Tahukah anda bahawa Tabung Haji menyediakan pelan perlindungan khas untuk pendeposit TH dengan manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan sumbangan tahunan yang amat rendah. Sumbangan tahunan adalah serendah RM28 setahun dengan manfaat tuntutan sebanyak RM12,000 kepada kematian atau hilang upaya. Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan maklumat berkaitan TH Khairat dan cara-cara mendaftar TH khairat melalui telefon pintar.
Apakah itu TH Khairat (Tabung Haji Khairat)?
- TH Khairat merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28.
- Perlindungan ini akan memberi bantuan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit. Sebahagian darinya iaitu RM2,000 boleh dijadikan sumbangan (Infaq) bagi pihak si mati kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful.
Maklumat Berkaitan TH Khairat
- Terbuka kepada pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya)
- Perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh
- Manfaat perlindungan sebanyak RM12,000
- Pendeposit boleh memilih untuk sebahagian darinya iaitu RM2,000 dijadikan Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pengendali Takaful
- Langganan tahunan serendah RM28
- Pendaftaran dilakukan melalui web/aplikasi THiJARI sahaja
Link: Tabung Haji TH Khairat
Ciri-ciri Pendeposit TH Khairat
- Umur Kemasukan Pencarum: 30 hari-65 tahun
- Tempoh Caruman: Diperbaharui setiap tahun sehingga mencapai had kelayakan umur
- Cara Bayaran: Potongan daripada akaun Tabung Haji
Pengendali TH Khairat
Pengendali Takaful TH Khairat adalah terdiri daripada syarikat takaful berikut:
- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad198401019089(131646-K)
- Hong Leong MSIG Takaful Berhad 200601018337 (738090-M)
Cara Mendaftar TH Khairat
Sebelum mendaftar Th Khairat, anda perlu melakukan langkah-langkah berikut:
- Muat turun atau download Aplikasi THiJARI dalam telefon pintar anda melalui melalui Google Play Store atau App Store.
- Kemudian, log masuk atau daftar akaun dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi.
- Setelah log masuk, pergi ke menu utama dan pilih pilihan untuk TH Khairat dan klik OK dan klik setuju.
- Isi maklumat pendaftaran, nama, no akaun TH dan sebagainya, dan pilih cawangan TH berhampiran dan isi maklumat yang diperlukan.
- Pilih pengendali takaful sama ada syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) atau Hong Leong MSIG Takaful (HLMT).
- Selepas telah lengkapkan pendaftaran, sahkan maklumat dan hantar permohonan anda melalui aplikasi.
- Tunggu pengesahan dan kelulusan daripada pendaftaran oleh Pengendali Takaful.
Kredit: Diari Haji Muassasah, Mohd Nor Ab Razak
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tabung Haji di talian 03-62071919, atau layari pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/en/savings/faq/frequently-asked-question-faq-th-khairat