Return to site

Tips dan Checklist Bakal-bakal Pengantin dan Persiapan Sebelum Kahwin

· INFORMASI
checklist bakal pengantin

Bagi anda yang sudah serius dalam perhubungan dan ingin memilih langkah seterusnya iaitu untuk melayari bahtera perkahwinan, banyak persiapan yang perlu disediakan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Persiapan untuk perkahwinan atau pernikahan bukanlah suatu perkara mudah dan boleh diambil ringan. Banyak perkara-perkara yang penting harus kita fikirkan baik-baik semasa membuat persiapan perkahwinan. Contohnya, faktor kewangan dan susun atur masa majlis adalah sangat penting, jika perkara ini diambil ringan, proses perkahwinan akan menjadi kelam kabut dan tidak teratur.

Ramai juga di antara kita, saudara mara dan sahabat kita yang akan berkahwin tidak lama lagi, semoga tips ini berguna buat anda pada masa sekarang ataupun akan datang. Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman dan juga pembacaan daripada sumber-sumber yang diyakini tentang cara-cara bagaimana menyusun atur persiapan sebelum majlis perkahwinan anda berlangsung.

Tips dan Checklist Sebelum Perkahwinan

Disini penulis ingin kongsikan senarai checklist persiapan yang seseorang harus lakukan sebelum merancang perkahwinan. Senarai semak ini dibahagikan mengikut tempoh masa iaitu 12 bulan sebelum majlis perkahwinan, 9 bulan sebelum majlis perkahwinan, 6 bulan sebelum majlis perkahwinan, 3 bulan sebelum dan 1 bulan sebelum majlis perkahwinan. Checklist ini adalah penting untuk anda tahu, untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar.

Tempoh 12 Bulan Sebelum Perkahwinan

Dalam tempoh 12 bulan sebelum berkahwin, seseorang digalakkan memerancang beberapa berikut.

1. Mengenalpasti Lokasi Majlis Bakal Diadakan oleh Kedua-dua Pihak Pengantin

  • Anda perlu rancang lokasi, tarikh, dan bajet dengan betul. Fasa ini sangat penting, untuk mengelakkan majlis anda kelam kabut.
  • Contohnya, lokasi perkahwinan boleh dilakukan di rumah, masjid, dewan serbaguna atau hotel. Jika bercadang melakukan di hotel, anda perlu booking tarikh dan membayar duit booking terlebih dahulu.

 

2. Tetapkan Tema Majlis Perkahwinan Anda dengan Mendapatkan Maklumat dari Pameran dan Ekspo Pengantin

  • Di pameran dan ekspo perkahwinan, biasanya ada ramai vendor yang menyediakan perkhidmatan dan barangan kahwin untuk ada cuba dan nilai. Antara maklumat yang anda perlu tahu adalah jenis pakaian pengantin anda, pelamin, kanopi, juru gambar, juru video, dan katering.

Tempoh 9 Bulan Sebelum Perkahwinan

1. Cuba Menu yang Disediakan Pihak Katering

  • Sebelum anda mengambil servis mereka, anda perlu cuba dahulu rasa masakan yang mereka sediakan, adakah ia bersesuaian dengan citarasa anda, dan kebanyakan orang. Makanan yang berkualiti dan sedap adalah mustahak untuk dijamu kepada para tetamu.

 

2. Boleh Mula untuk Membuat Deposit Kepada Vendor Majlis Anda

  • Anda boleh mula buat tempahan dan deposit kepada vendor yang anda pilih untuk majlis anda nanti.
  • Anda boleh mula menempah baju kahwin dan juga baju tema untuk keluarga.

Tempoh 6 Bulan Sebelum Perkahwinan

Dalam tempoh 6 bulan sebelum majlis perkahwinan, ada beberapa perkara mustahak yang anda perlu uruskan. Jika tidak, anda mungkin gagal berkahwin kerana hal ini.

1. Wajib Hadiri Kursus Perkahwinan Untuk Mendapatkan Sijil Kahwin

Syarat perkahwinan di Malaysia adalah anda perlu menghadiri kursus kahwin selama 2 hari bersama pasangan anda untuk mendapatkan sijil kahwin, dan belajar memahami tanggungjawab suami isteri dalam keluarga dan hak-hak jika berlaku penceraian.

 

2. Jalankan Ujian HIV Dan Talasemia untuk Anda dan Pasangan

Ujian HIV dan talasemia adalah sangat mustahak untuk menentukan tahap kesihatan pasangan anda dan merancang keturunan yang sihat.

checklist bakal pengantin

 

Tempoh 3 Bulan Sebelum Perkahwinan

Tempoh majlis perkahwinan semakin suntuk, bagaimanapun anda harus sediakan beberapa dokumen penting.

 

1. Sediakan Borang Dan Dokumen Penting untuk Memohon Kebenaran Bernikah daripada Pejabat Agama Islam

  • Semasa permohonan kebenaran bernikah, anda perlu sediakan salinan kad pengenalan, Borang permohonan nikah, borang saksi permohonan nikah, surat perakuan bujang, laporan ujian HIV dan talasemia, borang nikah luar kawasan, sijil kursus kahwin, sijil nikah ibu bapa pengantin perempuan, dan surat mastautin.
  • Kenalpasti jurunikah, wali dan saksi untuk majlis anda nanti.

2. Rancang Dan Beli Barang-Barang Hantaran

  • Rancang beli barang-barang hantaran untuk mengubah sendiri ataupun membuat tempahan barang hantaran perkahwinan

3. Menempah Kad Jemputan, Bunting Dan Doorgift

  • Anda perlu menempah kad jemputan, dan doorgift, ataupun boleh juga buat sendiri dan menggunakan kad jemputan kahwin digital.

 

4. Beli atau Tempah Cincin Perkahwinan

  • Anda boleh memilih atau menempah cincin kahwin untuk majlis pernikahan nanti.

Tempoh 1 Bulan Sebelum Perkahwinan

Apabila menghampiri sebulan dari tarikh perkahwinan anda, anda perlu melakukan perkara berikut:

 

1. Hantarkan Kad Jemputan

  • Anda sudah boleh mula menghantar kad jemputan kepada saudara-mara dan sahabat handai.

2. Tempah Tempat Penginapan Untuk Keluarga Belah Pengantin Lelaki

  • Jika pengantin lelaki datang daripada keluarga jauh, boleh booking homestay atau hotel untuk penginapan mereka.

Tempoh 1 Minggu Sebelum Perkahwinan

  • Sangat penting untuk menghubungi vendor dan mengingatkan mereka tentang tempahan anda dan majlis tarikh perkahwinan anda, supaya mereka tidak lupa. Pastikan semua checklist anda sudah selesai dan lengkap.
  • Pada hari perkahwinan nanti, anda perlu kekal tenang dan berdoa supaya segala urusan majlis anda dipermudahkan Allah swt.

Itu sahaja perkongsian daripada kami, semoga ia bermanfaat untuk anda yang ingin berumahtangga.

checklist bakal pengantin

 

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih