Return to site

Cara Praktikal Menggantikan Solat Fardhu yang Lama Tinggal

www.kasturihijau.com

· AGAMA
cara ganti solat

Solat adalah tiang agama, jika rumah tiada bertiang, maka robohlah rumah itu. Sama seperti agama Islam, jika seseorang tidak solat, maka hancurlah agama dan imannya. Solat perlu didik sejak dari kecil kerana ia adakah kewajipan utama bagi muslim. Jika baru timbul kesedaran untuk seseorang solat, sebelum terlambat, wajib bagi seseorang itu mengqada'kan solat yang ditinggalkannya sebelum ajal menjemputnya. Artikel ini menerangkan bagaimana cara mengqada'kan solat secara praktikal dan mudah.

  • Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 43:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

  • Begitu juga firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 78:

فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

Maksudnya: Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat

Hukum Ganti Solat Fardhu yang Ditinggalkan

  • Hukum menggantikan solat fardhu yang sengaja ditinggalkan adalah wajib. 
  • Orang yang meninggalkan solat sama ada kerana malas, cuai, ingkar dan sengaja meringan-ringankannya, atau mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersenda-sendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
  • Malah jika terus mengingkarinya dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan orang Islam.

Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّى دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan memerangi manusia hingga mereka mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka telah melakukannya terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada tindakan aku, kecuali dengan kebenaran Islam dan terserahlah perhitungan mereka itu kepada Allah.” (Riwayat al-Bukhari : 25 dan Muslim: 22)

Sumber: Mufti WP

broken image

 

Cara Menggantikan Solat Fardhu yang Sengaja Tinggal

Cara kiraan hari yang tertinggal mengikut cara berikut. Anda boleh ikut cara ini untuk menggantikan solat fardhu yang sengaja ditinggalkan atau sebab malas. Caranya adalah seperti berikut;

(1) Kirakan jumlah tahun daripada tahun baligh sehingga tahun yang anda yakin sudah solat penuh atau tahun timbul keinsafan

Contohnya: Umur baligh tahun 2000 dan tumbul keinsafan tahun 2010, maka jumlah tahun yang tinggal solat atau solat dengan tidak sempurna adalah kira-kira 10 tahun.

365 hari x 10 tahun = *3650 hari*

(2) Kira anggaran hari yang anda yakin solat penuh dalam sebulan

Dalam 10 tahun tadi, katakan jika anda dapat solat penuh 5 hari saja dalam sebulan. Manakala hari-hari lain anda lalai dan tak sempurna. Kiraannya hari solat penuh adalah :

5 hari x 12 x 10 = *600 hari*

(3) Bagi wanita untuk menggantikan solat tertinggal kerana haid

Dalam 10 tahun tadi, katakan haidnya 7 hari setiap bulan. Maka dalam masa 10 tahun jumlah hari haid adalah :

7 x 12 x 10 = *840 hari*

(4) Anggaran kiraan bilangan hari yang dia wajib ganti daripada 10 tahun tadi adalah :

3,650 – 600 (solat penuh) – 840 (haid bagi wanita sahaja) = *2210 hari*

 

Cara Praktikal Menggantikannya Solat yang Ditinggalkan

Cara Pertama

  1. Caranya adalah gantikan solat untuk 2 hari dalam 1 hari. Maksudnya, dalam sehari anda menggantikan 2 hari solat qada'. Sehari solat fardhu total adalah 17 rakaat; zohor (4), asar (4), magrib (3), isyak (4) dan subuh (2).
  2. Jadi caranya, pada setiap fardhu solat, lakukan qadha solat 1 kali zohor sebelum dan 1 kali sesudah solat fardhu zohor itu. Jadinya, anda mengerjakan 3 kali solat zohor dalam waktu itu.
  3. Seterusnya, sebelum fardhu subuh qadha solat subuh, selepas solat subuh qadha solat subuh. Demikian solat asar, maghrib dan Isyak.
  4. Dengan cara ini dia telah qadha solat untuk 2 hari.
  5. Dalam masa setahun, anda dapat lakukan qadha sebanyak:

2 hari x 30 x 12 = *720 hari*, jadi untuk lengkapkan 2160 hari, anda perlu lakukan istiqamah cara ini selama 3 tahun.

Cara Kedua

  1. Luangkan masa 30 minit atau 1 jam sehari untuk gantikan sebanyak 17 atau 34 rakaat secara terus.
  2. Anda boleh mengqada'kan solat ganti pada bila-bila waktu. Berdasarkan ceramah Ustaz Azhar Idrus, solat qada' boleh digantikan pada bila-bila masa kerana ia sudah hilang pengkhususan waktu solat berbanding solat tunai yang wajib dikerjakan pada waktunya.

Semoga panduan mengqada' solat ini memberi kemudahan kepada pembaca supaya tidak rungsing untuk faham cara ganti solat fardhu yang ditinggalkan.

 

 

Kredit: Ustaz Azhar Idrus, JAKIM

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih