Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan akan meneruskan inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada para pelajar di institusi pendidikan tinggi iaitu kesinambungan daripada perlaksanaan baucar buku pada Jun 2024 lalu. Pemberian baucar buku Fasa 2 untuk pelajar IPT akan bermula pada 30 Oktober 2024. Baucar buku ini adalah e-Baucar Buku yang bernilai RM100 yang boleh digunapakai secara online. Disini, kami kongsikan tentang inisiatif baucar buku dan cara tebus baucar bagi Fasa 2.
Apakah itu Inisiatif E-Baucar Buku?
E-Baucar Buku adalah merupakan sebuah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memupuk budaya cintakan ilmu dan buku seterusnya dapat membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT. Pemberian baucar buku telah berjalan dua fasa, iaitu Fasa 1 dan kini Fasa 2 baru bermula. Fasa 1 telah bermula pada Jun hingga September 2024 dan telah menawarkan 50,000 baucer kepada para pelajar. Kini, KPT mengumumkan pembukaan e-baucar buku Fasa 2 iaitu daripada Oktober hingga Disember 2024.
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100
- Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 Melalui Platform MySISWAPLACE
- Penyaluran baucar buku IPT ini adalah melalui platform MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024
- Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal tersebut sahaja
- Pelaksanaan bermula pada 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024 yang akan memanfaatkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.
- Bagi fasa kedua, penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.
- Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE bermula 30 Oktober 2024.
Syarat Kelayakan Untuk Tebus E-Baucar Buku Fasa 2 2024
Syaratnya adalah seperti berikut:
- Pelajar IPT (Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT sahaja
- Pelajar IPT yang berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024
- Pelajar IPT di peringkat Sijil sehingga Ijazah Doktor Falsafah
- Pelajar IPT mod pengajian separuh dan sepenuh masa
- Warganegara Malaysia sahaja.
Apakah itu Platform MySiswaPlace?
MySiswaPlace adalah satu platform yang dikendalikan oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT. Platform ini diwujudkan bagi tujuan untuk memudahkan urusan pelajar mengakses mudah dan cepat bahan bacaan melalui pelantar atas talian (online) yang dilengkapi dengan sistem yang telus, dan memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, serta memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.
Cara Tebus E-Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2
Anda boleh ikuti langkah mudah berikut untuk tebus e-baucar buku fasa 2 IPT:
- Pertama sekali, semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
- Kod akan dijana sekiranya layak.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Pembelian buku boleh dibuat. Hanya sah menggunakannya untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja.
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
Tempoh Tebus E-Baucar Buku
Para pelajar boleh menggunakannya e-baucar untuk membeli buku sehingga 31 Disember 2024.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi, atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca kasturihijau.com.