
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis). Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini di seluruh negara. Calon SPM 2024 boleh menyemak keputusan SPM 2024 dengan langkah-langkah berikut.

3 Cara Semak Keputusan SPM 2024
Bagi memudahkan calon mendapatkan keputusan dengan lebih cepat dan mudah, KPM menyediakan tiga kaedah semakan keputusan SPM seperti berikut:
1. Hadir ke Sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri
- Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada 24 April 2025.
- Calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan melalui pos atau hadir sendiri ke Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
2. Secara Dalam Talian (Online)
- Calon juga boleh membuat semakan secara dalam talian melalui laman web rasmi: myresultspm.moe.gov.my
- Portal semakan akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 24 April 2025 sehingga 6.00 petang, 30 April 2025.
- Calon boleh memuat turun slip keputusan rasmi daripada portal ini.



3. Secara SMS
- Bagi yang tiada capaian internet, semakan ringkas keputusan juga boleh dibuat melalui SMS.
- Format SMS: SPMNoKPAngkaGiliran
- Hantar ke: 15888
- Contoh: SPM 070203045678 AA001A001
- Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 24 April 2025 sehingga 6.00 petang, 30 April 2025.
Maklumat Semakan Semula Keputusan SPM 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui Sistem e-Lembaga Peperiksaan (e-LP).
- Semakan semula ini hanya boleh dilakukan selepas keputusan peperiksaan diumumkan dan akan dibuka selama 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
- Bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak semula.
- Calon perlu melayari laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my atau menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun di telefon pintar.
- Setelah berada di platform tersebut, calon perlu klik pada menu “Permohonan Semakan Semula Keputusan” dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya, calon perlu membuat bayaran mengikut jumlah subjek yang dimohon semakan, iaitu RM100 bagi setiap subjek.
Setelah permohonan dan pembayaran selesai, proses semakan akan dijalankan oleh pihak berkuasa peperiksaan.
- Jika keputusan peperiksaan tidak berubah, slip keputusan asal yang sedia ada masih sah untuk digunakan.
Jika keputusan berubah, calon perlu mendapatkan slip baharu:
- Calon sekolah hendaklah menghubungi Setiausaha Peperiksaan (SUP) di sekolah masing-masing.
- Calon persendirian pula perlu berurusan dengan Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, calon digalakkan untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Maklumat terkini juga boleh didapati melalui:
- Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
- Laman web KPM: https://www.moe.gov.my
Dengan kemudahan semakan yang disediakan, calon kini mempunyai pelbagai pilihan untuk mendapatkan keputusan SPM dengan mudah dan pantas. Pastikan semua maklumat seperti nombor kad pengenalan dan angka giliran adalah betul untuk mengelakkan sebarang masalah semasa membuat semakan.
Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2024! Semoga keputusan yang diterima menjadi pembakar semangat untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan dan pendidikan anda.