Penganjuran Malaysia Agriculture, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) untuk tahun 2024 sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, MAEPS, Serdang untuk tempoh hampir 2 minggu. Penganjuran MAHA telah memberi impak besar kepada ekonomi negara. Contohnya, MAHA 2022 telah mencatatkan melebihi 1.4 juta pengunjung secara fizikal, manakala pengunjung virtual seramai 266,321 orang. Dari aspek jualan pula sebanyak RM260 juta jualan langsung dan sebanyak RM25,270,436.35 jualan secara atas talian telah berjaya. Bilangan Mou yang ditandatangani adalah dengan nilaian kewangan RM5.64 billion. MAHA sememangnya memberi impak kepada ekonomi dan kewangan negara. Justeru dalam artikel ini, kami ingin kongsikan latar belakang MAHA, dan penganjuran MAHA2024 yang sedang berlangsung di Serdang, Selangor pada 11 hingga 22 September 2024 ini.
Apakah itu MAHA2024?
- Untuk menyambut ulang tahun ke-100 penganjurannya, MAHA 2024 akan menekankan elemen-elemen yang menjadikannya platform bertaraf antarabangsa, dengan penyertaan dari pelbagai negara. Edisi kali ini juga akan memacu pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan serta menarik minat golongan muda untuk menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.
- MAHA 2024 menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menghayati impian kehidupan yang lebih mudah dan lestari. Di tengah kesibukan bandar, keindahan pertanian dan landskap menyediakan ruang untuk menyatu dengan alam, selaras dengan konsep Malaysia MADANI.
Sejarah Legasi MAHA
Sejak dianjurkan pada tahun 1923, MAHA telah berkembang menjadi pameran pertanian terbesar dan terkemuka di Asia Tenggara. Selepas lebih satu abad, MAHA terus dinanti oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana mempamerkan teknologi terkini serta menyediakan pameran interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. Melalui penganjuran siri pameran ini, MAHA berperanan sebagai pemangkin dalam merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Fokus MAHA2024
Antara fokus MAHA2024 adalah mensasarkan perkara-perkara berikut:
- Maha Go Global
- Penyertaan Antarabangsa Dan Sesi Khas Perniagaan
- Road To Maha 2023 (6 Zon)
- Teknologi & Pameran Ir 4.0
- Kerjasama Kerajaan Dan Sektor Swasta
- Peningkatan Aktiviti Agro Lifestyle
- Peningkatan Pengalaman Kepada Pengunjung Maha
- Aktiviti Tarikan Kanak-Kanak
- Memorable Collectable Items - Maha 100 Years
- Wajah Baru Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps)
Peta MAHA2024
MAHA merupakan ekspo pertanian terbesar yang menampilkan teknologi terkini, pemodenan, pertanian pintar, serta solusi hijau yang bakal mencorakkan masa depan sektor pertanian Malaysia.
Bersempena sambutan 100 tahun, #MAHA2024 mempersembahkan 6 zon tematik yang direka untuk mengagumkan dan mendidik pengunjung. Pelbagai tarikan menarik turut disediakan, termasuk zoo interaksi, taman bunga matahari, pasar terapung, miracle garden, lembu sado, persembahan artis tanah air, dan banyak lagi!
- ZON 1 : SELAMAT DATANG & KAWASAN PERDANA
- ZON 2 : GAYA HIDUP AGRO
- ZON 3 : PAVILION NEGERI
- ZON 4 : KEAJAIBAN DIWAKTU MALAM & AKTIVITI AIR
- ZON 5 : AGRI-PARK
- ZON 6 : TAMAN SAMBUTAN, VETERINAR & TAMAN KEJURUTERAAN AGRO
Aktiviti dan Acara MAHA 2024
MAHA 2024 bakal menampilkan pameran terbesar teknologi terkini, pemodenan, pertanian pintar, serta solusi hijau yang akan mencorakkan masa depan sektor agrikultur Malaysia. Bagi sektor perikanan, fokus diberikan kepada pengenalan teknologi akuakultur moden yang mampu meningkatkan hasil dan kualiti produk perikanan.
Berikut merupakan tarikan atau aktiviti menarik sempena MAHA 2024 kali ini:
- Magical at Night and 3D Water Show: Persembahan interaktif yang menakjubkan.
- Kid Attraction: Aktiviti khusus untuk kanak-kanak.
- Segmen Teknologi dan Inovasi: Pameran teknologi pertanian pintar, penggunaan data besar, dan automasi.
- Karakter Kartun Terkenal: Menambah tarikan kepada golongan muda dan kanak-kanak.
- Aktiviti lain: Sunflower garden, floating market, orchid garden, agro-youth lifestyle, food truck fiesta dan banyak lagi.
Kemudahan Pengangkutan, Laluan Masuk & Parking
- MAHA 2024 menyediakan pelbagai kemudahan pengangkutan untuk keselesaan para pengunjung.
- Tahun ini, perkhidmatan pengangkutan disediakan bagi memudahkan anda menikmati setiap detik di MAHA2024.
- Untuk memudahkan perjalanan anda ke ekspo MAHA2024, anda boleh rujuk gambar dan inforgrafik di bawah lebih awal supaya perjalanan anda ke MAHA2024 berjalan lancar.
- Sila rujuk infografik di bawah untuk merancang perjalanan.
Maklumat lanjut untuk Pertanyaan
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penganjuran MARA 2024, sila layari laman web rasmi MAHA di alamat https://mahaofficial.my/
Ikuti saluran berikut untuk info terkini :
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian bawah:
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Wisma Tani,
- No. 28, Persiaran Perdana,
- Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
- 62624 Putrajaya, Malaysia.
- No. Telefon:+(60)3-88701954/1958/1960
- E-mel: sekretariatmaha@kpkm.gov.my
Kredit: Penganjur MAHA2024
Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara kalian. Semoga lebih ramai akan hadir memeriahkan ekspo MAHA2024 pada tahun ini.