Solat tahajud adalah amalan ahli syurga saat di dunia. Pengertian solat tahajud adalah sembahyang sunat yang dilakukan pada waktu malam apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur seketika. Waktu solat tahajud dilakukan selepas solat daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar (Subuh) ataupun yang terbaik adalah di sepertiga malam. Dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi maklumat mengenai ciri-ciri ahli tahajud yang dikumpulkan daripada kuliah-kuliah dan penulisan agama dengan dalil dan hadis.
Dalil dan Hadis Berkaitan Solat Tahajud
- Allah swt berfirman:
وَمِنَ ٱلَّیۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةࣰ لَّكَ عَسَىٰۤ أَن یَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامࣰا مَّحۡمُودࣰا ﴿ ٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajjud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat ditempat yang terpuji” (Surah Al-Israa’ ayat : 79)
- Rasulullah SAW bersabda:
“Malaikat Jibril mendatangiku, lalu berkata, Wahai Muhammad, hiduplah sekehendakmu kerana kamu akan mati, cintailah seseorang sekehendakmu kerana kamu akan berpisah dengannya, dan beramallah sekehendakmu kerana kamu akan diberi balasan, dan ketahuilah bahawa kemuliaan seorang Mukmin itu ada pada solat malamnya dan tidak merasa berharap terhadap manusia.”(HR. Hakim).
- Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sebaik-baik puasa setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat yang fardhu adalah solat malam.” (HR. Muslim)
- Rasulullah SAW pernah bersabda lagi:
“Hendaklah kalian melakukan solat malam karena ia adalah kebiasaan orang-orang solat sebelum kalian, ia sebagai amal taqarrub bagi kalian kepada Allah, menjauhkan dosa, dan penghapus kesalahan.” (HR. at-Tirmidzi)
Ciri-ciri Orang yang Selalu Solat Tahajud
1. Wajahnya bercahaya dan berseri-seri
- Orang yang selalu melaksanakan solat tahajud akan tampak bersinar di wajahnya. Ini merupakan tanda bahawa dia adalah orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Apabila melihat wajahnya, membuatkan anda mengingati Allah swt.
- Hal ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya. Dari Jabir ra yang mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
مَنْ كَثُرَتْ صَلَاتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ
Maksudnya: Barang siapa yang banyak solatnya di malam hari, maka di siang hari wajahnya tampak indah.
- Kerana mereka berduaan dengan Tuhannya di malam hari, maka Allah memberi mereka sebahagian dari cahayaNya. (Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyamullail).
2. Mempunyai kesihatan yang baik
Solat tahajud mampu mempunyai terapi yang baik kepada pelbagai penyakit. Seseorang yang sering melakukan solat tahajud di malam hati akan terhindar daripada pelbagai penyakit dan mempunyai daya ketahanan badan yang kuat.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Lakukan shalat malam karena itu adalah tradisi orang-orang saleh sebelum kamu, sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah, pencegahan dosa, penghapusan kesalahan, dan pencegahan segala macam penyakit dari tubuh.” (HR Tirmidzi)
3. Mempunyai akhlaknya terpuji, bersikap rendah diri serta tidak sombong
Seseorang ahli tahajud memiliki akhlak terpuji, baik tutur katanya, rendah diri dan tidak sombong atau bangga diri.
4. Tidak Mudah Risau
Ahli tahajud tidak mudah risau dengan masalah hidup dan berasa ketenangan yang sebenar, serta tidak risau berkaitan soal rezeki kerana bergantung 100% hidupnya dengan Allah swt.
5. Memiliki kecerdasan spiritual dan intelektual
Seorang yang sering tahajud mempunyai kecerdasan akal dan kekuatan spiritual, mudah menerima ilmu, mudah belajar dan mempunyai ingatan yang baik.
6. Disiplin
Seorang ahli tahajud mempunyai disiplin kuat dalam kehidupannya dan dapat mengawal hawa nafsu dengan baik untuk beribadat kepada Allah swt.
7. Memiliki hati yang bersih dan berprasangka baik
Orang tahajud mempunyai hati yang bersih, dan tidak berperasangkan buruk kepada Allah dan kepada semua makluk Allah swt dan selalu bersikap khusnuzan.
8. Memiliki kedudukan mulia di dunia dan di akhirat
Seorang ahli tahajud memiliki kedudukan mulia dan baik di dunia mahupun di akhirat kelak.
9. Produktif
Seorang yang rajin dan mempunyai etika bekerja yang tinggi dan seorang produktif.
Keistimewaan Ahli Tahajud
Keistimewaan ahli tahajud menurut ceramah Ustadz Dr. Adi Hidayat:
- Allah swt mengangkat karier atau pekerjaannya ke tempat terbaik sehingga berasa tenang walaupun tidak kaya, dan dijauhkan maksiat, serta mudah melakukan ibadat
- Allah swt akan membimbing ahli tahajud menunjukkan hidupnya ke jalan lurus dan benar
- Allah swt beri jalan keluar terbaik dalam permasalahan yang dihadapinya dan segala masalah hidupnya diringankan
- Allah swt akan menolong orang ini jika ada yang cuba menganiyainya, mengkhianati atau menfitnahnya dan mendapat pertolongan terus daripada Allah swt.
Sememangnya, begitu besar keistimewaan ahli tahajud. Semoga kita selalu berkesempatan melakukan solat tahajud dan menjadikan ia sebagai amalan harian kita.
Sumber: JAKIM dan Ustadz Dr. Adi Hidayat
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih