
Tahukah anda dalam dunia IT dan AI yang semakin berkembang sekarang ini, anda boleh melakukan pekerjaan dengan hanya duduk di rumah dan mengadap komputer, pen dan kertas. Pekerjaan dari rumah telah berkembang dan diterokai oleh ramai orang kerana ia memberi banyak kelebihan dari segi masa, tenaga, implikasi kewangan dan kelebihan pada hubungan kekeluargaan. Jika anda dapat mewujudkan satu pekerjaan untuk anda daripada rumah, anda mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga. Bagaimanapun, untuk memulakan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan ketekunan, kesabaran dan kegigihan serta sifat yang tidak berputus asa. Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan cara-cara atau laluan untuk anda mula terokai dan membina karier bekerja daripada rumah untuk diri anda sendiri. Jika anda berminat, boleh lanjutkan pembacaan anda.
Peluang Pendapatan Freelancer di Malaysia
- Di Malaysia, menurut Bank Dunia pada tahun 2019, kira-kira 26% daripada tenaga kerja Malaysia terdiri daripada pekerja freelancer dan jumlah itu semakin meningkat, kerana lebih ramai orang memilih waktu kerja yang lebih fleksibel.
- Fleksibiliti masa kekal sebagai pemacu utama di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia kerana orang ramai hari ini lebih cenderung mencari kerja berasaskan kontrak yang fleksibel daripada kerja tetap sepenuh masa. Ia juga telah dilaporkan bahawa ekonomi freelancing Malaysia telah berkembang sebanyak 31% dan merupakan pasaran freelancing ketiga terbesar di rantau ini.
Pekerjaan freelancer paling mahal di Malaysia adalah:
- Pembangun Web dan Apl seperti pembangun iOS dibayar RM160 sejam
- Pembangun Android mendapat RM130 setiap jam.
- Pembangun web bebas PHP menerima RM100 sejam
- Pembangun MySQL menerima RM80 sejam.

Senarai Kemahiran yang Menjana Pendapatan Tinggi
1. Copywriting
Copywriting adalah seni dan teknik menulis teks pemasaran atau periklanan yang bertujuan untuk mendorong pembaca melakukan tindakan tertentu, seperti membeli produk, mengklik pautan, atau mendaftar perkhidmatan. Teks yang ditulis oleh seorang copywriter biasanya dijumpai dalam iklan, brosur, website, email pemasaran, media sosial, dan banyak bentuk komunikasi lainnya.
Belajar cara copywriting pada link video berikut.
2. Photography
Fotografi adalah kemahiran atau seni ilmu untuk menciptakan gambar yang tahan lama dan berkualiti. Fotografi melibatkan penggunaan kamera untuk menangkap gambar yang boleh merangkumi pelbagai topik, seperti orang, pemandangan, objek, atau moment yang tertentu. Kemahiran ini boleh menjana pendapatan kepada anda. Jika anda ingin tahu cara menjana pendapatan daripada fotografi, boleh rujuk video di bawah.
3. Video Editing
Video editing adalah proses mengedit dan mengubahsuai segmen video, samada yang dirakam secara digital maupun analog, untuk menghasilkan karya akhir yang diinginkan. Ini melibatkan berbagai teknik dan alat untuk menggabungkan, memotong, menyusun, dan memperbaiki video sehingga menjadi produk yang lebih menarik, dan profesional.
Boleh rujuk video di bawah untuk belajar cara video editing.
4. Proofreading
Proofreading adalah kemahiran menyemak penulisan dan gaya bahasa untuk mencari dan memperbaiki kesalahan dalam tata bahasa, ejaan, tanda ayat, dan format. Tujuan utama proofreading adalah memastikan bahawa teks yang disemak bebas dari kesalahan dan siap untuk diterbitkan atau diedarkan.
Belajar cara proofreading yang betul melalui video berikut.
5. Transcription
Transkripsi adalah proses mengubah maklumat lisan atau audio ke dalam bentuk teks bertulis. Ini melibatkan mendengarkan rakaman audio atau video dan mentranskrib apa yang didengar secara tepat. Transkripsi digunakan dalam berbagai konteks, termasuk dalam bidang media, kewartawanan, dan banyak lagi.
Berikut adalah kaedah belajar cara transkrip video dengan betul.
6. Digital Marketing
Digital marketing, atau pemasaran digital adalah kemahiran mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui saluran dan platform digital. Ini mencakup berbagai strategi dan teknik yang memanfaatkan internet dan teknologi digital untuk menjangkau dan berinteraksi dengan sasaran pelanggan. Pemasaran digital adalah tahap ukur sejauh mana tahap capaian produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu diterima dan diketahui oleh orang lain.
Contohnya kaedah pemasaran digital adalah seperti berikut:
- Content Marketing (blog, artikel, video, infografis, dan ebook), Social Media Marketing (Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn, dan TikTok ), Pay-Per-Click (PPC) Advertising (Google Ads, iklan media sosial, dan iklan display), Email Marketing dan Affiliate Marketing
7. Web Development
Jika anda minat membangunkan website, anda boleh belajar kaedahnya di video yang akan kami sediakan di bawah. Web development, atau pembangunan web, adalah proses membangun dan memelihara website. Kemahiran ini sering didengari pada masa kini. Contoh website platform atau hosting yang anda boleh pilih sebagai untuk website anda adalah, wordpress, wix, strikingly, squarespace, weebly dan macam-macam lagi.
Pembangunan website kebiasaannya dibagi menjadi dua kategori utama iaitu front-end development dan back-end development, dengan full-stack development merangkumi keduanya.
- Front-End Development (HTML (HyperText Markup Language): CSS (Cascading Style Sheets), JavaScript, Frameworks dan Libraries)
- Back-End Development (Server-Side Languages, PHP, Python, Ruby, Java, Database, Server Management)
- Full-Stack Development, Content Management Systems (CMS), Version Control Systems, Responsive Design, Web Hosting, APIs (Application Programming Interfaces), Security
Anda boleh belajar cara membangunkan website dengan merujuk video berikut:
8. Game Development
Game development adalah kemahiran yang melibatkan pembangunan aplikasi permainan atau game iaitu adalah proses mencipta permainan video dari konsep awal hingga produk akhir yang dapat digunakan sebagai aplikasi permainan (gaming). Pembangunan game merangkumi beberapa elemen utama dan memerlukan kolaborasi untuk menyiapkan produk yang lengkap.
Antara elemen penting semasa membangunkan software game adalah seperti berikut:
- Concept and Planning, Game Design (eg. Gameplay Mechanics, Level Design, Character Design, Story and Narrative), Art and Graphics, Audio, Programming and Development, User Interface (UI) and User Experience (UX), Testing and Quality Assurance, Deployment and Distribution, Post-Launch Support.
Anda boleh belajar cara membangunkan game dengan merujuk video berikut:
9. Software Development
Software development adalah kemahiran yang melibatkan proses rekaan, pengujian, dan pembangunan aplikasi. Kemahiran ini mencakupi pelbagai tahap dan kaedah untuk memastikan software atau perisian yang dibangunkan sesuai dengan kegunaan pengguna dan berfungsi dengan baik.
Antara elemen penting semasa membangunkan software adalah seperti berikut:
- Analysis, Planning, Design, Development, Testing, Deployment, Maintenance, Documentation, Project Management, Quality Assurance
Belajar cara membangunkan perisian pada link video berikut.
Secara keseluruhannya, dengan bekerja daripada rumah, seseorang masih boleh mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan menambah pendapatan daripada kemahiran yang dipelajari itu. Dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini, semua informasi hanya di hujung jari sahaja. Jadi, fikir-fikirlah peluang dan kemahiran-kemahiran ini untuk menjana pendapatan dari rumah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.