Bulan lepas kita dikejutkan oleh kematian mengejut seorang pemain badminton China yang sangat muda berusia 17 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rebah di gelanggang. Masalah jantung yang dihadapinya berlaku dengan tiba-tiba dan beliau telah meninggal dunia sebelum sempat dikejarkan ke hospital. Di tanah air kita ramai termasuk selebriti dan juga atlet negara juga yang kelihatan sihat, tetapi tiba-tiba meninggal akibat kejadian jantung terhenti secara mengejut.
Menurut Majlis Keselamatan Negara, penyakit berkaitan jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia dengan 18,515 kes setahun dan semakin meningkat. Pada Tahun 2022, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2022, ‘Ischaemic heart disease’ mencatatkan sebagai penyebab kematian kedua tertinggi di negara ini pada 2021 sebanyak 13.7 peratus selepas Covid-19.
Apakah itu Jantung Berhenti Mengejut?
- Jantung berhenti secara mengejut atau dikenali sebagai sudden cardiac arrest membawa maksud jantung terhenti secara tiba-tiba yang merujuk kepada kehilangan fungsi jantung, pernafasan yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran terlebih dahulu.
- Keadaan ini berlaku disebabkan oleh gangguan elektrik dalam jantung mengakibatkan degupan jantung yang tidak menentu (aritmia).
- Keadaan ini disifatkan sebagai kecemasan perubatan dan boleh membawa maut.
Jantung Berhenti Mengejut Berbeza dengan Serangan Jantung
- Serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung secara tiba-tiba berkurangan disebabkan oleh arteri koronari yang dihentikan daripada plak pecah.
- Sementara itu, kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba disebabkan berlakunya pergerakan pantas ritma elektrik yang tidak menentu jantung (aritmia).
- Kebanyakan kes kematian secara tiba-tiba akibat jantung dalam kalangan atlet muda adalah disebabkan oleh antaranya:
- Aritmia ventrikular (jantung berdegup secara tidak normal)
- Takikardia ventrikel (jantung berdegup dengan cepat)
- Fibrilasi ventrikel (rentak jantung yang tidak normal, cepat dan tidak sekata).
Gejala Jantung Berhenti Mengejut
Anda harus peka dengan gejala jantung berhenti mengejut ini. Jika ia berlaku pada sesiapa yang anda kenal, anda boleh memberi pertolongan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa individu tersebut. Antara gejala utama apabila seseorang mengalami sudden cardiac arrest adalah:
- Tidak sedarkan diri atau hilang respon secara tiba-tiba
- Nadi terhenti atau ketiadaan nadi dan pernafasan secara tiba-tiba
- Sesak nafas
- Jantung berdebar-debar
- Rasa sakit atau rasa tidak selesa di dada
Apakah Rawatan Pantas untuk Kejadian Jantung Berhenti Mengejut?
- Rawatan pantas dalam waktu kecemasan ke atas individu yang mengalami sudden cardiac arrest adalah dengan melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation) atau bantuan pernafasan.
- Melakukan CPR sangat bermakna buat individu yang berdepan keadaan jantung terhenti.
- Ini kerana peratus untuk hidup bagi individu jantung berhenti adalah 2-3 kali lebih tinggi jika dilakukan CPR sebelum petugas perkhidmatan perubatan kecemasan datang membawa pesakit ke hospital.
- Kajian menunjukkan keberkesanan Hands-Only CPR (tanpa mulut ke mulut) dapat membantu menggerakkan jantung dan mengepam kembali darah ke seluruh badan dan menghantar oksigen ke otak serta organ penting lain.
- Setelah pesakit mengalami sudden cardiac arrest, ada 5-10 minit pertama anda boleh bantu mengepam darah ke jantung.
- Jika ada penggunaan Automated External Defibrillator (AED) bersama CPR oleh orang sekeliling berupaya meningkatkan lagi peluang hidup dengan kesan sehingga 75%.
- Tekanan dada (CPR) ini perlu dilakukan sebanyak 30 kali iaitu antara 100 hingga 120 tekanan dalam masa seminit secara konsisten dan tekanan sedalam dua inci.
- Orang membantu perlu berhati-hati agar tidak merosakkan tulang rusuk pesakit.
Sumber: MKN dan KKM
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih