Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan salah satu inisiatif penting untuk membantu rakyat Sarawak dalam memenuhi keperluan asas mereka. Berdasarkan maklumat terkini, tuntutan untuk SKAS boleh dilakukan menggunakan SPay Global dibuka sepanjang tahun 2025, memberikan peluang kepada semua penerima manfaat untuk menguruskan tuntutan mereka dengan lebih fleksibel dan tanpa tekanan. Dalam artikel ini, kami kongsikan cara daftar SPay Global untuk memohon sumbangan keperluan asas Sarawak.
Apakah itu SPay Global?
- SPay Global dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay telah menjadi aplikasi e-wallet yang popular dalam kalangan rakyat Sarawak sejak mula beroperasi pada November 2017.
- Kerajaan Sarawak, melalui Sarawak Multimedia Authority, telah melancarkan Sarawak Pay untuk memacu ekonomi negeri ini melalui inisiatif ekonomi digital serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak.
- Dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, Sarawak Pay berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi selamat, pantas, dan mudah untuk mengurus proses perniagaan serta pembayaran digital.
Kepentingan SPay Global
- S Pay Global membolehkan pengguna membeli barangan, membayar bil utiliti, dan menyelesaikan bayaran kepada majlis bandaraya dengan mudah melalui telefon bimbit pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
- Pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar melalui kod QR daripada peniaga yang menggunakan S Pay Global atau pada bil mereka.
- S Pay Global juga bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN di kawasan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan perbankan. Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.
- Sehingga Januari 2025, S Pay Global telah mencatatkan lebih 770,000 pengguna berdaftar dan 91,000 peniaga, dengan nilai transaksi melebihi RM4.2 bilion. Aplikasi ini diuruskan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) bagi pihak Kerajaan Sarawak dan memegang lesen e-Wallet yang sah dari Bank Negara Malaysia.
Jumlah Bantuan SKAS Tahun 2025
Bantuan SKAS akan mula dikreditkan ke dalam akaun S Pay Global anda mulai 18 Februari 2025. Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM800 untuk kategori isi rumah, RM400 untuk warga emas, dan RM250 untuk kategori bujang.
Untuk melayakkan diri menerima bantuan ini, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan SKAS, iaitu:
- Rakyat Sarawak yang memiliki kad pengenalan berstatus K,
- Menetap di Sarawak, dan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 Tahun 2024 berdasarkan maklumat yang didaftarkan dengan LHDN.
Tarikh dan Tempoh Tuntutan
- Tuntutan SKAS boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun 2025.
- Para penerima manfaat diberikan masa sehingga 31 Disember 2025 untuk menggunakan tuntutan mereka. Oleh itu, tiada keperluan untuk tergesa-gesa dalam membuat tuntutan.
Cara Daftar SPay Global dan Membuat Tuntutan
Berikut adalah cara daftar SPay Global:
- Pertama anda perlu muat turun aplikasi SPay Global dari Google Play Store atau App Store.
- Buka aplikasi dan pilih "Register Now".
- Pilih kewarganegaraan anda (Malaysian atau Others).
- Isikan maklumat peribadi yang diperlukan dan tetapkan kata laluan.
- Lakukan pengesahan identiti (MyKad):
- Ambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda.
- Rakam gambar selfie untuk pengesahan
6. Sahkan nombor telefon anda: Masukkan nombor telefon bimbit
7. Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
8. Tetapkan nombor PIN 6-digit untuk transaksi masa hadapan.
Rujuk langkah-langkah dalam gambar berikut untuk pendaftaran.
Pertanyaan Lanjut
Penerima boleh membuat tuntutan melalui platform rasmi SKAS atau melalui S PAY GLOBAL, iaitu aplikasi dan portal yang memudahkan pengurusan tuntutan secara digital. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman web rasmi mereka. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau maklumat tambahan, anda boleh menghubungi pihak SKAS melalui saluran berikut:
Dengan pembukaan tuntutan sepanjang tahun 2025, program SKAS memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada rakyat Sarawak untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Ambillah peluang ini untuk menuntut hak anda dan gunakan bantuan ini untuk keperluan yang terbaik. Jangan lupa untuk menyelesaikan tuntutan sebelum 31 Disember 2025!
Sumber: SKAS & SPay Global