Return to site

Pembukaan Geran Dana Wellcome Trust untuk Penyelidikan Tahun 2024/2025

www.kasturihijau.com

· KERJAYA
broken image

Pembukaan geran dana Wellcome Trust 2024/2025, iaitu suatu geran antarabangsa yang boleh dipohon oleh semua penyelidik dan saintis satu dunia untuk mendapat peruntukan bagi menjalankan penyelidikan dan kajian yang berkualiti dan berprestij. Dana ini mendukung inovasi dalam penelitian dan aplikasi ilmu pengetahuan untuk membawa manfaat nyata bagi masyarakat seluruh dunia.

Apakah itu Dana Wellcome Trust?

  • Wellcome Trust adalah sebuah lembaga amal yang berasal daripada UK yang diwujudkan untuk peningkatan kesihatan manusia dan haiwan. Didirikan pada tahun 1936 oleh Sir Henry Wellcome, seorang pengusaha farmasi, Wellcome Trust memberikan dana untuk penelitian medik dan ilmiah di berbagai bidang, termasuk biomedik, kesihatan masyarakat, dan ilmu sosial yang berhubungan dengan kesihatan.
  • Wellcome Trust merancang membelanjakan £16 bilion sehingga 2032 untuk penyelidikan dan penemuan yang menyokong sains bagi menyelesaikan cabaran kesihatan yang dihadapi oleh semua orang di dunia.

Objektif Dana Wellcome Trust

  • Menjana pengetahuan baharu yang akan meningkatkan kesihatan
  • Menyokong para penyelidik sepanjang kerjaya mereka dan mencipta peluang untuk membuka potensi penyelidik
  • Bidang kajian yang menjadi fokus dana Wellcome Trust adalah; iklim dan kesihatan, penyakit berjangkit, dan kesihatan mental

Pembukaan Beberapa Geran di bawah Dana Wellcome Trust 2024

A. Dana Kesihatan Mental (Mental Health Awards)

Tujuan dana adalah untuk meneroka bagaimana neurosains dapat menyumbang kepada pemahaman kita tentang gejala kesihatan mental dan menerapkan neurosains untuk memahami gejala dalam kebimbangan, kemurungan, dan psikologi.

  • Tarikh akhir permohonan : 23 Julai 2024
  • Tahap karier penyelidik utama: Penyelidik pada awal karier, pertengahan karier dan pakar.
  • Lokasi organisasi pentadbiran: Di mana-mana sahaja di dunia (kecuali China)
  • Tempoh pembiayaan: 3 hingga 5 tahun
  • Jumlah pembiayaan: £2-5 juta bagi setiap pasukan projek
  • Permohonan mesti dilakukan secara atas talian
broken image

 

B. Dana Pembangunan Karier Wellcome Trust (Wellcome Career Development Awards)

Tujuan dana adalah untuk mengembangkan kemampuan penyelidikan para penyelidik, mendorong program kerja inovatif dan menyampaikan perubahan ketara dalam pemahaman yang berkaitan dengan kehidupan manusia, kesihatan, dan kesejahteraan.

  • Tarikh akhir: 25 Julai 2024
  • Tahap kerjaya pemohon utama: Penyelidik mid-karier
  • Lokasi organisasi pentadbiran: UK, Republik Ireland dan Negara berpendapatan rendah atau sederhana (kecuali India dan China)
  • Tempoh pembiayaan: Biasanya 8 tahun, tetapi mungkin kurang untuk beberapa disiplin dan mungkin hanya lebih lama jika diadakan secara sambilan.
  • Jumlah pembiayaan: Anggaran £250,000 tidak termasuk gaji pemohon. Permohonan melebihi nilai ini akan dikenakan semakan tambahan.
  • Program strategik: Iklim dan Kesihatan, Penyakit Berjangkit, Kesihatan Mental
broken image

 

C. Dana Penerokaan Wellcome (Wellcome Discovery Awards)

Skim ini menyediakan pembiayaan untuk penyelidik yang telah mahir dalam bidang dari mana-mana disiplin yang ingin mengejar idea penyelidikan yang berani dan kreatif untuk menyampaikan perubahan ketara dalam pemahaman yang berkaitan dengan kehidupan manusia, kesihatan, dan kesejahteraan.

  • Tarikh akhir: 30 Julai 2024
  • Lokasi organisasi pentadbiran: UK, Republik Ireland dan Negara berpendapatan rendah atau sederhana (kecuali India dan China)
  • Tempoh pembiayaan: Anugerah boleh sehingga 8 tahun
  • Jumlah pembiayaan: Jumlah dana dari £700,000 hingga £8 juta.
  • Program strategik: Iklim dan Kesihatan, Penyakit Berjangkit, Kesihatan Mental
broken image

 

D. Dana Awal Karier Wellcome Trust (Wellcome Early-Career Awards)

Skim ini menyediakan pembiayaan untuk penyelidik awal kerjaya dari mana-mana disiplin yang bersedia untuk mengembangkan identiti penyelidikan mereka. Melalui projek-projek inovatif, mereka akan menyampaikan perubahan dalam pemahaman yang berkaitan dengan kehidupan manusia, kesihatan, dan kesejahteraan. Menjelang akhir tempoh pembiayaan, penyelidik akan bersedia untuk mengetuai program penyelidikan mereka sendiri.

  • Tarikh akhir: 01 Oktober 2024
  • Lokasi organisasi pentadbiran: UK, Republik Ireland, Negara berpendapatan rendah atau sederhana (kecuali India dan China)
  • Jumlah pembiayaan: Pembiyaan sehingga £400,000 untuk perbelanjaan penyelidikan.
  • Program strategik: Iklim dan Kesihatan, Penyakit Berjangkit, Kesihatan Mental
broken image

Kesemua permohonan dana Wellcome Trust perlu dibuat secara online. Anda boleh rujuk laman web pada link untuk ke permohonan online, ataupun anda boleh tekan di butang hijau di bawah.

Semoga para penyelidik berjaya dalam permohonan geran dana Wellcome Trust.

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih