Bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Untuk mendapatkan bawang putih, adalah tidak susah di mana anda boleh pergi ke kedai runcit atau pasar untuk membeli bawang putih ini. Namun, jika anda inginkan sumber yang berterusan, anda juga boleh menanam sendiri bawang putih di dalam pasu atau polibag. Berikut adalah cara senang tanam bawang putih dalam pasu atau polibag.
Pengenalan Cara Penanaman Bawang Putih
Bawang putih adalah biasa dikenali dengan garlic dalam bahasa Inggeris dan Allium sativum dalam bahasa saintifik. Penanaman bawang putih boleh dilakukan dua cara iaitu dengan cara biji benih dan bebawang. Tetapi, cara paling senang tanam adalah menggunakan bebawang. Ada tips untuk besarkan saiz bawang putih, adalah simpan ulas bawang putih dalam peti ais selama 10 hingga 15 hari, saiz bebawang akan menjadi lebih besar.
Cara Menanam Bawang Putih dalam Pasu atau Polibag
Berikut adalah cara-cara penanaman bawang putih dalam pasu atau polibag.
- Bawang putih sesuai ditanam pada musim panas.
- Antara langkah yang perlu anda lakukan adalah pilih satu labu bawang putih yang baik.
- Atau anda simpan bawang putih dalam 1-2 minggu sehingga bercambah.
- Masukkan pasu dengan potting soil yg kaya dengan baja organik. Nisbah baja organik boleh lakukan dengan cara ini:
1. Pasir : tanah : baja organik = 2:1:1 atau
2. Cocopeat: tanah: baja organik= 3:1:1
3. Tanah: Pasir: Baja = 1:1:1
- Nota penting, bawang putih tidak suka tanah yang sentiasa lembab.
- Pecahkan labu bawang putih, dan pilih ulas yg besar-besar sahaja.
- Semai setiap ulas secara menegak dengan jarak 4-5 inci antara satu dengan lain.
- Tutup dengan tanah pada ke dalaman 1 inci ke semua ulas-ulas tadi.
- Perlu ada kira-kira 1 inci tanah di atas semua ulas yang ditanam tadi.
- Siram. Letakkan pasu atau polibag di kawasan yang mendapat banyak cahaya matahari.
Setelah tanam, pokok bawang putih anda harus disiram dan dibaja supaya ia hidup subur dan menghasilkan labu bebawang yang baik.
- Untuk cara siraman, pada awal tanaman, siram 2 hari sekali, apabila sudah besar, siram 5 hari sekali. Pastikan tanah tidak kering. Boleh juga siram dengan air ikan.
- Apabila daun telah keluar setinggi 3 - 4 inci tinggi, potong sehingga tinggal kira-kira satu inci sahaja. Biarkan tumbuh balik dan potong lagi. Daun yg dipotong boleh guna untuk memasak.
- Letak baja dan baja organik seminggu sekali. Boleh gunakan baja Ezigrow.
- Berhenti membaja apabila labu sudah menjadi, sekiranya tidak, baja akan pergi ke daun sahaja.
- Akhirnya, daun akan berhenti tumbuh. Apabila daun bertukar warna coklat dan menjadi kering, anda boleh berhenti menyiram.
- Anda sudah boleh gali labu bawang putih anda. Jgn tarik keluar labu-labu bawang ini, korek untuk mengelakkan labu rosak. Betul-betul keringkan kat luar selama tempoh antara 3 hingga 4 minggu.
- Anggaran masa diambil dari mula tanam hingga tuai 100 - 120 hari.
- Selanjutnya pilih labu bawang putih yang paling baik untuk ditanam semula.
- Ulang langkah, untuk memperbanyakkan tanaman bawang putih anda.
Kredit: Ezigrow & Impiana
Kaedah penanaman yang disebutkan tadi adalah mudah dan senang untuk anda cuba untuk tanam di rumah. Anda akan dapat jimat kos untuk membeli bawang putih, dan anda dapat menjamin kebersihan dan kesegaran bawang putih untuk anda gunakan dalam masakan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.