Return to site

3 Cara Kesan Lokasi Ahli Keluarga Menggunakan Telefon Bimbit

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
broken image

 

Sejak kebelakangan ini banyak kes kehilangan atau kes culik dan jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita. Tidak kira usia, sama ada dewasa atau kanak-kanak, lelaki atau wanita, semua individu terdedah kepada risiko yang sama. Keadaan ini amat membimbangkan dalam kalangan masyarakat kita. Justeru, sebagai ibubapa atau ahli keluarga, kita perlu peka kepada terhadap bagaimana cara untuk mengesan pergerakan anak-anak dan ahli keluarga supaya pergerakan mereka dapat dikesan dan jika berlakunya kecemasan, ahli keluarga dapat mengambil tindakan pantas untuk melaporkan kepada pihak berkuasa untuk memohon bantuan. Oleh itu, artikel ini kami kongsikan aplikasi yang anda boleh install di telefon untuk mengesan pergerakan dan lokasi ahli keluarga anda sewaktu mereka tidak ada bersama anda.

Aplikasi 1: Life360

  • Aplikasi ini sangat berguna dan popular.
  • Aplikasi ini boleh dimuat turun dengan Apple App Store atau Google Play Store.
  • Aplikasi life360 ini dapat berfungsi sebagai live location, selagi internet masih lagi berfungsi walaupun dalam keadaan bateri telefon lemah.
  • Anda boleh memasukkan semua ahli keluarga anda dalam senarai famili member dalam akaun Life360.
  • Tanda dapat melihat destinasi yang dituju oleh pasangan dan kelajuan ketika mereka menggunakan kenderaan.
  • Anda boleh menyimpan senarai tempat yang anda selalu singgah, dan anda akan dapat notifikasi apabila ada ahli keluarga anda tiba di tempat tersebut, contohnya rumah.
  • Dengan aplikasi Life360 ini, anda juga boleh menghantar mesej kepada pasangan
  • Aplikasi ini sangat sesuai dimuat turun dan digunakan untuk seisi keluarga sebagai langkah untuk berjaga-jaga.

 

 


Langkah-Langkah Download dan Daftar Life360

  1. Download Aplikasi: Buka App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
  2. Cari "Life360" dan muat turun aplikasinya.
  3. Setelah muat turun, buka aplikasi Life360.
  4. Pilih "Sign Up" atau "Daftar".
  5. Masukkan informasi yang diperlukan seperti nama, email, dan kata laluan.
  6. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor telefon untuk verifikasi.
  7. Daftarkan ahli keluarga anda dalam famili list
  8. Set lokasi yang anda selalu kunjungi
  9. Anda akan mendapat notifikasi lokasi yang dikunjungi oleh ahli keluarga anda
  10. Ada butang 'panik' untuk ditekan jika berlaku kecemasan
  11. Anda boleh upgrade perisian ke premium untuk mendapat features lebih menarik seperti integrasi panggilan kecemasan dan juga kelajuan pemanduan kenderaan.

 

 

cara kesan lokasi ahli keluarga

 

cara kesan lokasi ahli keluarga

 

cara kesan lokasi ahli keluarga

 

broken image

 

Aplikasi 2 : FamiSafe

  • Aplikasi FamiSafe ini adalah aplikasi yang menyediakan kawalan ibu bapa untuk ciri penjejakan lokasi, geofencing, dan pelbagai pemantauan ibu bapa.
  • Dengan aplikasi ini, ibu bapa yang membolehkan anda memantau dan mengurus aktiviti anak-anak anda di telefon mereka.
  • Aplikasi ini berfungsi dengan baik untuk mengakses lokasi, sejarah lokasi, dan aktiviti yang dilakukan anak melalui pemantauan di telefon anda.

Langkah-Langkah Download dan Daftar FamiSafe di Telefon

  1. Muat turun aplikasi FamiSafe di telefon ibubapa dahulu
  2. Buka Google Play Store (untuk Android) atau App Store (untuk iPhone).
  3. Cari "FamiSafe" dan muat turun aplikasi tersebut.
  4. Pilih "Daftar" dan buat akaun FamiSafe menggunakan email dan kata laluan anda.
  5. Selepas mendaftar, log masuk ke akaun FamiSafe anda.
  6. Muat turun aplikasi FamiSafe di telefon anak
  7. Buka Google Play Store (untuk Android) atau App Store (untuk iPhone) di peranti anak.
  8. Cari "FamiSafe" dan muat turun aplikasi tersebut.
  9. Pilih "Log Masuk" dan log masuk dengan akaun yang sama yang anda gunakan di peranti ibu bapa
  10. Ikuti arahan di skrin untuk menyelesaikan proses setup.
  11. Di peranti anak, aktifkan pengawasan dan izinkan aplikasi FamiSafe untuk mengendalikan maklumat di telefon
  12. Anda akan dapat melihat pelbagai aktiviti di peranti anak, seperti penggunaan aplikasi, sejarah pergerakan, lokasi anak anda dan lain-lain.
cara kesan lokasi ahli keluarga

 

 

 

broken image

 

 

Aplikasi 3: Find My Friends

  • Dengan menggunakan aplikasi Find My Friends ini, anda boleh mengetahui bila dan dimana ahli keluarga anda berada.
  • Aplikasi ini boleh di download menggunakan App Store (iOS).
  • Untuk iPhone terkini, aplikasi ini sudah diintegrasi dengan telefon.
  • Pada paparan telefon anda, peta seperti Waze akan dipaparkan apabila lokasi dikongsi.
  • Melalui peta tersebut anda boleh mengetahui kelajuan pergerakan rakan anda dan lokasi mereka.
  • Pengguna Find My Friends juga boleh memilih jenis interaksi yang ingin dikongsi bersama pengguna-pengguna lain.

Langkah-Langkah Download dan Daftar 'Find My Friends' di Telefon

  1. Periksa dan pastikan iPhone anda mempunyai versi iOS terbaru.
  2. Pada iPhone dengan iOS 13 atau lebih baru, aplikasi 'Find My' sudah terintegrasi dan menggantikan aplikasi Find My Friends dan Find My iPhone.
  3. Jika tiada, boleh download daripada App Store.
  4. Masuk dengan Apple ID
  5. Aktifkan Lokasi: Di dalam aplikasi Find My, pilih tab "People".
  6. Tekan "Share My Location" dan masukkan nama atau nombor telepon orang yang ingin anda ingin kongsi lokasi anda.
  7. Pilih "Add" (Tambah) dan masukkan nombor teman yang ingin anda undang untuk kongsi lokasi.
  8. Setelah mereka setuju untuk kongsi lokasi, anda dapat melihat lokasi mereka dan mereka dapat melihat lokasi anda.
  9. Anda dapat memilih untuk berkongsi lokasi selama satu jam, atau tanpa had waktu sehingga anda menutup aplikasi.
  10. Anda dapat notifikasi atau pemberitahuan ketika kawan ada sampai atau meninggalkan lokasi tertentu.

 

cara kesan lokasi ahli keluarga

 

broken image

Sumber Photo: FB Nurafyfah Yacob

Dengan berhadapan kes kehilangan orang yang tersayang atau ahli keluarga yang hilang tanpa dikesan, perisian ini sangat bermakna untuk semua orang. Dengan cara ini kita dapat mengesan lokasi individu tersayang supaya keselamatan mereka terjamin dan senang dipantau. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua pembaca kasturihijau.com.