Return to site

Mudah! Cara Tanam Bawang Merah dalam Pasu atau Polibag

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
cara tanam bawang merah

Tahukah anda adalah lebih jimat jika tanam bawang merah di pasu di kawasan rumah berbanding ke kedai membeli bawang? Dengan harga barang masakan yang semakin naik, adalah sangat digalakkan bagi kita untuk mencuba cara penjimatan baru iaitu menanam bawang merah di pasu atau polibag di rumah sahaja. Justeru, artikel ini bertujuan untuk berkongsi cara penanaman bawang merah dalam pasu atau polibag di kawasan rumah.

Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu

Bawang merah merupakan satu sayuran yang sangat penting dalam bahan masakan samada untuk menumis ataupun sebagai penyedap dalam makanan. Selain daripada bebawangnya, daunnya juga berguna untuk sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain. Dengan penggunaan bawang merah yang tinggi, adalah baik jika anda cuba untuk tanam di rumah daripada membeli di kedai. Tetapi, bagaimana cara penanamannya, berikut adalah cara penanaman bawang merah yang mudah di kawasan rumah sahaja.

cara tanam bawang merah

 

Kredit gambar: Kebunbandar

Pemilihan Cara Tanam Bawang Merah

  • Ada dua cara untuk penanaman bawang merah iaitu samada melalui biji benih ataupun bebawang.
  • Penanaman menggunakan biji benih mengambil masa tempoh tuaian antara 3 hingga 4 bulan. Penanaman yang menggunakan bebawang mengambil tempoh tuaian 2 bulan setengah.
  • Kawasan yang sesuai untuk penanaman bawang merah adalah mempunyai kadar pencahayaan yang tinggi. Semakan tinggi kadar cahaya matahari, saiz bawang yang akan dihasilkan semakin besar.

Pemilihan Bebawang yang Elok Untuk Ditanam

  • Melalui kaedah menggunakan bebawang, anda perlu pilih bawang yang segar dan tidak busuk atau reput.
  • Untuk mempercepatkan pengeluaran tunas bawang adalah anda perlu potong sedikit bahagian bebawang sebelah atas sehingga nampak isi tengah dan sedikit potong di bahagian akar. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengeluaran tunas daripada 6-10 hari jika tidak dipotong, menjadi 3-5 hari jika dipotong.
cara tanam bawang merah

 

cara tanam bawang merah

 

Pemilihan Saiz Pasu atau Polibag

  • Anda boleh memilih pasu berdiameter 30 cm dan ketinggian 30 cm, manakala untuk polibag, anda boleh pilih saiz polibag 16 x16 inci. Lebih luas dan lebar pasu atau polibag yang anda pilih, adalah lebih baik untuk memudahkan daun bebawang tumbuh.

Campuran Tanah yang Bersesuaian

  • Bawang sesuai dengan tanah yang tidak bertakung air dan tinggi dengan bahan organik. Campuran tanah yang boleh digunakan ialah campuran tanah kompos dan juga tanah hitam dengan nisbah 1:1. Contohnya 1 pasu tanah kompos dicampurkan dengan 1 pasu tanah hitam.
  • Tanah yang sesuai untuk bawang merah mestilah mempunyai saliran yang baik dengan pH 6.0 – 7.0.

 

Jarak Penanaman Bawang

  • Tanam bawang dengan kadar yang sesuai dengan saiz bekas. Jika pasu saiz 10L, boleh tanam 4-5 bawang dengan jarak 10 cm setiap satu.
  • Campurkan tanah dan kemudian masukkan ke dalam pasu. Penuhi campuran tanah tersebut ke dalam pot sampai 3/4 isi.
  • Benamkan 3/4 bahagian bawah bawang di tanah. Elakkan timbus dengan tanah sepenuhnya. Jika daun bawang mula naik 4 atau 5 inci, boleh mula menimbus keseluruhan bawang dengan tanah untuk menjaga kelembapan.

Cara Pembajaan dan Penyiraman

Bawang merah sesuai dibaja menggunakan baja kompos atau tahi ayam dan boleh diletakkan bersama-sama ketika awal penanaman.

Siram bawang 2 kali sehari, elakkan siram dengan air yang terlalu banyak. Air yang terlalu banyak boleh menyebabkan bawang rosak dan busuk.

Cara Penjagaan Pokok

  • Penjagaan pokok bawang daripada serangan perosak adalah tidak perlu kerana baunya yang kuat dan tengik akan menghalau perosak untuk dekat.
  • Namun, pastikan pokok bawang tidak disiram dengan air yang terlalu banyak dan mendapat kadar pencahayaan yang maksimum.
  • Jika pokok bawang telah mempunyai daun yang banyak, elakkan mengambil daunnya untuk masakan jika ingin menghasilkan bebawang yang banyak.
  • Apabila pokok bawang mencecah 20-30 hari, pokok bawang akan mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. Jika diperhatikan dengan teliti, di hujungnya terdapat bonjol yang kecil. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang.
  • Sekiranya kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien akan fokus bagi penghasilan bunga. Akibatnya, bebawang yang dihasilkan tidak mencapai kuailiti yang maksimum. Maka, perkara yang perlu dibuat ialah dengan mencantas daun yang akan menjadi bunga secepat mungkin.
  • Jadi, kuntum bunga bawang perlu dicantas.
cara tanam bawang merah

 

*Cantas kuntum bunga bawang.

 

Cara Tuai Bebawang

  • Apabila hampir semua daun bawang rebah iaitu sekitar 35-45 hari setelah bawang ditanam. Tuaian hendaklah dilakukan ketika cuaca kering agar bawang boleh disimpan lama.
  • Cara menuai bawang adalah dengan mencabut ia dari atas tanah dan kemudian dijemur sehingga semua daun atas kering.
cara tanam bawang merah

 

Khasiat Bawang Merah

  1. Bawang merah kaya dengan nutrien yang banyak iaitu Vitamin C, Vitamin B dan juga potassium yang bertindak sebagai antiksidan dan juga membantu dalam membaiki tisu yang rosak dalam badan.
  2. Antioksidan ini juga akan mengurangkan keradangan dalam badan yang akan mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan angin ahmar.
  3. Pengambilan bawang merah boleh mengurangkan risiko kanser perut dan juga kanser kolon yang disebabkan oleh kehadiran kompaun sulfur dan juga flavanoid di dalamnya yang membantu mengekang kanser daripada berlaku.

Kredit : Cik Murni Azureen & Kebun Bandar

Berikut adalah cara-cara mudah penanaman bawang merah di rumah. Anda boleh gunakan cara ini sebagai rujukan anda dan menjamin sumber bawang merah yang berterusan. Semoga bermanfaat.