Pada Belanjawan Malaysia 2025 baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah bersetuju meningkatkan peruntukkan untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 daripada 10 bilion ringgit kepada 13 bilion ringgit. Berita itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana pemberian STR dan SARA akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia. Bagaimanapun, bagi penerima STR sedia ada, maklumat STR untuk 2025 perlu didaftar dan dikemaskini sebelum berakhir 30 November 2024. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara kemaskini maklumat STR 2025.
Apakah itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah suatu bantuan Kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 adalah wajar dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan selayaknya.
Maklumat Penting STR 2025
- Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 telah pun dibuka sepanjang tahun, bermula 19 Oktober 2024.
- Namun bagi melayakkan anda menerima bayaran STR 2025 Fasa 1, permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 November 2024 .
- Kadar bayaran STR yang akan diterima adalah bergantung kepada fasa permohonan diluluskan.
- Contohnya, jika permohonan STR 2025 lulus pada permohonan Fasa 1, maka pemohon akan menerima bayaran Fasa 1 sebanyak amaun tertentu dan diikuti bayaran bagi fasa seterusnya.
- Jika pemohon lambat membuat permohonan atau kemaskini permohonan, dan melepasi tarikh tutup untuk kelayakan bayaran STR 2025 Fasa 1 (30 November 2024), jadinya permohonan anda hanya akan diproses dan diluluskan mulai bayaran Fasa 2 (bergantung pada tarikh permohonan).
- Kelayakan STR tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan.
- Bagi pemohon yang LAYAK dan berstatus LULUS menerima STR 2025, anda perlu mengemaskini maklumat tertentu untuk memastikan anda terus layak menerima bantuan ini.
- Bagi penerima yang layak menerima STR 2025 dan berstatus lulus, anda diminta untuk melakukan kemaskini akaun anda sekiranya terdapat sebarang perubahan data atau, anda belum pernah melakukan kemas kini selama 3 tahun berturut-turut.
Cara-cara Kemaskini STR 2025
Terdapat dua kaedah untuk anda kemaskini permohonan baru STR2025, iaitu melalui laman web secara atas talian atau borang kemaskini maklumat:
A. Kemaskini Atas Talian (Online)
- Layari Portal Rasmi STR LHDNM di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Log Masuk. Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
- Kemaskini maklumat asas anda dan keluarga seperti berikut dengan maklumat terkini:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
- Maklumat Waris
5. Kemudian, klik “Simpan”. Selesai.
B. Borang Kemaskini Maklumat STR 2024
- Pergi ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang kemaskini maklumat STR 2025
- Kemaskini maklumat atau daftar baru dan serahkan semula borang maklumat kepada Pejabat LHDN untuk diproses.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan STR 2025, sila rujuk saluran-saluran berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (Klik)
- Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
- Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, anda perlulah segera mengemaskini maklumat STR 2025 anda sebelum 30 November 2024 ini supaya pembayaran STR 2025 anda tidak terjejas. Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah dan pantas. Semoga perkongsian ini bermanfaat.