Return to site

8 Gangguan Syaitan Ketika Solat yang Ramai Tidak Tahu

www.kasturihijau.com

· AGAMA
gangguan syaitan ketika solat

Adakah anda tahu was-was ketika solat itu adalah salah satu gangguan syaitan? Contohnya, apabila anda terlupa bilangan rakaat, was-was dan mengantuk adalah gangguan syaitan. Berdasarkan Al-Tibi menjelaskan bahawa, bisikan ini merupakan majaz iaitu tipu daya syaitan dan bisikannya berjalan pada manusia sebagaimana darah berjalan pada salurannya. Justeru, penting untuk kita kenal pasti apakah gangguan syaitan semasa solat supaya anda mendapat solat yang khusyuk dan ikhlas.

Gangguan dan Tipu Daya Syaitan

  • Syaitan merupakan makhluk yang bertujuan untuk memperdayakan jiwa manusia, dan sentiasa meniupkan bisikan dan was-was pada hati dan jiwa manusia dengan menggunakan kemarahan dengan menggunakan darah (dalam tubuh manusia) dan menggunakan kekuatannya.
  • Antara cara utama merawatnya adalah dengan berlapar atau berpuasa kerana ianya dapat menghalang hawa nafsu dan juga syahwat yang merupakan senjata syaitan.
  • Kekenyangan akibat makan dengan banyak membawa kepada dosa, kekurangan iman dan juga gangguan fikiran. (Lihat al-Kasyif ‘an Haqa’iq al-Sunan, 2/521)
  • Firman Allah SWT dalam al-Quran berbunyi:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya.” (Surah Qaf: 16)

  • Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ

Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”

  • Seorang sahabat bernama Usman bin Abil ‘Ash pernah datang kepada Rasulullah SAW mengadu berkenaan gangguan yang dialami ketika solat.

Rasulullah menjawab: “Itu adalah syaitan. Namanya Khinzib. Jika kamu berasa diganggu, mintalah perlindungan kepada Allah daripada gangguannya dan meludahlah ke kiri tiga kali. Usman berkata: “Saya pun melakukannya, kemudian Allah menghilangkan gangguan itu daripadaku.” (Riwayat Muslim)

 

Contoh-contoh Gangguan Syaitan Ketika Solat

Berikut adalah contoh-contoh gangguan syaitan ketika solat. Perhatikan gangguan ini berkemungkinan anda alami semasa sedang solat.

  1. Melihat kiri dan kanan ketika solat
  2. Melakukan pergerakan yang tidak perlu
  3. Tergesa-gesa hendak selesaikan solat
  4. Bersin berulang kali ketika solat
  5. Menguap dan mengantuk
  6. Memikirkan hal luar ketika sedang solat atau memikir hal duniawi
  7. Lupa rakaat yang keberapa
  8. Was-was ketika melakukan takbiratul ihram
broken image

 

Cara Mahu Menghalang Gangguan Syaitan Ketika Solat

  1. Sebelum bersolat, bacalah surah An-nas
  2. Sempurnakan wuduk dan jangan membazir air ketika berwuduk
  3. Berdoa kepada Allah swt untuk mengelakka daripada gangguan syaitan ketika solat. Contoh doa adalah seperti berikut:

" Ya Allah, Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau whai Tuhan dari kedatangan mereka."

4. Mengucapkan A’uzubillahi minas syaitanir rajiim dengan lafaz bukan membaca dalam hati ketika solat dan ia tidak membatalkan solat.

5. Kemudian hendaklah meludah sedikit dengan meniupkan di sebelah kiri dan tidak mengganggu orang lain serta tidak mengotori masjid.

Berbahagialah jika orang-orang muslim yang selama ini terbebas daripada berbagai gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Janganlah kita berputus asa jika diganggu syaitan, mohonlah pertolongan Allah swt. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih