Return to site

Mudah! Cara Perbaharui Passport Malaysia Secara Online

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
cara renew passport online

Tahukah anda untuk perbaharui atau renew passport, anda boleh buat secara online? Kemudahan ini dibuat untuk rakyat Malaysia supaya dapat mempercepatkan masa renew passport sebelum ke luar negara. Dengan cara ini anda dapat mempercepatkan masa anda untuk memperbaharui passport. Oleh itu, untuk artikel kali ini kami kongsikan cara renew passport.

Kenali Passport Malaysia

  • Passport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan keluar negara.
  • Perjalanan hanya ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.
  • Ia boleh dimohon di mana-mana Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara.
  • Tempoh sah laku Passport adalah LIMA(5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.
  • Passport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

 

 

Apakah MyONLINE PASSPORT?

  • MyONLINE* PASSPORT adalah satu kaedah yang boleh dilakukan secara atas talian sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan untuk pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa.
  • Bayaran hendaklah dilakukan secara dalam talian menggunakan Kad Debit / Kad Kredit / Perbankan Internet (FPX).
  • Untuk ke laman MyOnline Passport, sila klik pada link tertera: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Langkah-langkah Untuk Renew Passport di Malaysia

Jika passport anda telah tamat tempoh, atau hampir tamat tempoh, anda perlu memperbaharuinya secepat mungkin, untuk mengelakkan anda mengalami masalah, apatah lagi apabila ada bercadang untuk pergi ke luar negara dalam masa terdekat. Untuk memudahkan urusan anda, kami senaraikan langkah-langkah yang boleh ikut untuk melakukan pembaharuan passport Malaysia.

  • Langkah 1: Semak dan pastikan bilakah tarikh luput passport anda
  • Langkah 2: Gunakan telefon bimbit atau laptop dan layari laman MyOnline Passport.
  • Langkah 3: Isikan Borang Permohonan secara online
  • Langkah 4: Muat Naik Gambar Anda yang Betul
  • Langkah 5: Tentukan Pejabat Pengambilan Passport
  • Langkah 6: Buat Bayaran Permohonan Passport
  • Langkah 7: Ambil Passport Anda

 

cara renew passport online

 

1. Semak dan pastikan bilakah tarikh luput passport anda

  • Langkah ini adalah sangat penting dan kerana bagi yang ingin melancong atau bekerja di luar negera, tarikh passport anda mesti sah sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh perjalanan anda.
  • Jika tarikh passport anda kurang daripada 6 bulan dari tarikh perjalanan anda, anda perlu renew passport secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah semasa perjalanan.

2. Gunakan telefon bimbit atau laptop dan layari laman MyOnline Passport

  • Untuk melalukan proses renew passport secara online, anda harus pergi ke laman sesawang MyOnline Passprt berikut; https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
  • Melalui portal ini, anda boleh memohon pembaharuan passport tanpa perlu hadir ke pejabat imigresen, bagaimanapun, anda perlu hadir untuk mengambil passport yang telah siap.
broken image

 

3. Isikan Borang Permohonan secara online

  • Anda perlu lengkapkan borang permohonan yang disediakan secara online, dengan memasukkan semua detail yang diperlukan. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan. Jika permohonan anda tidak lengkap, proses pembaharuan dalam sistem MyOnline Passport adalah dikira tidak berjaya.

"Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150)."

4. Muat Naik Gambar Anda yang Betul

  • Semasa mengisi permohonan, pastikan anda memuat naik gambar yang sesuai seperti ciri yang dikehendaki oleh sistem.
  • Foto yang dimuat naik mestilah bersaiz passport.
  • Pastikan foto yang diambil memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Rujuk gambar contoh untuk keterangan lanjut.

broken image

Ciri-ciri gambar yang diterima oleh sistem myOnline passport:

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.
  • Pemohon perempuan yang memakai tudung atau hijab hendaklah memakai tudung atau hijab yang berwarna gelap, tidak bercorak dan tidak boleh menutupi muka.
  • Pemohon tidak dibenarkan memakai cermin mata, kanta lekap dan sebarang aksesori pada muka, telinga dan kepala.
  • Gambar yang dimuat naik adalah wajah terkini (gambar yang diambil dalam masa 1 bulan).

 

 

 

 

5. Tentukan Pejabat Pengambilan Passport

  • Selepas melengkapkan borang permohonan dan memuat naik foto, anda perlu memilih pejabat imigresen di mana anda ingin mengambil Passport baru anda.
  • Pastikan anda memilih pejabat yang paling dekat dan mudah diakses untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Untuk tahu lokasi pejabat imigresin di negeri anda tinggal, sila layari laman web imigresin Malaysia : https://www.imi.gov.my/index.php/hubungi-kami-2/hubungi-kami/

6. Buat Bayaran Permohonan Passport

  • Anda perlu membuat bayaran permohonan menggunakan kad kredit atau debit.
  • Resit perlu disimpan sebagai bukti semasa pengambilan passport di pejabat imigresin nanti.

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

  1. Pemohon yang berumur 13 hingga 59 tahun - RM 200
  2. Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas - RM 100

7. Ambil Passport Anda

  • Semak email anda atau status permohonan anda untuk mengetahui samada permohonan anda telah diluluskan atau tidak. Setelah permohonan anda diluluskan, pastikan anda pergi mengambil passport di pejabat imigresin pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pada hari tersebut, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti Passport lama, kad pengenalan (IC), dan resit pembayaran.
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, anda perlu hadir bersama seorang penjaga semasa mengambil passport.

Kategori Individu yang Tidak Dibenarkan Mohon Secara Online

Pemohon tidak boleh memohon secara dalam talian dan dikehendaki hadir ke kaunter.

  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah
  • Pelajar yang akan menyambung pengajian ke luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Jemaah haji

Berikut adalah perkongsian kami mengenai kemudahan untuk rakyat berkenaan cara pembaharuan passport Malaysia melalui online. Bagi yang sudah ambil maklum perkara ini, sila sharekan maklumat ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mungkin tidak tahu mengenai kemudahan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca.