Return to site

Koleksi Doa Mustajab Merawat Kesedihan Hati

www.kasturihijau.com

· AGAMA
broken image

Pernahkah anda merasa sedih dan dukacita? Kebiasaannya seseorang akan mengalami perasaan ini disebabkan broken heart seperti ditinggalkan, putus cinta, putus kasih dengan orang tersayang, ditipu, dikhianati, tidak dihargai, dimalukan, rasa bersalah, menyesal dan macam-macam lagi perasaan yang membawa kepada rasa kesedihan ini. Perasaan ini boleh berlaku sehari dan juga berbulan-bulan. Jika ia tidak dikawal, ia boleh membawa kepada kemurungan kronik. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan doa-doa mustajab merawat kesedihan yang sedang anda alami.

Perasaan Sedih dan Dukacita

Kesedihan adalah suatu emosi yang terhasil daripada suatu peristiwa, pengalaman, atau situasi yang menyakitkan dan mengecewakan. Kesedihan adalah perasaan yang sering dialami orang sesiapa pun. Bagaimanapun, tahap kesedihan yang dialami oleh seseorang itu mungkin berbeza-beza. Ada yang mengalami kesedihan sehari, ada juga yang mengalami kesedihan berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Jika pada peringkat teruk, kesedihan yang dialami oleh seseorang itu adalah pada tahap melampau, iaitu kesedihan yang membawa kepada kemurungan.

Kemurungan berlaku akibat daripada kesedihan yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Kemurungan boleh dialami oleh wanita mahupun lelaki, yang boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

broken image

 

 

 

Amalan Untuk Menghilangkan Rasa Sedih dan Dukacita

Jika ketika ini anda berasa sedih dan dukacita, amalkan perkara-perkara berikut untuk mengurangkan rasa kesedihan dan tekanan yang sedang anda alami ini.

1. Melawan kesedihan mengikut cara Nabi Muhammad SAW.

Kesedihan adalah perkara yang biasa semua orang alami, tetapi kesedihan yang berpanjangan dan melampau adalah sangat berbahaya dan memudharatkan kesihatan. Contohi amalan yang dilakukan oleh Nabi ketika melawan kesedihan yang teramat dalam hidup Baginda di saat, isterinya Siti Khadijah meninggal dunia. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan:

  • Solat untuk ketenangan jiwa raga
  • Membaca Al-Quran
  • Melihat wajah-wajah ahli keluarga dan orang-orang soleh
  • Keluar hirup udara segar dan melihat dedaunan hijau
  • Bermeditasi dan beriadah

2. Redha dengan kesedihan yang dialami

Tidak salah jika kita sendiri akui bahawa kita sedang berada dalam fasa bersedih dan berlembut dengan diri dengan mengakui bahawa anda dalam kesedihan.

3. Muhasabah diri

Beri masa untuk renungkan kembali punca berlakunya kesedihan. Mungkin ada kesilapan atau kekhilafan anda, atau dosa lampau yang membuatkan anda berasa sedih. Anda perlu masa untuk muhasabah diri dan terima ketentuan Allah dengan berlapang dada.

4. Luahkan perasaan kepada ahli keluarga atau sahabat yang anda percayai

Luahkan perasaan anda kepada orang yang dipercayai dan jangan berfikir bukan-bukan, dan elakkan berfikir masa depan yang belum pasti. Tenangkan diri dalam selalukan berzikir mengingati Allah.

5. Berbuat baik dengan orang lain dan jauhi maksiat

Melakukan kebaikan juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan ketenangan hati. Apabila kita berbuat baik kepada orang lain, hati kita akan merasa tenang. Perbanyakkan istighfar dan hindarkan diri dari melakukan maksiat.

 

Doa-doa Merawat Perasaan Sedih dan Dukacita

Jika anda mengalami perasaan sedih, dukacita dan hidup dalam tekanan, anda boleh amalkan doa-doa mustajab ini selepas solat atau pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda amalkan. Doalah kepada Maha Pencipta, nescaya doa anda akan diperkenankan olehNya. Berikut dikongsikan doa merawat perasaan sedih dan dukacita. Letakkan tangan kanan anda di dada kiri anda, sambil berdoa dengan doa berikut dan ulangi doa sekurangnya 7 kali setiap kali dibaca.

Doa Hilangkan Kesedihan 1

broken image

 

Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat.”

Doa Hilangkan Kesedihan 2

broken image

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. (Surah Taha: 25-28).

Doa Hilangkan Kesedihan 3

broken image

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Doa Hilangkan Kesedihan 4

broken image

Maksudnya: Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.

Doa Hilangkan Kesedihan 5

broken image

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, umur yang sia-sia di waktu tua dan kebakhilan. Dan aku juga berlindung kepadaMu dari seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.” (HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706).

Doa Hilangkan Kesedihan 6

broken image

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami dari Islam setelah Engkau beri hidayah kepada kami. Limpahkanlah keimanan kepada kami dari sisi-Mu. Engkau Maha Pemberi rahmat kepada orang-orang mukmin.” (Ali-imran: 8)

Doa Hilangkan Kesedihan 7

broken image

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”. (Al Baqarah: 250)

Doa Hilangkan Kesedihan 8

broken image

Maksudnya: Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (Surah Al-Imran, 173)

Sumber: Mufti WP, Ustaz Wadi Annuar

 

Berikut adalah koleksi doa-doa yang mustajab, InsyaAllah untuk diamalkan. Doa ini kami kumpulkan daripada sumber-sumber dan rujukan agama yang sahih berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.