Return to site

Cara Kitar Semula Barangan yang Betul dan Tebus Mata Ganjaran dengan Aplikasi KITARecycle

kasturihijau.com.

· INFORMASI
Cara Kitar Semula Barangan yang Betul dan Tebus Mata Ganjaran dengan Aplikasi KITARecycle

Tahukah anda orang Malaysia ni adalah pengguna plastik ke-2 terbesar di Asia dengan purata penggunaan sebanyak 16.78 kg setahun. Rakyat Malaysia juga membuang sebanyak 36,699 tan sampah setiap hari. Ke manakah perginya sampah-sarap ini jika tidak diselenggara dengan betul. Kitar semula adalah salah satu cara terbaik untuk selenggara sampah dari kategori pepejal. Dalam artikel ini, kami kongsikan barangan yang boleh dikitar semula dan cara tebus mata ganjaran barangan kitar semula menjadi wang menggunakan aplikasi KITARecycle.

 

Apakah maksud konsep 'Kitar Semula'?

  • Kitar semula ialah proses mengubah bahan buangan menjadi barangan dan bahan yang lebih baik dan boleh diguna semula. Konsep ini biasanya melibatkan pemulihan tenaga daripada sisa. Keupayaan bahan untuk memperoleh semula sifatnya dalam keadaan asalnya menentukan kebolehkitaran semulanya. Ia adalah alternatif kepada pelupusan sisa "konvensional" dan boleh menjimatkan bahan dan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
  • Selain itu, ia boleh mencegah pembaziran bahan yang boleh digunakan semula dengan mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, penggunaan tenaga, pencemaran udara dan air melalui pembakaran dan pelupusan sampah.
  • Dalam hal kitar semula, piawaian ISO seperti ISO 15270:2008 untuk sisa plastik dan ISO 14001:2015 untuk kawalan pengurusan alam sekitar terhadap amalan kitar semula adalah digunapakai.
broken image

Elemen-elemen Kitar Semula 3R

1. Reduce (Kurangkan)

  • Amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan penggunaan sumber semula jadi. Gunakan sesuatu sumber itu mengikut keperluan sahaja.

2. Reuse (Guna semula)

  • Penggunaan semula barangan secara berulang kali untuk mengurangkan penghasilan sisa. Penggunaan sesuatu barangan secara maksimum dapat mengelakkan pembaziran.

3. Recycle (Kitar semula)

  • Amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk yang sama jenis atau baharu semula. Pengasingan mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan memudahkan proses kitar semula.

 

Jenis Barangan yang Boleh Dikitar Semula

Berikut merupakan antara barangan yang boleh dikitar semula:

  1. Kertas – Surat khabar, majalah. buku-buku, kalender, risalah, dan juga sampul surat
  2. Kaca – bekas makanan, botol minuman, botol supplemen dan botol-botol ubatan
  3. Plastik – beg plastik, botol minuman, botol air mineral, dan juga bekas makanan
  4. Aluminium – Tin minuman, makanan
broken image

Kitar Semula Barangan dan Tebus Mata Ganjaran Melalui KITARecycle

Latar Belakang Syarikat SWM Environment

  • Perjanjian konsesi yang dikawal oleh Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara 2007 melantik SWM Environment untuk menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1995.
  • Syarikat SWM Environment, syarikat konsesi terbesar di Malaysia, mempunyai 12,000 pekerja dan membantu 27 pihak berkuasa tempatan. Pada 2018, SWM Environment telah memperkenalkan program mengumpul ganjaran KITARecycle, di ketiga-tiga negeri selatan Semenanjung Malaysia.
  • KITARecycle menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula dan menerima mata ganjaran untuk lebih daripada 25 jenis barangan kitar semula yang termasuk kertas, tin aluminium, plastik, sisa elektrik dan elektronik.

Langkah Mudah Kitar Semula Barangan dengan Aplikasi KITARecycle

  1. Kumpul dan asingkan barangan kitar semula sebagai persediaan untuk kutipan
  2. Letakkan sementara dalam bekas yang bersesuaian
  3. Periksa jadual kutipan di kawasan anda dan pastikan anda melekatkan QR Code KITARecycle pada beg plastik yang mengandungi barangan kitar semula dan letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan
broken image

Cara Mendaftar KITARecycle

  1. Download aplikasi mengguna telefon pintar (Klik)
  2. Klik Daftar
  3. Isi semua maklumat diperlukan dan tekan Daftar untuk menghantar pendaftaran anda
  4. Semak emel anda untuk pengesahan bagi melengkapkan proses pendaftaran
broken image

Cara Tebus Mata Ganjaran dari KITARecycle

  1. Pilih ‘Penebusan‘ pada panel menu di sebelah kiri
  2. Pada ruangan ‘Pindahan Bank‘, masukkan jumlah mata ganjaran yang mahu ditukar kepada wang tunai dan tekan ‘Tebus’
  3. Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘Hantar‘
  4. Tekan ikon ‘Sejarah‘ untuk melihat senarai penebusan terdahulu dan status penebusan yang telah dihantar
  5. Penebusan yang berjaya akan tertera status Selesai beserta tarikh transaksi untuk pindahan wang tunai
broken image
broken image

 

Harga yang dibayar adalah mengikut kategori bahan yang dijual. Harga belian juga berbeza sedikit mengikut kadar yang ditetapkan oleh pusat pengumpulan terlibat. Namun, harga yang ditetapkan mungkin berbeza-beza mengikut pusat pengumpulan barangan. Berikut adalah kadar yang boleh dibuat sebagai rujukan.

 

 

JENIS BAHAN: HARGA (RM/kg)

  • Surat Khabar: RM0.33 – 0.40
  • Kotak Kadbod: RM0.26 – 0.30
  • Majalah: RM0.28 – 0.30
  • Kertas Campur: RM0.18 – 0.20
  • Tin / Besi: RM0.30 – 0.80
  • Tin Aluminum: RM2.50 – 4.00
  • Plastik: RM0.40 – 0.60
  • Bateri Kereta: RM1.00
  • Minyak Masak Terpakai: RM1.10
  • TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh: RM3.00 – 8.00
  • CPU yang masih ada komponen: RM10.00
  • Monitor: RM5.00

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat korporat yang lebih lanjut, sila layari laman web:

Alamat:

Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Aras 17, Menara LGB

No. 1, Jalan Wan Kadir

Taman Tun Dr. Ismail

60000 Kuala Lumpur

Tel: 03 – 2788 9200; Faks: 03 – 2788 9201

Di Malaysia terdapat beribu pusat kitar semula yang ada. Misalnya, di Selangor saja terdapat sebanyak 253 pusat kitar semula yang masih beroperasi. Oleh itu, bukanlah satu masalah untuk rakyat Malaysia mengamalkan budaya kitar semula untuk menjaga kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.