Tahukah anda, gaya anda berjalan boleh memberi petunjuk pelbagai isyarat mengenai tahap kesihatan dan penuaan anda? Kajian ini telah dijalankan di sebuah Universiti di Lancester, United Kingdom menerangkan bahawa tahap kesihatan dan penuaan seseorang boleh ditentukan secara luaran dengan gaya berjalan.
Kaitan Gaya Berjalan dengan Kesihatan dan Penuaan
- Ketika berjalan, pelbagai isyarat antara otak anda dan otot-otot di lengan, dada, belakang, perut, pelvis, dan kaki anda yang memainkan peranan.
- Apabila seseorang bertambah usia, gejala sarcopenia akan berlaku bermula sekitar usia 40an.
- Sistem saraf mengalami "atrofi," (penyusutan) di mana saraf di seluruh badan berfungsi kurang efisien dan jumlah saraf berkurangan.
- Anda akan mengalami kehilangan 0.1% neuron (sel saraf) setiap tahun antara umur 20 dan 60an.
- Jika seseorang mengalami penurunan kelajuan dan kelancaran berjalan, kurang simetri dan lebih tersandung boleh menjadi petunjuk awal bagi keadaan neurodegeneratif, seperti penyakit Parkinson.
- Gaya berjalan yang tidak normal juga boleh disebabkan oleh penyempitan arteri atau penyakit arteri periferal. Seseorang akan berasa sakit di otot gluteal dan bahagian belakang kaki anda, malah ke betis anda semasa berjalan, dan ia hilang apabila anda berhenti bergerak. Ini berlaku kerana terdapat penyempitan arteri yang membekalkan darah ke kaki anda.
- Faktor risiko untuk penyakit arteri periferal termasuk merokok, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes.
- Jika berjalan dengan gaya berjalan mudah tersandung, mungkin anda mengalami masalah keseimbangan disebabkan kekurangan vitamin B12. Dengan meningkatkan menambah makanan yang kaya dengan B12 dalam diet – seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu sudah cukup untuk menghapuskan gejala.
- Jangkitan telinga juga menyebabkan ketidakseimbangan koordinasi badan seseorang.
5 Gaya Jalan Menunjukkan Masalah Kesihatan
Berikut adalah gaya berjalan yang tidak normal iaitu:
1. Gaya berjalan antalgik
Mungkin dialami oleh pesakit arteri periferal. Sering dikenal sebagai gaya berjalan terhenjut-henjut dan pincang, hal ini terjadi ketika rasa sakit pada tapak kaki bawah menyebabkan anda berjalan perlahan dan terhenjut-henjut.
Sumber: Dr Nabil Ebrahim
2. Gaya berjalan Parkinson
Gaya berjalan pesakit parkinson adalah lambat dengan langkah pendek-pendek. Ayunan tangan berkurang atau tidak ada ayunan saat berjalan. Kaki seperti tersangkut di tanah, dan mudah jatuh. Postur tubuh biasanya kaku, dan individu mengambil langkah pendek dan cepat untuk mempertahankan pusat keseimbangan badannya.
3. Gaya berjalan kejang (hemiplegia)
Biasanya dialami oleh seseorang yang pernah strok. Gaya berjalan ini mengakibatkan lengan atau kaki kaku serta menyeret atau mengayunkan kaki bawah. Gaya jalan ini terjadi pada orang yang didiagnosis dengan cerebral palsy dan multiple sclerosis.
Sumber: Pablo et al. 2017
4. Gaya berjalan melangkah (foot drop)
Dialami oleh pesakit neuropati. Juga dikenal sebagai gaya berjalan neuropatik, gaya berjalan ini adalah dengan penurunan kaki, dengan jari-jari kaki mengarah ke bawah dan mengikis tanah saat orang tersebut berjalan. Individu cenderung mengimbanginya dengan mengangkat paha lebih tinggi dari biasa saat berjalan.
5. Gaya berjalan ataksik
Ini adalah gaya berjalan luas di mana individu menunjukkan gerakan yang tidak seimbang dan ketidakmampuan untuk mengawal jarak, kecepatan, dan langkah gerak kerana degenerasi serebrum. Gaya jalan ini dialami oleh pesakit degenerasi serebrum.
Ataxic gait (Fonte: Google Immagini)
Dengan memahami perkaitan gaya jalan dengan tahap kesihatan dan penuaan, anda boleh memperbaiki tahap kesihatan anda lebih awal dengan mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil makanan yang berkhasiat atau merujuk kepada pakar kesihatan untuk mengetahui status kesihatan anda.
Sumber: Prof. Adam Taylor, Universiti Lancaster, UK