dihantar melalui e-mel anda.
  • Setiap pengendali bas akan memberitahu sama ada tiket tersebut perlu dicetak.
  • Sesetengah bas hanya sekadar memerlukan ‘booking reference number’ yang boleh ditunjukkan melalui telefon bimbit saja.

Tips Semasa Hari Perjalanan Menaiki Bas

Sebelum bertolak, pastikan anda melakukan perkara berikut untuk perjalanan yang lancar:

  1. Semak E-Ticket
    Periksa emel anda untuk e-ticket yang telah dihantar. Pastikan tarikh, masa, dan lokasi berlepas adalah betul supaya tidak tersilap.
  2. Datang Awal ke Stesen
    Pada hari perjalanan, tiba di stesen bas sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
  3. Tunjukkan E-Ticket di Kaunter
    Setibanya di stesen, tunjukkan e-ticket anda di kaunter syarikat bas. Petugas akan mengesahkan tempahan dan memberikan maklumat mengenai lokasi menunggu bas serta nombor pendaftaran bas.
  4. Cetak Tiket Jika Perlu
    Sesetengah syarikat bas menyediakan kemudahan mencetak tiket jika anda memerlukannya.
  5. Tunjukkan Tiket kepada Pemandu
    Sebelum menaiki bas, anda mungkin perlu menunjukkan tiket sekali lagi kepada pemandu atau staf bas untuk pengesahan akhir.

Dengan langkah-langkah ini, perjalanan anda akan lebih lancar dan bebas daripada masalah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuka anda pulang ke kampung terutama di musim perayaan.