Penanaman jagung manis di Malaysia semakin mendapat perhatian berikutan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna tempatan. Jagung manis, yang terkenal dengan rasa manis dan kandungan khasiatnya, adalah tanaman yang sesuai dengan iklim tropika negara ini. Dengan teknik penanaman yang betul, jagung manis dapat ditanam sepanjang tahun dan memberikan hasil yang menguntungkan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah-langkah penting dalam proses penanaman jagung manis, dari pemilihan benih yang berkualiti, penyediaan tanah, hingga penjagaan tanaman jagung untuk memastikan hasil yang optimum. Kaedah penanaman ini juga boleh dilakukan di berhampiran kawasan rumah.
Apakah itu Pokok Jagung?
Jagung (Zea mays L) ialah sejenis tanaman bijirin berasal dari Amerika Tengah dan telah diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tahun tujuh puluhan (70-an). Komposisi zat makanan dalam 100 gm kernel jagung adalah karbohidrat (69.3 gm), protein (9.2 gm) dan lemak (4.6 gm). Negeri-negeri utama pengeluar jagung di Malaysia ialah Johor, Kelantan, Pahang dan Perak. Nama saintifik bagi jagung ialah Zea mays L. dari keluarga Gramineae sama dengan tanaman bijirin lain seperti gandum, padi dan sekoi. la adalah sejenis tumbuhan monoesius yang membiak melalui pendebungaan kacuk. Taksonomi tanaman jagung adalah seperti berikut:
- Kelas : Angiosperm
- Order : Graminales
- Farmili : Gramineae
- Genus : Zea
- Spesies : mays
Jenis-jenis Jagung
Terdapat 7 jenis-jenis jagung yang ada di pasaran. Berikut adalah jenis-jenis jagung:
- Jagung Flint (Zea mays L. covar. vulgaris Koern)
- Jagung Dent (Zea mays L. covar. dentiformis Koern)
- Jagung Tepung (Zea mays L. covar. amylacea Koern)
- Jagung Manis (Zea mays L. covar. saccharata Koern)
- Jagung Bertih (Zea mays L. covar. microsperma Koern)
- Jagung Sayur
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia
Kegunaan Jagung
Jagung bukan sahaja makanan yang berkhasiat, dan rasanya yang sedap dan manis menjadi kegemaran ramai orang. Jagung juga mempunyai kegunaan lain dari sudut kegunaan dalam industri makanan dan pertanian. Jagung juga digunakan sebagai makanan ternakan, di mana biji jagung diberikan kepada haiwan Jagung juga diproses menjadi pemanis sirap yang tinggi fruktosa serta dihasilkan menjadi tepung, minyak masak, dan pelbagai produk makanan seperti jagung tongkol, jagung dalam cawan, jagung krim, serta jagung tin dan sejuk beku yang popular sebagai sayuran harian.
Cara-cara Tanaman Jagung Manis
Berikut adalah cara-cara tanam jagung manis:
A) Penyediaan tanah yang sesuai
- Semua jenis tanah sesuai kecuali tanah berendam air atau tanah paya. Buat saliran utk mengurangkan risiko kelembapan tinggi.
- Tanah hendaklah dibersihkan dari segala pokok pokok dan rumput. Plough tanah sebanyak dua kali dan batas dibuat. Utk jagung saiz batas yang paling sesuai adalah lebar batas 3 kaki dan saiz longkang adalah seluas 4 kaki untuk memudahkan kerja.
B) Pembajakan tanah
- Pengemburan tanah perlu dilakukan sebelum tanaman dilakukan.
C) Pembajaan menggunakan tahi ayam
- Sebaiknya gunakan baja tahi ayam sebelum benih ditanam, ditabur dalam baris yang hendak ditanam.
- Sembur dengan mikrob berfaedah seperti IMO2 (xtra Booster) yang dicampur dengan Mol Kangkong (xtra Green) untuk membantu meningkatkan nutrien dalam tanah dan menyuburkan tanah.
D) Buat Batas
- Tanah perlu dinaikkan supaya pokok dan kawasan terhindar daripada air yang bertakung
E) Benih jagung
- Pilih benih yang berkualiti. Sebaiknya benih hibrid. Banyak varieti jagung yang berada di pasaran. Pilihan varieti jagung King Corn 316 keluaran AG. Benih jagung direndam terlebih dahulu lebih kurang 1 jam dan terus tanam benih kering dan terus siram.
F) Jarak tanaman
- Jarak yang sesuai adalah antara batas kiri dan kanan 3-4kaki
- Jarak antara pokok dalam batas yang sama adalah 2 kaki bagi selubang 2 pokok
- Jarak antara pokok dalam batas yang sama adalah 1 kaki sehingga 1.5 kaki jika selubang 1 pokok
- Jarak yang terlalu rapat menyebabkan pokok sukar bernafas dan pokok menjadi tinggi kurus sekali gus menghasilkan buah yang kurang berkualiti
- Jarak yang terlalu rapat juga menyebabkan kadar kelembapan tinggi dalam kawasan jagung mengakibatkan penyakit dan jangkitan pada pokok.
- Tanaman jagung memerlukan keseimbangan panas dan sejuk
G) Penyiraman
- Siram dengan kadar 30-45 minit setiap plot
- Siram setiap hari jika cuaca panas terik dan apabila pokok mencapai hari ke-50 hanya siram waktu pagi atau petang dengan kadar 30-45 minit 1 plot selang 1 hari.
- Hentikan siraman bila usia pokok jagung mencapai 64 hari.
H) Pembajaan baja subur atau NPK hijau
- Pembajaan hari ke 12-15
- Kadar sukatan adalah 8-10 gram untuk 1 pokok
- Tabur baja pada jarak 3 inci dari pangkal pokok.
- Baja hari ke 12 : NPK Hijau dengan nisbah 15:15:15 ditabur keliling pokok
I) Racun rumput
- Sembur racun pada hari ke-17 (rumput bawah separuh lutut atau bergantung jenis rumput)
- Sukatan racun 78 mL dalam 10 liter air
- Sembur seminggu sekali secara berjadual menggunakan bahan kawalan organik sebaiknya. Banyak kawalan organik berada di pasaran. Kalau rajin boleh buat sendiri.
- Boleh gunakan produk SRI ORGANIK dalam aktiviti kawalan serangga dan penyakit.
- Untuk SOP atau cara penggunaan produk SRI ORGANIK untuk tanaman
- Penting: Pokok jagung mati jika terkena racun dan pastikan guna sukatan yg betul dan memakai alat keselamatan pelindung diri)
J) Pembajaan baja buah atau NPK biru
- Pembajaan buah dilakukan pada hari ke-30 hingga 35 hari, dilakukan sebelum bunga jantan keluar
- Kaedah yang dilakukan tutup sedikit dengan tanah baja yang diisi pada pangkal pokok atau menebuk tanah dengan sistem manual (tugal)
K) Anak jagung
- Pada hari ke-50-54, pokok mula mengeluarkan anak jagung.
- Ianya dipetik pada yang bawah sekali, simpan yang atas sekali hanya satu biji
- Simpan 1 pokok 1 tongkol untuk menjaga kualiti buah dan kecukupan baja bagi keperluan pokok.
- Cantas semua bunga untuk mengelakkan serangan ulat pada peringkat akhir tanaman. Biasanya tangkai bunga ini menjadi perumah kepada ulat ini.
L) Penyiraman berkala
- Hanya siram jika cuaca panas dengan hanya 1 kali sehari 30-45minit
- Siram selang 1 hari dengan kadar 30-45minit
- Apabila ada hujan memadai menyiram jagung apabila perlu sahaja. Jagung perlukan air di peringkat awal pertumbuhan.
M) Tuaian Jagung
- Jagung boleh dipetik pada hari ke 65-75 bergantung pada varieti yg ditanam dan keadaan cuaca.
- Tips memilih jagung yang sudah masak atau kekuningan:
- Warna bunga pokok kekeringan sedikit
- Kulit buah berwarna hijau pekat sedikit
- Rambut jagung keperangan coklat
- Tongkol jagung terasa kemas apabila dipegang
- Petik tepat pada waktunya.
N) Semburan Foliar Sri Organik
Setiap seminggu sekali buat kawalan menggunakan OHN (Oriental Herba Nutrient) dan dicampur dengan :
- Sri Anak pada Minggu 1 - 4 untuk merangsang pertumbuhan awal dan menggemukkan pokok.
- Sri Bunga pada Minggu ke 5 dan 6 untuk meningkatkan kadar pendebungaan
- Sri Buah pada Minggu ke 7 dan 8 untuk memadatkan buah
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia dan Pejabat Pertanian Daerah Jasin
Berikut yang dikongsikan tadi adalah cara-cara tanam pokok jagung pada batas tanah dengan betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca sekalian.