Return to site

8 Adab Berdoa dan Doa Untuk Penyembuhan Penyakit Kronik

www.kasturihijau.com

· AGAMA
doa sembuh penyakit kronik

 

Sebagai seorang manusia, pasti kita pernah jatuh sakit. Apabila kita menghidapi penyakit kronik, di mana sakit yang tiada ubat atau tiada doktor yang mampu mengubatkannya, kita akan merujuk kepada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit kita. Ini kerana keyakinan bahawa Allah swt yang datangkan penyakit, dan Dia jugalah yang boleh menyembuhkannya.

Namun, ada antara doa kita yang lain-lain masih belum dimakbulkan, adakah pula doa kita untuk penyembuhan penyakit kronik yang kita alami akan dimakbulkan? Ulama' berpendapat bahawa doa yang diajarkan oleh Allah swt dalam al-Quran adalah doa paling mujarab untuk penyembuhan penyakit kronik yang dialami. Amalkan doa ini dengan adab-adab berdoa yang diajar oleh Imam Al-Ghazali, dengan izinNya doa kita untuk penyembuhan penyakit akan dimakbulkan. Disini kami kongsikan doa penyembuhan penyakit dan adab-adab berdoa.

 

Adab Berdoa Untuk Penyembuhan Penyakit Kronik

Ulama' berpesan untuk mendapatkan doa yang mustajab, seseorang perlu menjaga adab ketika berdoa. Lagi-lagi ketika seseorang ditimpa musibah yang berat, dan jatuh sakit, maka adab sewaktu berdoa ini perlu dijaga supaya Allah swt memakbulkan doa kita. Antara doa terbaik untuk penyembuhan penyakit kronik atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh adalah mengamalkan doa Nabi Ayub as. Kisah Nabi Ayub as sangat menyayat hati iaitu Baginda ditimpa penyakit selama 18 tahun. Baginda mempunyai kesabaran dan ketabahan yang cukup tinggi sewaktu diuji oleh Allah swt dengan penyakit yang teruk. Bagaimanapun, selepas berdoa berkali-kali, Allah swt memakbulkan doanya, dan penyakit kroniknya sembuh dan Baginda kembali sihat. Namun apakah adab ketika berdoa yang seseorang boleh amalkan supaya penyakit kronik dapat disembuhkan?

 

Antara 8 adab berdoa yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali:

  1. Mencari waktu-waktu mustajab berdoa seperti pada hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, sepertiga malam dan waktu sahur.
  2. Mencari keadaan mustajab berdoa seperti ketika sujud, berperang, hujan turun, iqamat solat.
  3. Berdoa dengan menghadap kiblat dan mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa.
  4. Tunduk, takut dan khusyuk.
  5. Memohon dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt serta meyakini doa akan dimakbulkan.
  6. Mengulangi permintaan berkali-kali
  7. Memulakan doa dengan memuji Allah swt dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw
  8. Sentiasa bertaubat dan mengembalikan hak orang lain yang diambil tanpa izin.

 

broken image

 

Doa Penyembuhan Penyakit Kronik 1 (Doa Nabi Ayub)

Doa terbaik untuk memohon penyembuhan penyakit kronik adalah ayat Surah Anbiya, ayat 83:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ.

Dan Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata : "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah Tuhan MAha Pengasih & Penyayang."

broken image

Cara-cara membaca doa Nabi Ayub adalah:

  1. Letak tangan kanan atas dada kiri
  2. Tarik nafas
  3. Baca doa dari Surah Anbiya ayat 83.
  4. Pejam mata, tarik nafas, niat dalam hati: "Ya Allah, muntahkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku, dan masukkanlah penawarmu ke dalam badanku"
  5. Hembus nafas.

 

 

Doa Penyembuhan Penyakit 2

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِوَالْفَقْرِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: "Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tiada Tuhan selain engkau." (HR Abu Daud)

 

 

Doa Penyembuhan Penyakit 3

Rasulullah SAW pun memerintahkannya Utsman bin Abil 'Ash membaca doa berikut ketika beliau sedang sakit.

(3x) بِسْمِ اللَّهِ

(7x) أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Maksudnya: "Dengan nama Allah, aku berlindung dengan keagungan dan kekuasaan Allah dari kejahatan yang menimpaku dan yang aku takuti."

 

Doa Penyembuhan Penyakit 4

Rasullullah meruqyah salah seorang sahabat Baginda menggunakan doa ini.

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ

Maksudnya: "Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan-Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau,"

 

Doa Penyembuhan Penyakit 5

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ ولا إل أحد منان ناس

Rumi: Yaa hayyun, yaa qayyuumun, birahmatika istaghiitsu, ashlih lii sya'nii kullahuu, wa laa takilnii ilaa nafsii tharfata 'ainin, wa laa ilaa ahadin minan naas.

Maksudnya: "Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Kekal, hanya dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dari-Mu). Dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun dari manusia." (Ath Thabrani, Al-Mu'jamu ash-Shaghir lith Thabrani, Juz 2 [Mesir: Muwaqi'u Jaamil Hadits])

Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda, "Tidaklah menimpa seseorang Muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri sekali pun melainkan Allah SWT akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya."

Kesimpulannya, jika anda ditimpa sakit dan musibah, janganlah berputus harap dengan rahmat Allah swt, dan teruskan berdoa dengan mengamalkan doa-doa mustajab dan adab berdoa yang telah diajarkan kepada oleh Ulama' terdahulu.

Sumber: Mufti WP

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda sekali pembaca kasturihijau.com.