Return to site

Koleksi Doa untuk Dipertemukan Jodoh dan Amalan Cepat Jodoh

www.kasturihijau.com

· AGAMA
broken image

Soal ajal, rezeki dan jodoh telah pun tertulis semasa kita masih di alam ruh. Bagaimanapun, sebagai muslim, kita disuruh berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik dan yang mendorong kehidupan kita ke jalan Allah swt. Antara langkah proaktif yang boleh kita ambil untuk mengubah taqdir dan mempercepatkan jodoh adalah dengan kerap berdoa memohon dikurniakan jodoh yang soleh atau solehah. Antara usaha yang penting untuk seseorang boleh lakukan untuk mendapat jodoh yang terbaik adalah dengan berdoa mengikut panduan doa jodoh seperti yang disebut dalam al-Quran.

Jodoh Adalah Cerminan Diri

  • Ada potongan ayat Al-quran yang menekankan bahawa jodoh adalah cerminan diri yang berbunyi:

ٱلۡخَبِيثَٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَٰتِۚ أُوْلَٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ ٱلۡخَبِيثَٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَٰتِۖ وَٱلطَّيِّبَٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَٰتِۚ أُوْلَٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ

Ertinya: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula). Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga),” (QS An-Nur : 26).

  • Jadi, sesuai dengan maksud ayat ini kita harus memohon pertolongan Allah swt untuk mendapatkan jodoh yang terbaik, kerana ciri-ciri orang yang soleh dan solehah itu adalah sentiasa meletakkan Allah swt sebagai keutamaan dalam aktiviti hariannya. Dengan usaha berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, insyaAllah, anda akan dipertemukan dengan jodoh yang soleh solehah seperti jodoh cerminan diri.

Doa Dipertemukan Jodoh 1

  • Doa ini diijazahkan oleh Ulama' Besar dunia iaitu Al-Habib Umar bin Hafidz
  • Doa ini adalah daripada petikan surah Al-Qasas ayat 24.
  • Cara mengamalkan doa ini adalah baca 100 hingga 300 kali sehari, ataupun setiap kali selepas solat fardhu dan sunat.
  • Amalkan doa ini setiap kali selepas solat fardhu dan sunat supaya Allah swt membuka jalan untuk dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan solehah.

رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ


Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqiir

Ertinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.

 

doa cepat jodoh

 

Doa Dipertemukan Jodoh 2

  • Doa ini pernah diajarkan Habib Syech bin Muhammad Alaydrus Surabaya kepada Habib Husein bin Anis Al Habsy.
  • Cara mengamalkan doa ini adalah dengan membaca kalimat seperti dalam gambar sebanyak 300kali, dan setiap selesai 100x zikir, baca doa yang ditunjukkan dalam gambar berikut.
  • Amalkan doa ini setiap kali selepas solat fardhu dan sunat supaya Allah swt membuka jalan untuk dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan solehah.

وَمِن كُلِّ شَيۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

Ertinya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah,” (QS Adz-Dzariyat: 49).

doa cepat jodoh

 

Doa Dipertemukan Jodoh 3

  • Doa ini adalah petikan ayat daripada Surah Furqan, ayat 74.
  • Amalkan doa ini setiap kali selepas solat fardhu dan sunat supaya Allah swt membuka jalan untuk dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan solehah.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Rumi: Rabbana hab lana. Min azwajina. Wa dzurriyyatina. Qurro ta a’yun. Waj ‘alna lil muttaqina imama

Maksudnya: “Ya Tuhan, anugerahkan kepada kami isteri dan zuriat yang menyejukkan (hati) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa”

 

doa cepat jodoh

 

Doa Dipertemukan Jodoh 4

  • Doa ini adalah doa Nabi Zakaria A.S iaitu petikan ayat daripada Surah Al Anbiya’ (Ayat 89).
  • Amalkan doa ini setiap kali selepas solat fardhu dan sunat supaya Allah swt membuka jalan untuk dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan solehah.

رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ

Rumi: Rabbi la tazarni fardan. Wa anta khirul warisin

 

Ertinya: Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

 

doa cepat jodoh

 

Doa Dipertemukan Jodoh 5

  • Doa ini adalah petikan daripada Surah An Anfal (Ayat 63).

وَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْۗ لَوْاَنْفَقْتَ مَا فِى الْاَرْضِ جَمِيْعًا مَّآ اَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ اَلَّفَ بَيْنَهُمْۗ اِنَّهٗ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ

Ertinya: Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha perkasa, Maha bijaksana.

  •  

Doa ini boleh diamalkan oleh lelaki atau wanita untuk memohon mendapatkan pasangan yang soleh dan solehah. Baca doa ini setiap kali selepas solat fardhu dan solat sunat.

doa cepat jodoh

 

Doa Dipertemukan Jodoh 6 (Wanita)

Doa ini boleh diamalkan oleh kaum wanita untuk memohon mendapatkan pasangan yang soleh. Doa ini diamalkan dan diajarkan oleh Ustaz Amidi Syeikh Muhd Zainul Asri. Amalkan doa ini setiap kali selepas solat. Bacaan doa adalah seperti dalam gambar.

doa cepat jodoh

Doa Dipertemukan Jodoh 7 (Bagi Wanita)

  • Doa ini boleh diamalkan oleh kaum wanita untuk memohon mendapatkan pasangan yang soleh.

 

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Rumi: Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddini waddunya wal aakhiroh

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat.”

Doa Dipertemukan Jodoh 8 (Bagi Lelaki)

  • Doa ini boleh diamalkan oleh kaum lelaki untuk memohon mendapatkan pasangan yang solehah.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Rumi: Robbi hablii milladunka zaujatah thoyyibah akhtubuhaa wa atazawwaju biha watakunu shoohibatan lii fiddini waddunyaa wal aakhiroh.

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dan sisi Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

4 Amalan Cepat Dapat Jodoh

Berikut adalah amalan yang anda boleh lakukan untuk memudahkan anda mendapatkan jodoh selain daripada berdoa seperti doa yang telah diajarkan tadi.

  1. Amalkan solat tahajud di sepertiga malam dan mohon doa dipertemukan jodoh
  2. Rajin lakukan solat hajat dan mohon doa dipertemukan jodoh
  3. Memperbaiki diri dengan ibadah serta menjaga silaturahim
  4. Berserah diri dan bertawakal kepada Allah swt setelah berdoa dan berusaha.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sekalian yang sedang mencari jodoh yang terbaik.