Adakah anda layak menerima skim perlindungan takaful percuma mySalam ? Disini kami kongsikan cara menyemak kelayakan tuntutan mySalam2024 dan cara membuat tuntutan mySalam ke atas 45 jenis penyakit kritikal.
Apakah itu Perlindungan Takaful MySalam 2024?
Skim perlindungan MySalam adalah satu skim takaful yang diberikan secara percuma kepada golongan B40 di Malaysia. Skim ini dikelolakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan, diseliakan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.
Skim Perlindungan mySalam ini telah bermula sejak tahun 2019 sehingga 2023. Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang sangat baik terhadap skim perlindungan ini, pihak Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan skim perlindungan ini kepada golongan B40 sehingga tahun 2025.
Manfaat Skim Perlindungan mySalam
1. Manfaat Hospitalisasi
Untuk manfaat pertama, jika anda selaku penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, anda layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun. Anda perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.
2. Manfaat Penyakit Kritikal
Untuk manfaat kedua, jika anda penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, anda boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.
Adakah Anda Layak sebagai Penerima mySalam?
Seseorang layak sebagai penerima mySalam jika beliau salah seorang penerima Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.
Kriteria umur penerima mySalam adalah seperti kategori berikut:
- Kategori Berkahwin - Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Kategori Bujang - Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU - Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Cara Membuat Semakan Kelayakan
- Untuk membuat semakan samada anda layak menerima mySalam, sila rujuk maklumat berikut.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di laman web berikut untuk semakan secara online.
- Laman web mySalam: https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Jika anda layak, anda boleh Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan) ke portal www.mysalam.com.my.
- Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal ini.
Cara Membuat Tuntutan mySalam bagi yang Layak
Anda boleh membuat tuntutan mySalam dengan langkah-langkah berikut. Individu yang mengendalikan takaful anda akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya, dan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima mySalam.
Berikut adalah cara-cara membuat tuntutan:
A. Tuntutan penyakit kritikal
- Masuk ke laman sesawang www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Muat turun 'borang penyakit kritikal-kenyataan doktor' di bahagian muat turun borang di laman web tadi.
- Berjumpa dengan doktor atau pakar yang merawat anda untuk mengisi dan mendapatkan pengesahan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Setelah borang lengkap, log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik borang-borang dan dokumen berikut. Anda boleh scan setiap muka surat dokumen.
- Muat naik Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor dalam format .pdf atau .jpeg
- Muat naik Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
6. Tekan butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
B. Tuntutan Hospitalisasi
- Masuk ke laman sesawang www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Kemudian, tekan bahagian ‘Tuntutan’, kemudian tekan ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik borang-borang dan dokumen berikut. Anda boleh scan setiap muka surat dokumen.
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
4. Tekan butang ‘Hantar’ untuk menyempurnakan proses penghantaran borang.
Senarai 45 penyakit kritikal untuk tuntutan mySalam2024
Tempoh Tuntutan Diproses
- Anggaran masa sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
- Jika dokumen tidak lengkap, anggaran masa yang diambil adalah lebih lama.
- Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
- Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda jika permohonan anda diluluskan.
- Untuk sebarang pertanyaan berkenaan MySalam 2024, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938, atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut: info@mysalam.com.my
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini jika anda layak untuk menuntut skim takaful mySalam kerana ia sangat bermanfaat untuk kehidupan dan kesihatan anda sekeluarga.