Adakah anda sedang merancang perjalanan jauh, namun tidak pasti keadaan trafik semasa di kawasan anda. Disini kami kongsikan cara mudah anda kesan CCTV live trafik melalui paparan yang disediakan di 3 platform yang bakal kami kongsikan.
Kepentingan Semak CCTV Live Trafik Sebelum Mula Perjalanan
Semak maklumat CCTV live trafik sebelum memulakan perjalanan kini menjadi langkah penting bagi pengguna jalan raya. Dengan teknologi CCTV, kita dapat memantau keadaan trafik semasa di kawasan tertentu, membantu mengelakkan kesesakan dan merancang laluan yang lebih lancar. Melalui maklumat langsung ini, pengguna boleh membuat keputusan lebih bijak sama ada perlu mengubah waktu perjalanan atau mencari laluan alternatif. Selain menjimatkan masa, semakan awal juga dapat meningkatkan keselamatan perjalanan, mengurangkan risiko kemalangan akibat tekanan jalan yang sesak.
Platform Semak CCTV Live Trafik Lebuhraya di Malaysia
Hujung tahun adalah bulan-bulan di mana ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti dan makan angin bersama keluarga. Antara 3 platform online yang anda boleh gunakan untuk semak CCTV live trafik di lebuhraya Highway PLUS dan lain-lain lebuhraya di Malaysia adalah:
- Semak CCTV Live Trafik Melalui Portal LLM (LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA)
- Semak CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow
- Semak CCTV Highway PLUS Melalui Apps
Semak CCTV Live Trafik Melalui Portal LLM
Selain dari Apps Waze, anda boleh semak kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia secara LIVE. Langkah ini adalah langkah yang baik sebelum memulakan perjalanan. Cara semak CCTV Live trafik Melalui Portal LLM adalah dengan langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
- Klik pada tab Status Trafik Semasa.
- Kemudian, pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok.
- Nanti akan dipaparkan rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang ada dekat highway tu.
Berdasarkan gambar di atas, Highway PLUS dari Bangi dan Bandar Ainsdale ke arah Selatan menunjukkan trafik normal dan tiada kesesakan pada jam 12.17 pm hari 31/10/2024.
Semak CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow
Selain daripada portal LLM, anda juga boleh semak CCTV Live trafik menggunakan laman web Jalanow. Berikut adalah langkah-langkah untuk semak:
- Buat semakan CCTV di lebuhraya secara LIVE melalui pautan https://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras.htm
- Dalam laman web Jalanow, anda juga boleh mengetahui jumlah kadar bayaran tol melalui KALKULATOR TOL.
Berdasarkan gambar yang ditujukkan daripada laman Jalanow, dapat dilihat live trafik di beberapa jalan di sepanjang lebuhraya Highway PLUS arah Selatan.
Semak CCTV Highway PLUS Melalui Apps
Langkah-langkah untuk semak CCTV Live trafik lebuhraya menggunakan aplikasi telefon pintar:
- Anda perlu download aplikasi PLUS (Google PlayStore atau Apple Store).
- Melalui apps ini, anda boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik dan melihat secara langsung melalui kamera CCTV sepanjang lebuh raya.
- Anda juga boleh memesan makanan melalui #OrderDisini
- Semak maklumat kadar bayaran tol
- Tekan butang SOS untuk mendapatkan bantuan.
Aplikasi ini amat mudah digunakan dan sangat membantu untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini serta kemudahan yang disediakan di Lebuhraya PLUS.
Kredit Foto: ecentral.my
Kesan Jika Tidak Membuat Perancangan Perjalanan Yang Betul
Berikut adalah beberapa kesan negatif jika tidak membuat perancangan perjalanan yang betul:
1. Menghadapi Kesesakan Jalan Raya: Tanpa maklumat trafik terkini, pengguna jalan raya mungkin terperangkap dalam kesesakan yang boleh dielakkan.
2. Kelewatan Waktu Tiba: Laluan yang sesak atau ada kemalangan boleh menyebabkan kelewatan, terutama jika ada janji temu atau tugasan penting.
3. Membazirkan Masa dan Tenaga: Menghabiskan masa dalam trafik menyebabkan keletihan dan mengurangkan produktiviti sepanjang hari.
4. Peningkatan Kos Bahan Api: Berhenti dan bergerak dalam kesesakan memerlukan lebih banyak bahan api, menyebabkan kos perjalanan meningkat.
5. Meningkatkan Risiko Kemalangan: Laluan yang sibuk atau penuh tekanan lebih berisiko untuk kemalangan, terutama jika pemandu tertekan atau tergesa-gesa.
6. Mengurangkan Keselesaan Perjalanan: Menghadapi trafik yang tidak dijangka menyebabkan rasa kurang selesa dan tekanan, yang boleh menjejaskan mood sepanjang hari.
Dengan menyemak maklumat trafik sebelum bergerak, kita boleh mengelak daripada kesan-kesan ini, menjadikan perjalanan lebih selamat dan cekap.
Baca Lagi:
Kami doakan perjalanan anda lancar dan dipermudahkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.