Return to site

7 Ciri-ciri Lelaki 'Redflag' yang Anda Perlu Tahu

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
broken image

Adakah anda mempunyai masalah komunikasi atau hubungan dengan pasangan atau kawan anda? Jangan salahkan diri anda, kenali dahulu faktor-faktor yang mungkin menyebabkan permasalah ini berlaku. Ia mungkin bukan berpunca daripada sikap anda, tetapi sikap pasangan anda. Untuk menjamin kelangsungan dan komunikasi yang baik antara anda dan pasangan anda, artikel ini akan menerangkan bagaimana kita mahu kenal pasti jika seseorang lelaki itu adalah punca permasalahan dalam perhubungan atau 'Redflag'.

Apakah itu Lelaki 'Redflag'?

  • Jika diterjemah secara langsung, ‘Red flag’ bermaksud bendera merah. Tetapi di dalam konteks hubungan, ia adalah merujuk kepada punca petanda atau petunjuk bahawa ada masalah atau isu yang serius dalam sesuatu hubungan.
  • Permasalahan dalam sesuatu hubungan samada suami isteri, persahabatan, atau apa-apa hubungan boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai masalah. Tidak semestinya daripada lelaki, punca masalah itu boleh disebabkan daripada perempuan atau pun faktor persekitaran.
  • Jika seseorang lelaki itu dikenali sebagai lelaki 'Redflag', ia bermaksud punca permasalahan dalam sesuatu hubungan, rumah tangga, atau komunikasi yang gagal adalah berpunca daripada lelaki itu.
  • Jadi, sebagai manusia, anda perlu memahami cara mengenal sikap seseorang supaya anda tidak terjebak dalam perhubungan yang toksik.

 

Ciri-ciri Lelaki 'Redflag' untuk Wanita

Berikut adalah ciri-ciri lelaki redflag untuk wanita.

1. Narsistik

Perkataan narsistik diambil daripada terma psikologi iaitu Narcissism Personality Disorder (NPD). Seseorang lelaki yang mempunyai sikap narsistik, beliau akan menunjukkan ciri-ciri berikut:

  • Rasa mementingkan diri yang berlebihan
  • Suka mencari perhatian dan pujian orang
  • Kurang perasaan simpati pada orang lain
  • Suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri
  • Merasa diri berhak mendapat layanan istimewa
  • Sombong dan mudah berasa iri hati

2. Ego yang sangat tinggi

Secara lumrahnya, seorang lelaki sememangnya dijadikan berego tinggi, kerana fitrahnya kaum adam adalah dijadikan untuk memimpin kaum hawa. Bagaimanapun, jika seseorang lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi, ia boleh memudaratkan sesuatu perhubungan. Lelaki yang mempunyai ego yang sangat tinggi ini biasanya, mementingkan diri, tidak boleh menerima kritikan, tidak mengakui kesalahan dan tiada perasaan simpati dalam hubungan.

3. Panas Baran

Lelaki yang panas baran sewaktu berkenalan perlu dijauhi kerana ini adalah salah satu lelaki redflag pada lelaki yang boleh membawa kepada kehancuran dalam sesuatu hubungan. Ciri-ciri panas baran adalah cepat marah, cepat melenting, dan suka mengamuk dalam perkara yang kecil.

4. Kaki Kontrol

Jika seorang lelaki yang anda kenali adalah kaki kontrol, anda perlu jauhkan diri anda daripada dia kerana ciri lelaki kaki kontrol ini akan bertambah teruk selepas anda berkahwin dengannya. Lelaki ini biasanya akan mengawal aktiviti harian pasangan mereka, seperti tidak membenarkan pasangan pergi ke mana-mana tanpa mereka, meminta kata laluan bagi telefon bimbit dan media sosial pasangan mereka untuk mengetahui semua aktiviti harian pasangan mereka lakukan.

5. Pernah curang

Jika anda pernah bertemu dengan lelaki yang pernah curang dengan anda, anda seeloknya menjauhkan diri daripada dia kerana sikap curang itu kebiasaannya akan diulangi selepas perkahwinan. Kajian menunjukkan lelaki yang pernah curang sekali, akan mengulangi sikapnya itu beberapa kali dalam hidupnya.

6. Pemalas

Pemalas adalah sikap yang patut dielakkan bagi lelaki dan perempuan. Lelaki secara fitrahnya harus menafkahi isteri dan anak-anak, jika lelaki yang anda kenali ini seorang pemalas sejak awal perkenalan, dan suka meminjam wang daripada anda, anda perlu jauhi lelaki seperti ini. Jangan menjadi seperti bak kata pepatah, 'ibarat menanggung biawak hidup'.

7. Suka bercakap perkataan 'kotor'

Jika anda berjumpa dengan lelaki yang suka bercakap kotor atau lucah, jauhilah mereka kerana mereka tidak mempunyai rasa hormat ke atas kaum wanita.

Maklumat yang kami kongsikan tadi adalah ciri-ciri lelaki redflag daripada kajian psikologi manusia. Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada wanita dalam memilih pasangan dan teman hidup.

broken image

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih