Bulan Muharram makin menjelang tiba, maka seluruh umat Islam akan memasuki tahun baru hijrah iaitu 1446H. Dalam agama Islam, adalah dianjurkan kepada seluruh umat Islam untuk membaca doa akhir tahun sebelum memasuki tahun baru, dan membaca doa awal tahun selepas memasuki tahun baru 1446H. Allah swt berfirman dalam al Quran supaya menyuruh kita bermohon doa kepadaNya, lebih-lebih lagi jika kita memasuki tahun baru. Maka kita harus memohon doa kepada Allah swt untuk memenuhi azam dan impian kita untuk memasuki tahun baru dan juga bersyukur atas apa yang ditelah kita lalui dan tempuhi pada tahun lalu.
Di dalam al-Qur’an Allah subhanahu wata’ala berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (60)
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (QS. Ghafir : 60).
Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan lafaz doa akhir tahun dan awal tahun untuk rujukan saudara-saudari yang diambil daripada sumber bertauliah.
Doa Akhir Tahun
- Doa akhir tahun disunatkan dibaca sebelum memasuki tahun baru untuk tujuan mensyukuri nikmat dan rahmat yang Allah swt telah kurniakan kepada kita. Doa ini juga sebagai tanda kesyukuran sebelum memulakan tahun baru dengan permohonan keberkatan dari Allah swt.
- Doa akhir tahun ini boleh dibaca secara bersendirian atau berjemaah sama ada di masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.
Waktu Baca Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024 (Sabtu).
Lafaz Doa Akhir Tahun 1445H
Lafaz Rumi
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, was-salatu was-salamu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Allahumma maa ‘amiltu fi hadhihi as-sanati mimma nahaytani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu, wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’awatani ila at-tawbati minhu ba’da jur’ati ‘ala ma’siyatika fa inni astaghfiruka faghfirli, wa maa ‘amiltu fi hatardhahu wa wa’adatani ‘alayhi ath-thawaba fa-as’aluka allahumma ya karim, ya dhal jalali wal ikram, an tataqabbalahu minni, wa la taqta’ raja’i minka ya karim.
Wassala allahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in, wal ham dulilahi rabbal ‘alamin
Maksud Doa
Maksud doa: "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.
Ya Allah, apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahiku akan sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan aku, dan Engkau memerintahkan aku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohon daripadaMu. Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemuanya. Segala puji bagi Allah SWT Tuhan pemerintah alam.”
Doa Awal Tahun
- Doa awal tahun pula disunatkan dibaca selepas memasuki tahun baru untuk tujuan memohon keazaman dan hajat baru untuk menyembah diri kepada Allah swt dengan mencari keberkatan hidup dan keredhaan Allah swt.
- Doa awal tahun ini boleh dibaca secara bersendirian atau berjemaah sama ada di masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.
Waktu Baca Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024 (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H.
Bacaan Rumi
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, was-salatu was-salamu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Allahumma antal abadiyyu al-qadimu al-awwal, wa ‘ala fadhilka al-’adzim wujudika al-muawwali wa haza ‘ammul jadidun qad aqbala ‘alayna nasalukal ‘ismata fihi minal syaitani wa awliyaihi wa junudihi.
Wal ‘awna ‘ala hazihi nafsil ammarati bissuu’i wal isytiqal bima yuqarribuna ilayka zulfa ya zal jalali wal ikram ya arhamarrahimin
Wassala allahu ‘ala sayyidina mawaulana muhammadin wa ‘ala alihi wa ashabihi wassalam wal hamdulillahi rabbil ‘alamin.
Maksud Doa
Maksud Doa: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.
Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Engkau terimalah dariku. Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemuanya. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.”
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca.
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih